Thursday, July 28, 2011

Breakfast Di Pagi Hari

Apa yang anda makan untuk sarapan pagi ni? Pagi ni aku pilih menu yang heavy sikit iaitu mee goreng bersama telur mata. Tak tau apa rajin sangat pagi ni ..selalunya makan roti ataupun leftover food je. Tapi lepas je hantar Amelia ke sekolah, aku keluarkan mee yang dah 4 hari aku beli dari peti sejuk. Potong kobis, daun sup dan fish cake, blend bawang besar dan bawang putih bersama udang kering seta sedikit ikan bilis. Tambah lagi udang kertas. Fuh pasti menyelerakan.

Ikutkan hati yang kemaruk nak makan aku goreng plak telur mata. Bertambah yummy dan berkolesterol hehe...

  
Nampak menyelerakan

Resepi Mee Goreng Mudah

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Udang kering dan ikan bilis secukup rasa
Cili kering kisar
2 keping Fish Cake
Kobis dan Daun sup
Sos Cili, Tomato, Tiram & Kicap Mee
Udang Kertas

Cara2
1.Blend bawang merah, bawang putih, udang kering dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi.
3. Bila garing masukkan cili kering kisar kacau sampai cili masak (pecah minyak).
4. Masukkan udang, fish cake dan juga sos-sos diatas, kacau lagi.
5. Masukkan mee dan sayur kacau hingga rata dan mee masak.
(Kalau nak sedap boleh bubuh taugeh dan tauhu goreng)

Ini mee segera je, bahan tak cukup ni..tapi makan tetap sedap!!

1 comment: