Thursday, August 2, 2012

Percutian Keluarga Di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor

Lama sungguh sebenarnya percutian ni, sudah lebih 7 bulan berlalu..tapi takde kesempatan untuk menulis blog dan upload gambar-gambar menarik semasa percutian tersebut. Percutian keluarga ini merupakan percutian keluarga sebelah keluarga yang julung kala diadakan. Memandangkan Farhanah, anak kedua Kak Zizah bekerja kat Resort ni, so kami suruh dia arrangekan semuanya...cuma bayaran sahaja kitaorang settlekan. Pakej 3hari 2malam ni termasuk penginapan, sarapan, lunch dan dinner...so memang relax sungguh dibuatnya.

Keluarga Besar Hajjah Alimah dan Arwah Hj. Abu Hashim (Tiada dalam gambar Famili Abg Saleh dan Mak)
Semua berkumpul di Jati Lumut kecuali keluarga Abg Salleh yang hanya akan datang keesokkan harinya. Lihat le betapa riangnya wajah-wajah mereka ni...




Bilik-bilik kat sini merupakan sebuah chalet kecil yang menempatkan ruang tidur dan bilik air. Boleh dikatakan selesa juga le..tapi kawasan ni terlalu luas and less maintenance. Sebaik sampai tak banyak aktiviti yang dibuat. Semua acara bebas. Hari lak hujan memanjang sampai ke senja. So duduk dalam bilik aje. Malam pulak selepas dinner, kami semua serbu dewan karoake..sempat le 'menyumbangkan' satu dua lagu..hehehe..

Pemandangan lorong chalet

Dinner Time!
Karaoke Session - Muka2 boring!

Hari kedua, pagi-pagi lagi dah nak mandi...budak2 yang paling exited. Apalagi macam2 aksi ada...hahaha..



Selepas lunch p ronda sekeliling pulau dengan menyewa satu van. Sempat le pergi kilang membuat hasil laut seperti satay ikan, keropok, ikan bilis dsb. Selain tu singgah kat, temple Buddha tengok ikan arapaima gigas yg besar (5kaki lebih panjangnya), Kota Belanda dan akhir sekali singgah pekan pangkor untuk shopping!!


Sendat dalam Van Sewa
Kilang Satay


Kota Belanda


Sempat Posing sambil tengok Ikan Arapaima Gigas
@ Pekan Pangkor

Hari ketiga dan terakhir..semua teruja nak balik..Pagi sekali lagi budak2 lepas gian mandi kat swimming pool dan lepas lunch kitaorang check-out dan tunggu bas untuk ke Jeti Pangkor Laut. 

Sedang tunggu bas ..Nenek Limah..fuh bergayanya...
~ Percutian pada 23-25 Disember 2011

1 comment: