Monday, May 7, 2012

Cast Off YaY!!

Lega hati bila simen dah bukak hari ni. Pagi2 lagi dah p hospital, sampai dalam kul 8.00pagi, pastu pukul 9.30pg p buat X-Ray..Kat tempat X-Ray tak ramai sangat orang so dalam setengah jam dah selesai. Lepas tu jumpa Doktor pulak. Punya le lama tunggu giliran, pas tu miss plak nombor coz orang yg x-ray selepas aku 2-3 orang dah masuk jumpa doktor. Bengang le hubby aku. Dia p tanya nombor aku yg tak naik2. Nurse kata doktor dah ambik mungkin tak dapat link dengan x-ray lagi. Bila doktor panggil dia bagi slip "cast off" lega, alhamdulillah dah boleh bukan simen yg jadi bebanan ni. Bukan apa, dah le berat, takleh kena air lak tu. Bila jumpa doktor, dia tunjukkan keputusan x--ray dan patella aku dah bercantum tapi tak 100% lagi. Dia bagi tempoh untuk aku jalani fisioterapi dalam masa 2 minggu lagi untuk genapkan process percantuman  minggu semua sekali. Dalam pada itu dia suruh aku buat exercise sendiri...bengkok dan jalan agar lutut boleh gerak (range of motion) 45%. Next appointment lagi 6 minggu. MC dapat 3 minggu je lagi.

3 comments:

  1. Thanks atas doa kalian. Alhamdulilah dipermudahkan segala urusan. Pas ni kena le rajin plak buat exercise agar dpt jalan balik...

    ReplyDelete
  2. salam kak eyna,
    get well soon ya. kak eyna bukak simen kat hospital mana tu? sabarlah ya.

    ReplyDelete