Monday, August 1, 2011

Projek Taman Mini Orkid

Weekend lepas, just before Ramadhan..bermulalah projek membina taman orkid mini didepan rumahku yang sememangnya tak bertanah. Sebelum ni semua pokok diletakkan atas lantai aje dan dialaskan dengan batu-bata. Saja seronok menghabiskan masa dengan hobi baru ni yang tak berapa nak baru..untuk menjinakkan diri dengan menanam orkid. Memang sebelum ni aku minat kat orkid. Tapi tanam aje kat depan pagar rumah. Menjadi jugak, sudah memanjat pokok tu dengan tinggi. Kadangkala keluar juga bunga orkid yg berwarna putih dan juga orkid liar yang berwarna kuning bercampur coklat ni. Tapi orkid liar ni hayat tak panjang, walaupun mengeluarkan bunga yang berjuntai panjang tapi bila cuaca hujan macam sekarang ni selalunya cepat busuk dan gugur. Itu yang membuat aku sedikit frust.

Kisah bermula bila aku pergi ke Sg. Buloh, lorong orkid berhampiran Hospital Sg. Buloh untuk membeli orkid. Aku borong 4 pasu orkid berharga antara RM25 dan RM10. Siap beli sprayer baja sekali, senang sikit nak menyiram dan membaja kerana dia semi-auto. Sprayer tu guna kaedah pam dan semburan kemudianya secara auto apabila kita menekan button semburan. Harga RM15 je.

Nak menanam dan menjaga orkid ini memerlukan teknik yang betul. Pokok tidak boleh terdedah dengan kadar cahaya secara terus begitu juga dengan kadar hujan. Jadi kenalah buat rumah orkid. Aku dan suami buat rumah orkid beserta 2 tingkat para yang simple je.

Untuk Buat rumah orkid kami memerlukan bahan-bahan berikut yang didapati kat kedai hardware. Kos dan bahan adalah seperti berikut:
1. Jaring Orkid (2 meter)              - RM10
2. kayu pancang                            - RM1
3. Paip PVC (20 kaki)                   - RM10
4. Papan Keping (10 kaki)            - RM30
5. Cat Minyak (1 liter)                  - RM15
6. Dawai pengikat (segulung)       - RM2
7. Bata Merah (10 ketul)               - RM5
8. Mata Gergaji                             - RM1
9. Berus Cat                                  - RM3
JUMLAH                                     - RM77

Dan......hasilnya bolehlah tahan. Nampak kemas dan bersih sedikit taman mini orkid aku ni.

Taman Mni Orkid Pandangan Depan
Taman Mini Orkid Pandangan Sisi
Pokok orkid memanjat pagar
Satu lagi taman yang ada dihalaman ialah taman herba dimana aku tanam pokok limau purut, kunyit, cekur daun kari dan daun kesum. Sebelum ni daun kesum aku letakkan area rumah orkid ni.
Taman Herba

2 comments: