Thursday, October 7, 2010

Simpanan: Definisi dan Faedah

Saya kurang percaya dengan pelbagai skim cepat kaya dan MLM yang hangat melanda ekonomi melayu sekarang ni...ini diibarat tsunami yang tiba-tiba meletus dan merebak dan kemudiannya surut semula tetapi meninggalkan kesan yang buruk kepada sesiapa yang terkena tempiasnya. Kita disarankan untuk menyimpan sedikit daripada pendapatan yang sediaada untuk menampung perbelanjaan dihari muka. atau "saving for the future consumption". Adakah itu benar? Mungkin banyak artikel yang kita baca tentang faedah simpanan, ia dikupas dengan begitu ilmiah sekali..tapi disini saya cuba terangkan dengan mudah...

Definasi
Simpanan ialah menyimpan sebahagian kecil daripada pendapatan dari dibelanjakan. Simpanan boleh dibuat dengan pelbagai cara bagi memastikan ianya selamat dan terjamin. Biasanya simpanan didalam institusi formal seperti bank dan unit amanah dan tabung khas yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti ASB dan Tabung Haji menjadi pilihan. 

Kita boleh memilih untuk menyimpan wang yang mempunyai pulangan yang tinggi atau sebaliknya. Namun begitu pulangan yang tinggi sudah semestinya mempunyai risiko yang tinggi berbanding pulangan rendah yang mempunyai risiko rendah. Risiko pula merujuk kepada kerugian akibat daripada simpanan. Kebiasaanya risiko tinggi dalam simpanan ini melibatkan unit amanah yang kadang-kadang menawarkan faedah lebih daripada 15%. Jenis simpanan ini biasanya disebut pelaburan.

Keperihatinan kerajaan dengan memperkenalkan ASB, ASW dan Tabung Haji yang boleh dikatakan hampir tiada risiko boleh dijadikan tempat pelaburan yang selamat. Bagi kebanyakan rakyat simpanan ini digunakan pada masa susah yang tidak pernah dijangka oleh seseorang ataupun menampung perbelanjaan tambahan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pengubat jiwa dan penyelesaian dari belenggu hutang. Apatah lagi untuk sikaya, simpanan juga membolehkan wangnya dilaburkan untuk mendapat keuntungan yang berlibat ganda (multiplier effect).


Faedah Simpanan:
1. Menambah kewangan dan meningkatkan kualiti hidup
2. Mencapai impian anda untuk mendapatkan sesuatu (cth: memiliki rumah/kereta idaman)
3.Menggelak daripada masalah bebanan hutang dan membantu anda membuat pelaburan
4. Menderma dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.

Nantikan bagaimana cara untuk menyimpan secara effektif dalam post akan datang!!!

1 comment: