Friday, October 12, 2012

Proses Rehabilitasi "Broken Patella" Yang Panjang...

Diam tak diam sudah hampir 7 bulan sejak aku ditimpa musibah..pecah tempurung lutut tu..(cam ganas bunyinyer). Sejak itu lu hidup aku perlu diadjust..Membuat senaman yg sesuai setiap pagi dan pergi fisio kat hospital seminggu sekali. Penah sungguh rasanya dan masa seakan begitu cepat berlalu..minggu demi minggu..dan berganti bulan.

Pencapaian ROM aku setakat ini 100/135. Dah banyak berupa..tapi untuk memcapai ROM 90 payah sungguh sampai memakan bulan. Start dari lepas raya puasa dari ROM 75 hingga minggu lepas 3/10 baru pencapaian ku 90. Rasanya hampir dua bulan ia tersangkut kat range tu. Tapi alhamdulillah minggu ni keputusan amat membanggakan untuk aku..sebab dah boleh kayuh basikal walaupun payah. Sebelum ni bila kayuh basikal tak boleh buat pusingan penuh. 

Pergi fisio ni bukanlah  seronok. Setiap kali nak pergi rasa takut dan fobia..takut sebab sakit. Normal exercise yang perlu dibuat adalah kayuh basikal, 'berenang dalam sangkar' dan akhir sekali pyhsical terapist akan bengkokkan kaki..untuk menambahkan ROM. Berenang dalam sangkar ni aku dan Bahrin..pembantu Gym tu le yang gelar..namanya aku tak tak tapi cam satu proses paksa dan rengangkan kaki untuk bengkok dengan bantuan tuas. Hahaha..tentu susah nak imaginekan...nanti aku cari gambar...

Untuk bengkokkan kaki dengan bantuan terapist ada dua cara :
1. Bengkok dari depan macam gambar dibawah lebih kurang tapi therapist aku duduk atas kerusi dan tolak kaki sambil aku tolak arah berlawanan.
Knee Bend
2. Bengkok dari belakang..sambil kita baring, therapist akan tolakkan kaki kita dan kita tolak arah berlawanan juga sampai tahap kaki kita mula mengeletar. 

Selain tu exercise ringan yang aku buat kat rumah ialah Quad sets and Straight leg raise.
seperti gambar dibawah.   


Static Quadriceps Contraction
Exercises for a Patellar Fracture - Knee Bend to Straighten
 Knee Bend to Straighten

1 comment:

  1. eyna:masih belum pulih sepenuhnya ye....ct doakan eyna tabah menempuhinya hingga sembuh sediakala..

    ReplyDelete