ORKID antara tanaman hiasan yang popular dan digemari kebanyakan pemilik kediaman.
Ia juga tidak sukar ditanam dan aspek penjagaannya juga lebih kurang sama dengan tanaman hiasan lain.
Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman hiasan itu.
Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.
Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.
Apabila rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyelenggaraan yang betul dilakukan, orkid di kediaman anda pasti sentiasa hidup subur.
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya.
Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan:
1)Pecahan batu bata
Antara media yang popular dan mudah diperoleh. Biasanya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Ia dicampur bersama dengan pecahan arang.
Teknik menggunakan:
2)Pecahan arang
Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata
Teknik menggunakan:
3)Serbuk kayu
Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.
Teknik menggunakan:
Ia boleh digabungkan dengan media pecahan batu bata, arang dan tanah pasuan.
4)Sphagnum moss
Antara media popular dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama. Ada juga yang menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ia bagi mengekalkan kelembapan dalam jangka masa lama kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
Teknik menggunakan:
5)Potongan batang paku pakis gajah. Media ini boleh menyimpan air dengan jangka masa lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Ia amat sesuai untuk tanaman gantung.
Teknik menggunakan:
6)Tunggul kayu
Sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Mudah diperoleh di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai. Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.
7)Potongan dahan tembusu
Sesuai untuk menanam orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis. Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media itu. Ia mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.
8)Tanah campuran
Orkid yang hidup di tanah memerlukan media itu. Biasanya membabitkan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.
9)Tiada media
Bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. Teknik itu sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.
9)Tiada media
Bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. Teknik itu sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.