Saturday, December 30, 2017

Part 1: Perancangan Awal dan Zurich, Switzerland

Perancangan ke Itali telah dibuat pada bulan Ogos 2017, di mana Kakak Iparku Azizah mengajak kami turut serta trip beliau bersama suami pada bulan Disember 2017. Pada mulanya memang tiada niat nak ke oversea tahun ni memandangkan Shira takde cuti taapi fikir punya fikir kamipun bersetuju untuk tinggalkan anak-anak. Ala2 hanoeymoon la cuti kali ni hihihi.

Tiket telah ditempah oleh abang ipar dengan penerbangan Etihad Airway bernilai RM3,840 pergi-balik untuk seorang. Seperti biasa Etihad Airway akan transit ke Abu Dhabi kemudian baru ke destinasi seterusnya, Zurich.

Hotel booking, admission tickets and train tickets semua dibuat oleh aku dan suami. Biasala kan biar semakin dekat cuti yang dipohon semakin banyak pulak kerja kat ofis. Sampai tak sempat nak buat detail itinerary dan searching for recommended attractions and halal restaurants nearby. Nasib baik ada Mr. Google..so kita orang google je la waktu disana dan asked for direction too. Sungguh berjasa Mr. Google tu..so memang penting ada data di sana.

Sebelum pergi, kami menelefon Celcom bertanyakan pakej roaming yang terbaik. So untuk di Zurich, ia mencadangkan buat roaming menggunakan line 'SwissCom' bernilai RM38 sehari. Manakala untuk Itali kami ambil pakej 7 hari dengan nilai RM138 dan tambahan hari berikutnya sebanyak RM38 sehari dengan menggunakan line telco 'Vodafone'. (Rujuk Celcom International Roaming Plan)

Hari Jumaat petang, adik aku Zura dan keluarga telah mengambil anak-anak aku, Misha dan Amelia bercuti seminggu di kampung. Sedih juga berpisah dengan diorang.HUHUHU...Tinggal aku dengan Shira dirumah. Hubby aku ada workshop pulak kat Shangri La Putrajaya..so miss la jumpa anak-anak sebelum berangkat. Hari bertolak tu kul 10.30 pagi hantar Shira kat PASUM..nangis la pulak budak tu, ngada2 betul. Pukul 3 petang Airport Limo telah siap menunggu didepan rumah.

Dalam Airport Limo ke KLIA

My niece and her family hantar Mak & Abah dia ke KLIA
Transit di Abu Dhabi Airport

Boeing 787 Dreamliner Abu Dhabi - Zurich

Tiba di Zurich pada 11 Disember 2017, 7.30 am

   Setibanya di Zurich Airport kami menaiki train ke Zurich HB. Perjalanan dalam 10 minit.



Kat Zurich ni semua barang mahal matawang Swiss franc. Di sana sign tandas 'WC' dan masuk tandas dalam CHF2 iaitu dalam RM8 kita. Selepas salin baju sejuk yang bersesuaian pencarian lokasi hotel kamipun bermula. Khidmat google map direction digunakan. Bukan senang jugak nak pakai apps ni pada mulanya.

Sesat di kota Zurich

Kami sampai agak awal di Swiss Star Centre Apartment kami iaitu pada pukul 10.30 am dan waktu check-in pula pukul 2 pm. Dah la deal with machine to check-in so takde kompromi langsung la. Ini pengajaran kami kali ni. Make sure ambil hotel yang ada reception, sekurang-kurangnya boleh tinggalkan luggage tapi dah macam ini terpaksa seret luggage cari kedai makan dan berehat sementara tunggu waktu check-in.

Alhamdulillah jumpa juga kedai makan halal - Olif yang mendapat banyak review dalam Mr. Google, one of them was "the best kebab in Zurich".

Chef yang sporting
Olif 
Shawarma-Wrap Mit Salat und Pommes
Shawarma Box
Shawarma Teller
 Setelah makan dan lepak di Olif hingga pukul 1 pm kami pun pergi semula ke hotel untuk check-in. Dalam 1.30 nasib kami baik pihak pengurusanpun tiba untuk set semula kunci apartment untuk pukul dua nanti dan dia menyerahkan kunci awal 30 minit kepada kami. Petang tu dalam jam 3 pm kami ronda-ronda di bandar Zurich.








Kedai Vespa


Date: 10 -11 Dec 2017

Wednesday, December 27, 2017

Jejak Eropah - Switzerland dan Itali

Tahun 2017 bakal menutup tirainya. Terdapat pelbagai pengalaman pahit manis disepanjang perjalanan menuju tahun baru 2018. Tarikh 10 hingga 21 Disember 2017 melakarkan sejarah perantauanku bersama suami tercinta di bumi Eropah iaitu Switzerland dan Italy. Kali ini anak-anak terpaksa ditinggalkan memandangkan jadual Kakak Shira, anak sulongku yang padat di PASUM. So to be fair, semua kena tinggal. Kali ini kami ikut serta program yang diatur oleh kakak iparku, Azizah dan suaminya Abang Karim - menjelajah LIMA cities iaitu Zurich, Switzerland; Milan, Venice, Florence dan Rome di Itali.


Simple Itinerary

10 Dec - Departure from KLIA - Abu Dhabi - Zurich
11 Dec - Arrival to Zurich & Check in at Swiss Star Centre, Switzerland
12 Dec - Departure from Zurich to Chur - Bernina Express - Tirano
12 Dec - 43 Station Hotel, Milan, Itali
14 Dec - Hotel Gorizia, Venice, Itali
16 Dec - Hotel Montreal, Florence, Itali
17 Dec - Travel to Pisa and Cinque Terre
19 Dec - Hotel Impero, Rome, Itali
21 Dec - Departure frome Rome - Abu Dhabi - KLIA
22 Dec - Safely Landed at KLIA, 10.30pm

For more adventures and experiences ....sila tunggu post2 berikutnya.

Monday, December 14, 2015

Tahun 2015 Penuh Kegembiraan dan Kesyukuran

Tahun 2015 merupakan tahun yang penuh kegembiraan. Terlalu banyak sejarah dilakarkan oleh diri ini. Alhamdulillah, terima kasih Allah!! Tahun ini aku meraih kejayaan akedemikku..Doktor Falsafah! Melayakkan aku memanyandang gelaran Dr. pada April 2015. Alhamdullillah!

Majlis Konvokesyenku juga berjalan dengan lancar walaupun kali ini tanpa kehadiran kedua ibubapaku. Namun kehadiran suami dan anak-anak membangkitkan semangat dan keceriaanku.

Gambar Studio diambil di Panggung Experiment, UPM
Tahun ini juga merupakan tahun terbanyakku menjelajah negara orang: Taiwan, Indonesia, Perancis dan United Kingdom.

Aku dapat peluang mengikuti program Asia Productivity Organisation (APO) - Multicountry Study Mission on Public Sector Productivity di Jakarta Indonesia pada 25-29 May 2015.


Menghadiri Asia KLEMS Conference di Taiwan pada 12-13 Ogos 2015.


Baru-baru ini ke Perancis dan UK bersama keluarga tercinta, 20-29 November 2015.




Kegembiraanku berganda-ganda apabila aku telah dinaikkan pangkat pada 1 Disember 2015. Kupanjatkan kesyukuran terhadapmu Ilahi..Allah yang maha pemurah dan penyayang. Segala rezeki yang telah Kau limpahkan kepadaku, Ya Allah...dan maka jadilah aku seorang hambamu yang bersyukur. Alhamdullilah...


New Post???

Salam rakan-rakan pembaca dan bloggers,

Sudah sekian lama tidak menulis..skill menulis semakin menumpul..benarkah? Keinginan tetap ada namun masa tidak mengizinkan. Terlalu banyak untukku bercerita..berkongsi pengalaman yang dikutip disana sini. Tapi impian hanya tinggal impian hingga memori-memori indah berlalu pergi tanpa didokumentasikan.Biarlah saya bertatih..asal apa nak diceritakan terlaksana akhirnya.

Saturday, February 21, 2015

Laut Mati, Jordan (Dead Sea)

Laut Mati merupakan tasik air masin terletak diantara sempadan Jordan dan Tebing Barat. Laut Mati sering kali dikaitkan dengan kisah Nabi Luth. Melalui bahagian Jordan, kelihatan dikejauhan Tebing Barat. Kedudukan pantainya, merupakan kawasan paling rendah didunia iaitu pada 394.6 m (1269 ft) dibawah aras laut. Perjalanan dari Amman Jordan mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan melalui permukaan bumi yang tandus serta gurun yang dihuni oleh unta-unta dan desert shrubs.
Laut Mati dari pandangan atas: Sumber - Google Map
Kami berada di Jordan pada 11 Disember 2014 selepas menaiki pesawat Royal Jordan dari KLIA hampir 13 jam. Setelah sampai dan berehat seketika di hotel transit kami iaitu Amman Airport Hotel, kami memulakan perjalanan menaiki bas dengan diiringi oleh seorang pemandu pelancong dan seorang anggota polis pelancong. Cuaca diluar hotel pagi tu agak sejuk dimana Musim Sejuk telah bermula. Cuaca pagi itu lebih kurang 16 darjah C dengan angin sejuk yang boleh mencengkam hingga ketulang. 





Destinasi pertama yang dituju ialah Ashabul Kahfi, kemudiannya pergi membeli belah di kedai souvenir menjual pelbagai produk laut mati. Matawang Jordan sangat tinggi, iaitu 1 Jodanian Dinar  bersamaan RM6. Mak ai..mahalnya semua kena kali 6. Nak membeli kena fikir banyak kali. 



Selepas membeli belah, perjalanan diteruskan menuju laut mati. Pemandangan kiri kanan amat cantik sekali sebab ia merupakan pengalaman baru kami menyusuri gunung ganang yang tandus, berpasir, guru-gurun kecil dan sekali sekali bertemu wadi-wadi yang subur.





Perjalanan menuruni bukit bukau dan mungkin gunung ganang dengan sistem pengangkutan yang agak baik bagi memudahkan pelancong mendapat access ke kawasan pelancongan Laut Mati. Terdapat beberapa hotel sekitar pantai termasuk Movenpick Resort & Spa Dead Sea, Hilton, Marriot dsb.




Terdapat kemudahan awam disana seperti tempat shower, tandas dan tempat persalinan. Untuk menuju pantai kita terpaksa menuruni pasir-pasir halus yang seluas mata memandang. SUBHANALLAH..tidak boleh digambarkan dengan perkataan bagaimana cantiknya ciptaan Allah ini..keluasan Laut Mati seluas mata memandang dan hanya dipisahkan oleh Tebing Barat, Isreal, Angin laut yang sejuk bertiup kuat. Sejuk amat terasa walaupun memakan jaket. 

Tepian pantai agak cetek dan dipenuhi oleh batu-batu kerikil yang agak tajam. Niat untuk berendam terbantut akibat kemalasan sendiri untuk menukar baju dan bersalin kemudiannya. Kami anak-beranak hanya mencecahkan kami dan bergambar dipesisiran. Hanya Amelia sahaja yang merendamkan dirinya. Terdapat ramai yang berendam dan mengaut lumpur. Lumpur perlu dikaut keluar dibawah batu-batu yang ada. Disini ketumpahan garam amat tinggi dan kemasinan air lautnya mendegungkan telinga bila aku cuba merasanya. Tahap kemasinannya menempatkan ia sebagai air kedua termasin di dunia selepas Laut Asal di Djibouti. Kesan garam melekat di kaki, tangan dan baju.







Batu-batu disana dipenuhi dengan garam dan mendapannya. Dan amat mengejutkan mendapan garam ini membentuk seakan-akan karang yang melekat dibatuan. Pengalaman disini amat indah sekali yang tetap disimpan dalam memori kehidupan. 



Memandangkan musim sejuk, waktu siang amat pendek dan maghrib lebih kurang pukul 5.30 ptg waktu Jordan, kami memutuskan untik terus pulang ke hotel. Walaupun mengikut perancangan ingin melawat makam Nabi Shuib yang terletak di pekan Mahis, Jordan. 

Maklumat Lanjut Berkaitan Kisah Nabi Luth dan Mesteri laut mati boleh klik sini

 


Saturday, February 14, 2015

Kisah Ashabul Kahfi


Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan surga
Qitmir yang mulia



Begitulah bait-baik lagu Ashabul Kahfi kisah tujuh pemuda yang beriman yang melarikan diri kedalam gua untuk meyelamatkan diri dari kekufuran kaumnya yang menyembah berhala dan rajanya yang zalim. Kisah ini sebenarnya berlaku di Amman, Jordan. 


"Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.


Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)"

Petikan ini diambil dari blog Membuka Pintu Minda Anda, http://nh5471.blogspot.com/2013/11/kisah-ashabul-kahfi-7-pemuda-tertidur.html.

Satu lagi kisah Ashabul Kahfi melalui penceritaan Saidina Ali http://tigosotigo.blogspot.com/2009/07/saidina-ali-menceritakan-kisah-ashabul.html

Kesempatan melawat Jordan tidak kami sesia-siakan. Destinasi pertama yang kami tuju ialah gua Ashanul Kahfi. Gua ini telah dijadikan makam dan ditutup sentiasa kecuali dengan kebenaran. Ini bagi mengelakkan berlakunya amalan kurafat dari umat islam yang terlalu taksub. Terdapat tujuh buah makan didalamnya serta terdapat tinggalan bikar-bikar yang diperlukan sewaktu pertapaan. Dikatakan kubur anjing yang dijanjikan surga itu terletak betul-betul dipintu gua tersebut. MAri lah kita sama-sama ambil iktibar dari kisah ini. 


Makam ini terletak bersebelahan dengan Masjid Ashabul Kahfi dan dikelilingi oleh pohon-pohon zaitun. Cuaca disana waktu lawatan kami sekitar 14-16 darjah celcius, cukup nyaman sekali. Bumi Jordan juga amat tandus yang dikililingi bangunan-bangunan batu senada warna tanahnya. Di sepanjang perjalanan kami terdapat ladang-ladang zaitun dan ianya merupakan sumber eksport utama negaranya.

Mengikut fakta, tulang-tulang  tersebut dijumpai pada 1963 didalam gua. 
Masjid  dan Gua Ashabul Kahfi
Bersama Rombongan disekitar kawasan Gua Kahfi

Cave of The Seven Sleepers
Pemandangan sekitar Amman Jordan