Mawar amat sinonim dengan lambang kasih sayang, menanamnya memerlukan penjagaan tapi tidaklah sesukar mana kerana ia mudah berbunga bila dicantas mengikut prosedur. Minat terhadap bunga ros ni berputik bila mula pindah ke rumah teres..tapi disebabkan keluasan tanah yang terhad terpaksa menaman didalam pasu. Terdapat tiga pasu bunga ros yang terdiri daripada warna merah hati, merah darah, dan campuran warna kuning cair + purple.
Penyakit kering daun dan daun 'merekot' merupakan masalah yang paling utama..sehingga kini tak dapat diselesaikan. Tapi minat tak pernah mengalah..sentiasa mencantas daun2 yang bermasalah. Nanum begitu, bunganya tak putus2 berputik, itu yang paling menyeronokkan. Kalau lah dapat bunga macam gambar diatas mesti best...
Tiga Pasu Bunga Ros
Beli lagi dua pasu ros kat tepi jalan berhampiran kota damansara, RM12 sepasu..mahal jugak..kalau nak murah kena pergi nursery kat Sg. Buluh berhampiran Hospital ..Warna yang menarik perhatian ialah warna kuning dan warna merah berbelang coklat.
Petang Ahad, mula le projek menaman bunga di tanah sekangkang kera depan pagar rumah....tanam bersebelahan. Huh cantik jugak hasilnya..
Cara2 Penanaman..Tips dari Roha's Rizqi Roses
- Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan;
- Gunakan campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar;
- Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain;
- Pokok perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar; dan
- Pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.
Hai kak Mazlina, saya pun minat ros yg teramat.. cantik akak tanam kat tanah macam tu... kalaulah tanah saya tak sekangkang kera, mungkin akan buat cam akak juga... sure best.
ReplyDeleteblog saya semua pasal tanam ros, dtglah melawat.. :)
cantik.. thanks for the info. very2 useful
ReplyDelete