Wednesday, January 2, 2013

First Day To School

Hari ini bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2013. Pagi-pagi lagi dah bangun, kejutkan Amelia. Pandai sungguh dia ...mandi dan pakai baju sendiri. Nasib baik ada kakak dia, Misha...lagi bersemangat le Amelia untuk kesekolah. Bas sampai pada pukul 6.40 pagi , Amelia dan Misha beriringan menaiki bas yang berhenti betul-betul depan rumah. Pukul 7.00 pagi aku dan hubby pergi sekolah menanti budak2 tu kat kantin sambil makan nasi lemak achik kantin. Sedah dan murah, harga RM1.00 je.

Lambat jugak budak2 ni sampai. Pukul 7.10 pagi baru sampai. Aku bawa Amelia beratur di ruang perhimpunan. Sebelum ni Amelia ditempatkan di Kelas 1 Unggul tapi setelah menduduki ujian, dia ditempatkan di kelas 1 Gemilang. Sempat juga aku snap 2 keping gambar sewaktu dia di kelas. Kami tunggu  hingga waktu rehat. takut2 kalau dia menangis lihat kami tiada.

Merahnya langsir...

Amelia bersama rakan baru, Aisyah

Petang pulak daftarkan sekolah agama Al-Madani, sekolah agama swasta kat rumah. Bukan tak ada sekolah kerajaan. tapi bila lihat keadaan sekolah yang daif..kesian rasa nak hantar dia kat sana.

Cute Nyer Amelia!!

Malam semalam ada satu peristiwa lucu buat aku dan kelucuan ini aku kongsi bersama hubby!! Rupa-rupanya dah besar dah anak bongsu mama, Amelia ni.

Ceritanya begini...malam semalam aku berjanji dengan Amelia untuk gosokkan baju sekolah dia. Memandangkan hari ni merupakan hari pertama dia kesekolah, both SK dan SRA, bertambah exited le jadinya si Amelia ni. Sebelum masuk tidur dia menemankan kakaknya gosok baju. Sebelum tu dia telah siap sediakan set pakaian sekolah dia dan meninggal nota ringkas buat aku. Siap lagi beritahu aku untuk melihat nota yang ditinggalkannya. "mama nanti mama baca surat yang Amelia letakkan kat bilik mama ok"..katanya sebelum masuk tidur.

Tanpa mengesyaki apa-apa yang luar biasa selepas menonton TV aku naik kebilik untuk gosokkan baju dia. Terkejut dan tergelak besar aku bila melihat set2 baju yang telah dia sediakan beserta nota. Tak tahan untuk ketawa bila baca nota yang dia tulis. Kelakar sungguh!! Abah dia kata bijak sungguh..fikiran dah macam orang besar..Hahahaha...

Baju dan Nota yang disediakan

Nota "Baju nak gosok mama cakap baju sekolah agama kiri SK Meru2 kanan"..siap dengan signage lagi....

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Cepat sungguh masa berlalu..tahun 2012 sudahpun melabuhkan tirainya..kini 2013 telah menjelma. Sudah tercapai ke azam tahun lepas? Bak kata Dato' Dr. Fazilah kamzah dalam MHI pagi tadi azam bukan hanya satu statement tapi perlu ada gambaran jelas supaya kita boleh laksanakan satu persatu. ..Vision and mission must have strategic planning kalau tak cuma anganan kosong.

Sudah banyakkah ilmu dan pengalaman kita timba. Sudah banyakkah amalan dan pahala yang dikumpul untuk ke SANA...kerana kita akan di'ambil' pada bila-bila masa. Ya Allah..tabahkan hatiku untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaranmu. Tetapkan imanku..untuk mengumpul bekal menghadap MU.

Tahun baru bermakna bertambah setahun lagi usia kita. Semoga usia yang diberikankepada kita  dipergunakan dengan sebaik mungkin bagi mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Selamat Tahun Baru buat semua....