Friday, December 30, 2011

Bercuti 4H3M di Pulau Langkawi Sempena Cuti Sekolah

Sebenarnya tiada perancangan yang khusus untuk percutian sempena cuti sekolah penggal akhir 2011. Bukan apa, dah tak tahu nak kemana sebenarnya. Mula2 plan nak pergi jelajah Selatan ke J.B dan balik ikut Rompin dan singgah ke Kuantan. Tapi rasa macam tak ada apa yang nak tengok kot. Jadi, memandangkan correlle "Country Ros" aku dah banyak yg pecah aku cadangkan kami sekeluarga bercuti di Pilau Langkawi saje.

Jauh betul nak shopping pinggan mangkuk atas alasan murah..padahal bila dicampur dengan hotel, tambang kapal terbang dan kerete sewa ..lagi mahal sebenarnya. Takpe lah asalkan dapat berjalan bak kata pepatah "sambil menyelam minum air". Hahaha tapi air yang diminum lebih murah dari peralatan kelengkapan menyelam....berkias2 nampaknya aku ni..

Kami memilih MAS sebagai pengangkutan rasmi..disebabkan nak jimat, my hubby redeem Enrich point dia jadi tambang kami sekeluarga lebih kurang RM1,300. Bila dah booking flight baru nak cari hotel. Rupa2nya hari ketiga kami kat sana jatuh pada hari pertama LIMA. Semua hotel naik lebih 3 kali ganda..itu lah manalah nak tahu ada LIMA plak..memang tak perasan jadi harga bilik hotel Bayview melonjak kepada RM750 semalam. Tapi nasib baik hubby aku booking hotel through AsiaRooms jadi harga bilik untuk 4H3M boleh dapat RM1,050.

Peace!!! 


Sampai je kat Langkawi, terus sewa kereta Proton WIRA dengan harga RM330 sepanjang hari kami disana. Kat airpot juga kami booked aktiviti Island Hopping utk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan harga keseluruhan RM110. Bukan apa, kalau tak booking masa tu..tentu susah nak cari agen yang tawarkan perkhidmatan tu..harapkan hotel takut charge tinggi.

Aktiviti pertama, cari petrol station, indicator minyak kat kereta dah merah. Memang diorang ni bagi kosong je kat kita. So hubby aku isi RM50..tapi rasanya dah terlebih banyak..kat island ni bukannya besar sgat dan bukan kerap berjalan memandangkan kami duduk kat pekan kuah. Tepat jangkaan kami dan semestinya waktu hantar balik kereta minyak ada setakuk lagi...Disarankan korang isi minyak sikit-sikit je..

Niat sememangnya penentu segalanya..itu sebab org tua cakap "yang penting niat". Disebabkan niat aku hanya nak p shopping dan p Tasik Dayang Bunting..maka dimakbulkan lah Allah..yang lain seperti Cable Car, Underwater World dll tempat menarik kami tak pergi sebabnya.....
i) dah pernah pergi waktu lawatan ke langkawi 5 tahun lepas
ii) cuaca, panas terik walaupun tempat lain tiap2 hari hujan.. panasnya sampai sakit kepala...

Makan 
Disamping tu kami juga "JJCM" seperti yang dicadangkan oleh Dr. Rosellawati.seperti Restoran Wan Thai (Siam), Wonderland (Cina) dan  Red Tomato (Mamak). Restoran Wan Thai memang sedap..tapi penuh dengan orang..harga berpatutan. (BINTANG 4/5)

Restoren Wan Thai
Antara Juadah yang dipesan
Malam kedua kami makan kat Restoren Wonderland, restoran cina. Mula2 cuak jugak sebab memang restoran seafood cina tapi bila nampak beberapa meja dipenuhi dengan orang Islam..maka kami makanlah kat situ. Pelayan dan tukang masak juga terdiri daripada beberapa orang melayu Islam so tambah confident jadinyer. Kat restoren ni kami makan Siakap masak A.B.C (kicap manis dan cili api) seperi yang dirokomenkan. Kami ambil baby kailan goreng dan Udang masak sweet sour..rasa kata hubby..terasa kecinaannyer..tapi aku dan anak2 enjoy..(BINTANG 3/5)

Pelanggan Restoran
Menu yang dipilih
Ada Berani??
Malam akhir kami makan restoran siam yang berhadapan dengan hotel..makan nasi goreng je..tak berapa sedap dan lambat...pelanggan memang ramai. Masa nak balik tu lalu pulak dekat gerai beroda yang jual laksa..bau harum..aku tanya pelanggan yg makan tu dia kata sedap sambil mengangkat ibu jari..tapi memandangkan perut dah kenyang ..hasrat dan keinginan dilupakan...cadang nanti bila lewat malam dan lapar nak turun semula bersama hubby berdua. Akhirnya tertidur kepenatan.

Shopping
Setiap hari aku p window shopping untuk compare tawaran dan harga yang menarik. Beli coklat je lebih RM300. Puas makan coklat kat bilik hotel..survey punya survey..coklat paling murah dapat dibeli kat Hj. Ismail Group (HIG). kadang2 boleh jimat hampir RM1 untuk satu2 jenis coklat. Kain batik dan pulikat aku beli kat sini jugak. Kalau nak kain yang bermutu pilih kain batik cap Tiga Serangakai, Lebar Daun dan Mami Jarum harga dalam lingkungan RM16 - RM18. Pastikan ada label made in Indonesia. Ini kerana memang ada kain jenama yang sama tapi harganya murah..kalau tak silap RM8-RM12 tapi made in Thailand so jangan tertipu dengan harga kay.
Photobucket

Kalau nak beli minyak gamat, Hj. Ismail juga tawarkan harga terbaik berbanding shopping Billion dan kedai kedai lain. Di Hj. Ismail minyak gamat berharga RM9.00 untuk 12 botol berbanding RM9.90 di Billion dan RM12.00 dikedai lain atau bazaar.

Pinggan mangkuk seperti Correlle , Coningware,Vission dan Luminarc harga sama sahaja kat mana-mana. Aku beli satu set pinggan Correlle  "country Rose" - 18pcs kat Pasaraya Billion berharga RM419 sebab senang nak memilih. Di kedai HIG, banyak pilihan set sampai tak tahu nak beli yang mana satu..ruang display agak sempit dan berhabuk.

Country Rose Set (source:http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=14317)
Idaman Suri pulak menawarkan pelbagai pilihan set pinggan mangkuk, tea set, sudu garpu, periuk dan kuali pelbagai jenama dan lain2 peralatan rumah seperti selimut kain, batik dll. Display nya lebih tersusun dan bersih berbanding HIG dan senang unuk membuat pilihan. Tapi pilihan untuk Correle terhad dan lebih banyak tertumpu kepada set2 Luminarc. Kat sini sahaja aku borong kuali Tefal bersaiz 36cm , pan Tefal 19cm, 1kuali leper dan grill pan jenama idaman suri.  Selain sudu garpu aku jugak borong tea set yang aku rasa agak menarik.Semua sekali lebih kurang RM500.

Island Hopping
Nasib baik cuaca baik pagi tu, boleh lah naik boat utk aktiviti island hopping. Mula2 pergi ke Tasik Dayang Bunting, Kemudian ke Pulau Singa kecil untuk lihat helang2 berterbangan dan diberi makan. Last destination ke Pulau Beras Basah dengan pantai yang cantik. Berita penuh akan dimuatkan dalam post yg akan datang.


Berposing dalam boat

Gagah Sang Helang Menyambar Makanan
Pantai Beras Basah


Thursday, December 29, 2011

Amelia & Concert Nya..

Dah sebulan konsert Amelia berlalu. Tapi aku masih tak update info dan upload video dan gambar. Konsert ini diadakan bersempena majlis convocation tadika Minda Emas pada 26 November 2010 yang lalu di Auditorium Perpustakaan Awan Selangor, Shah Alam. Semua pelajar mengambil bahagian. Dari kelas 3 Years hingga kelas untuk 6 Years.

Amelia selaku pelajar kelas 5 Years membuat persembahan tarian dari kumpulan High-5 iaitu Stop, Look and Listen. Gedik sungguh dia menari...tapi sedikit malu, muka ditundukkan kebawah tapi pergerakkan amat ketara.

Add caption
Graduation ~ 6 Years
Amelia & Group 5 Years ~ Stop Look Listen
3 & 4 Years ~ I like to Move It

6 Years ~ Sedetik Lebih

Solo Viola

 5 & 6 Years ~ Waka Waka


Sepi Itu Indah?

Dah lama menyepi. Sibuk sikit kebelakangan ini..terutama bila maid kemboja dah balik. Buat kerja rumah pun hingga menjangkau tengahari. Lepas tu sambung pulak dengan masak tengahari. Bukan tak ada aktiviti. Bukan tak ada cerita. Tapi jemari ini tak berkesempatan untuk mengetuk keyboard. Otak pun tidak ligat berfikir menyusun bait-bait ayat untuk dijadikan tatapan pembaca. Beribu gambar sedang menanti untuk diterjemahkan....tapi masa...masa sangat suntuk dirasakan. Pejam celik dah hampir sebulan berlalu meninggalkan setiap kenangan tanpa didokumenkan.....