Friday, September 17, 2010

Upper 6 Arts 1 (USA1) ReUnion


Seperti yang telah dirancang melalui facebook..perjumpaan semula kawan-kawan kelas USA1 telah diatur bertempat di Pizza Hut, Bandar Baru Teluk Intan pada pukul 2.00 petang. Hari Sabtu, hari raya kedua yang penuh bersejarah itu menemukan semula sahabat-sahabat lama yang telah terpisah hampir 20 tahun. Bentuk fizikal mungkin banyak yang dah berubah tapi perangai tetap sama macam dulu.

Terima kasih kepada Azmi, Fauzi, Raja, Eton, Azza, Arifah, Rozina, Maiza dan suami, Zakuan kerana meluangkan masa bertemu dan berbual mesra.

USA1, SM Horley Methodist Teluk Intan

Gambar Kenangan USA1, 1991 

Gambar di atas diambil pada tahun 1991...19 tahun dahulu.. Gambar dibawah pula diambil masa reunion 11 September 2010.

 

Thursday, September 16, 2010

Demam Raya vs Demam Lepas Raya

Musim raya ni, ramai orang demam. Demam sebab banyak sangat makan lemang dan rendang..ditambah dengan minum minuman berais. Cuaca pulak panas berdentang. Sakit yang paling common ialah sakit tekak, batuk dan selsema. Anak-anakpun tak terkecuali, Amisha demam, Amelia demam, Kakakpun demam. Maid aku pun demam...sugul dan toya semua muka. Akupun dah rasa cam pening-pening lalat..mintak2 sihat le...sebab banyak lagi assignment nak dibuat.


Kesian Amelia demam, pulak tu susah nak makan ubat!!!

Wednesday, September 15, 2010

Tahziah Buat Keluarga Dato' Sosilawati Lawiya & Rakan-rakan

Bila terdengar berita kehilangan beliau dan rakan-rakan..harapan seluruh rakyat Malaysia agar mereka semua dapat ditemui dengan selamat..tapi alangkah terkejutnya mendengar berita keempat-empat yang hilang ini telah dibunuh dengan penuh kejam dan sadis sekali. Manusia yang berhati binatang dan gila sahaja yang sanggup membunuh dan membakar hingga jadi abu!! ..tak terbayang oleh mata bagaimana siksa nya mereka ini meninggal dunia...semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwah sosilawati, pemandunya, peguam dan pegawai bank tersebut...Al-Fatihah......

Rentetan Kehilangan Sosilawati hingga ke penangkapan suspek utama (Dilaporkan dipelbagai media cetak)

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan...Selamat Datang Syawal

Huhuhu..sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Tinggal 3 hari lagi nak berpuasa. Bulan ni agak sibuk sikit sebab itu tiada new post ..banyak aktiviti..selain pergi kelas pada sebelah petang, kena juga prepare juadah berbuka untuk suami dan anak-anak. Kena study for the exam pulak tu...so masih tak ada kesempatan nak buat biskut raya. Cadang hari ni nak buat biskut cornflake madu dan carrot cake. Biar budak-budak happy sikit.

Dikesempatan ini diucapkan Selamat Hari Raya..untuk semua..Jika balik ke kampung pandulah dengan cermat agar jiwa selamat!!!
Source: http://www.kitfolio.com/gallery/sg/hr01.jpg

Thursday, August 5, 2010

Sweet Memories

Vidoe ni diambil pada tahun 2006, semasa umur Amelia 2 Bulan, Kakak masa tu tahun satu, Misha baru 5 tahun. Excited dapat adik..budak-budak tu.

Tuesday, August 3, 2010

Happy Birthday to 3M (Mama, Misha & Melia)

Tanggal 31 July 2010..genap lah umurku ......tahun. Tarikh itu jatuh pada hari Sabtu, kebetulan pulak ada kenduri kat kampung. Tarikh yang sama Misha dilahirkan..dan beliau kini genap 9 tahun. Kecil lagi Misha ni. Sebagai birthday present, aku belikan dia Barbie Magic Beads. Tujuanku memang baik untuk meningkatkan kretiviti Misha. Tapi menyesal sungguh beli..tak guna, tak user friendly betul!!! Harap harga je mahal..hampeh..rasa macam nak buang je kat tong sampah.
Selepas acara buka hadiah..pada hari Jumaat, 30 Julai 2010, kami sekeluarga celebrate di Secret Recipe Bukit Jelutong. Apalagi bukan main seronok le Misha, Kakak dan Amelia....

Gambar dibawah pula diambil semasa majlis sambutan hari lahir untuk 3 orang sekali iaitu mama, misha and melia (11 Ogos) di Teluk Intan.