Friday, July 8, 2011

Hukum Menunggang Kuda Dalam Islam

Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”.

Kuda merupakan sejenis haiwan yang gagah, pantas, tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk, handal dalam enduran serta cekap dan bijak. Bertapa bertuahnya jika kita dapat menunggangnye. Menunggang kuda di Malaysia merupakan aktititi sukan dan hobi. Jarang sekali menjadi haiwan peliharaan kerana ia memerlukan modal yang agak besar dari segi penyediaan stable, kawasan tunggangan dan selenggaraan. Aktiviti menunggang kuda ini agak mahal kerana kita perlu menjadi ahli kelab terlebih dahulu. Ini kerana bayaran bukan ahli lebih mahal. Bagi yang berkeluarga aktiviti ini bukanlah merupakan aktiviti berseorangan ia melibatkan kerjasama daripada semua ahli keluarga. Baru lah aktiviti penungganggan lebih lively and happening.

Baru-baru ni Amelia, anak bongsu berpeluang menunggang kuda melalui program Horsing Around yang dianjurkan oleh tadika beliau. Huh ..kagum dengan keberanian dia menunggang kuda. Aku? nak pegang kudapun takut!!!

Bahayanya Conjunctivitis...Mesti baca!!


Ingat tak lagi post saya berkenaan konjuntivitis ni!! Jangan pandang ringan pada sakit mata ni. Walaupun kebiasaanyer dia tak memudaratkan tapi kalau pandangan kita masih kabur, so better buat further examination.
Blur Vision
Mata saya hari tu bukan macam ni ..samada normal atau merah menyala malah membengkak sampat sepet ..hehehe..lepas tu masih tak baik dalam 2 minggu..dan pandangan masih kabur sampai hari ni. Ikut kat hati malas nak buat further check-up tapi lepas Kakak Ipar telefon, ceritakan experience yg sama dan dia buat further examination kat Hospital Mata Tun Hussein Onn, baru le saya buat yang serupa.

Appointment diaturkan oleh suami untuk bejumpa dengan Dr. Azhar di hospital yang sama. Menurut Doktor, conjunctivitis saya menrupakan viral conjunctivitis yang mana viral ini masih merebak merosakkan mata hitam saya terdapat banyak scar/parut kesan dari infection tersebut. Scar itu lah yang membuatkan mata jadi kabur..selalunyer conjuntivitis hanya melibatkan mata putih tapi virus nyer yang kuat telah menyerang mata hitamku. Hehehe..Penjelasan yang sama juga Dr. tu diberikan kepada Kakak ipar ku.  Jadi virus tu perlu dirawat dengan segera supaya tiada lagi ia merebak dan meninggalkan lebih banyak scar pada mata hitam. 

Dr. Azhar prescribe saya 2 jenis ubat mata iaitu:
i) Tobradex Eye Dro; dan
ii) Cusiviral Sterile Eye Ointment

Kedua2 ubat titis ini perlu dipakai 4 kali sehari. Menurut Dr. Insyaallah ia akan baik dalam masa 3 bulan..tapi scar tersebut mungkin akan kekal. Dan appointment yang seterusnya 3 minggu dari tarikh lawatan pertama...
So..jangan pandang enteng dengan conjunctivitis ni...Harap ia dapat membantu... 

Tuesday, June 21, 2011

Syamail Muhammadiyah

"Katakanlah, 'Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), pasti Allah  menyintaimu dan Dia akan mengampunikan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."

( Surah Ali Imran, ayat 31)

Buku ini adalah terjemahan dari pada buku Syama'il Muhammadiyah asal tulisan Imam Tirmizi. Mengandungi 399 Hadis yang meriwayatkan tentang keagungan Rasulullah. Dikupas dengan begitu sempurna dan terperinci mengikut bab, dan terbahagi kepada lima aspek utama aiatu Fizikal, Perilaku, Ibadah, Hubungan Sosial dan akhlak dan kehidupan Rasulullah. 
Diharap buku himpunan hadis nabi ini memberi manafaat kepada kita semua sebagai garis panduan  dalam kehidupan harian mengikut sunnah nabi Muhammad.

Sunday, June 19, 2011

TM Unifi Fiber Optic High Speed Broadband





Dalam bulan lepas ada budak TM datang rumah promot unifi. Mamat ni rajin, dia ketuk pintu dari satu rumah kerumah walaupon tengok kat depan jalan tu ada payung kecik budak unifi buat promotion..tp nak harap org berenti tanya sori le....so tu yg dia dtg rumah ke rumah...Mula-mula takde le nak masuk sangat unifi ni walau tengok kat umah kakak kat denai alam dia dah masuk memang laju sungguh...lg pon stremyx kat rumah ni kira not bad le kan.......download bole ler dpt 50-60kbps...kira ok le tu kan... cuma youtube je lagging...

Cakap kat budak tu..kan promosi yg installation rm 200 tu kan dah habis.. kalau kena bayar takmo ler masuk..dia ckp promotion tu ikut kawasan..kat sini masih lg free...dia ckp sume free.. dpt intenet 5mb,telefon ngan set top box iptv...tu pakej paling murah ler..rm 149...pastu sukaati ler abg nak letak kat mana ..memandangkan aerial tv kat atas tu pon dah tumbang...pastu bila dengar sume free...kira ok je la kan.....stremyx skrg ni pon sebulan dekat rm 100 gak...so tambah dlm rm 50 jer...





Tengok kat ats mmg berbaloi..dengan rm 149..mcm2 dpt...memang baloi la banding ngan asstro tu...line intenet dpt..talipon dpt...siaran tv pon dapat...lg pon TM dah invest banyak utk fiber optik nih...kiranya for future investment ler ni... tak caya baca kat bawah ni berapa punya byk dah TM invest....

UniFi is an amalgamation of “Uni” which denotes togetherness and camaraderie, while “Fi” symbolises fibre optics. This is a new service provided by TM Net Sdn Bhd, an Internet Service Provider in Malaysia.

Initiated and signed in September 2008, the RM11.3 billion national HSBB (High-Speed Broadband) project is a PPP agreement between TM and the government to develop next generation HSBB infrastructure and services. TM is putting up RM8.9 billion while the government is co-investing RM2.4 billion on an incurred claims basis based on project milestones reached by TM.[1]

Tu ha...TM invest 8.9 billion tu..kita bayar rm 149 jer...org bodoh jer yg tak masuk kalau servis ni dah ada kat kawasan rumah..hehehh..

Lepas register ngan mamat TM tu..2-3 hari lepas tu TM servis centre call utk appointment installation...dia ckp..bulan 6 dah penuh bang...yg free 16/7...wow lambat lg tu dekat sebulan lebih..tp takpe la tunggu jer la....

Tup-tup last 2 week TM call..dia ckp..bang kita ada slot free nih abg mau masuk tak next week..13/6 bole pasang dah...apa lagi ok jer..pastu dia pesan kalau takder org tunggu kat umah masa dorang nak pasang kena penalti rm 200.....mcm2 la TM ni..kalau dorang yg tak datang takde le pulak dia bayar kat kita RM 200..tp wateva ler....so appointment pon buat sesi petang..kira2nya takyah le amik cuti pasal dengar dorang pasang 3-4 jam jugak la..so kalau dorang start pkl 4..pkl 7 baru siap..so sempat lagi balik opis bole tengok dorang finishing pasang...



Hari yang ditunggu pon tiba ...yg herannya..pukul 9 pagi..kontraktor dah call...bang..kitorang dah dekat rumah abg ni..nak pasang unifi..cakap kat budak tu balik..kan aritu ckp petang...takde la bang..ni tulis pagi....hmmmm..lantak le dah ko pon dah sampai pasang jer la....

Call rumah so org rumah ready ler...budak unifi dah nak sampai...tak sampai sejam..org rumah call balik...bang..dorang nak RM 300 ler...abg cakap sendiri ngan budak ni..apa lagi panas le..aritu cakap free...ni apakehe pulak kena bayar rm 300...pastu budak tu cakap..bang nak pasang kat atas kena panjat bumbung...so panjat bumbung je rm 300 ni tak kira panjang kabel lagi ni..satu meter rm 15..yg free 15 meter pertama jer......hmm..hampeh sungguh aritu ckp free ..tpwateva la dorang pon dah sampai kan..takan la nak suruh balik pulak..kang tak pasal kena penalti rm 200...so pasang jer la..duit belakang kira....

Pastu kejap2 org rumah call...itu la ..ini ..la..tu la..apsal takmo amik cuti kan sikalang sudah susah....tv takde bunyi le...mcm2 le dorang ni..nama teknisyen tp pasng AV tv pon tak reti....


Di pendek kan cerita...takde le lama sangat dorang pasang ...petang tu gak dah siap....

Nak tau laju ke tak laju Uifi ni..meh tengok...

Speedtest...dload 5mb..upload 4.7 mb..so kira ok le dah amik pakej 5mb kira ok le tu kan...




Yg ni lg best....torrent bole pegi 560kbps-620kbps...stabil pulak...memang berdesup..kira download maharaja kelakar tu..kira 20 min je..dulu tunggu satu malam....
malam tu gak try download biarlah rahsia bdrip..9 gb..tgk bukak pagi dah siap..kalau dulu mau satu bulan lebih tu baru siap...mmg kaki download kira nirvana ler ni...



Memang berdesup yop..yg tak best nya baru sehari pasang unifi....skmm dah start blok banyak website yg best2 utk download...antaranya pirate bay..dan byk lagi...hmmm hampeh sungguh....tp takper la bak kata Maher Zain...
ada..jalannyaaaaaaa......

kira kalau bagi bintang..utk unifi ni dapat 5* ler...

Monday, May 23, 2011

Menjaga Rahsia Rumahtangga

Menjaga Rahsia Rumahtangga
Dipetik untuk dikongsi dari mstar online - Jumaat Mei 20, 2011 MYT 11:05:00 AM


Hadith:
RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu."
Riwayat Ahmad
Huraian Hadith:
1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.
2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: "Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

My 13th Wedding Anniversary

Ulangtahun perkahwinanku jatuh pada Hari Hatra Intelek Sedunia dan memandangkan suamiku berkecimpung dalam industri yg sama, maka kami tidak dapat menyambutnya pada hari tersebut. Tahun ni aku sambut sorang2 sebab dia pi Johor Baharu menganjurkan Hari Harta Intelek Negara disana. Aku pulak struggle menelaah untuk exam paper pada malamnya. Huh..boring sungguh.

Hujung minggu pulak terpaksa balik kampung coz ada wedding. Hari Selasa dan Rabu tu hubby aku cuti..so dapat le kitaorang celebrate. Dia janji nak ajak aku makan kat luar dan beli present. Dah memang cara kami.."No Surprise Present". Hadiah yang ingin dibeli memang dah dirancang..so apa lagi terus pergi ke tempat yang ingin dituju iaitu The Garden...kat Mid Valley.

Masuk butik Coach untuk cari handbag yang aku berkenan. Lama jugak kat situ, belek sana, belek sini and finally jumpa gak handbag yang berkenan kat hati. Mula2 nak beli leather tapi beza cuma dalam RM200 je..tapi kata hubby aku "cari le kelainan sikit..asyik beli leather je..design dia lak very plain"...so we decided to take fabric handbag Madison Edition....Hehe..bukan setakat handbag tapi wristlet jugak aku grab sekali.






After lunch kat Kenny Rogers Roaster, kami masuk lak Metrojaya. Aku nak beli perfume coz stock dah habis. Selalu aku suka pakai Ralph Lauren..tapi saje tukar taste tahun ni.... tapi yg spoil nyer aku tersalah pilih Eau de toilette. Selalu tu aku memang berhati2 memilih supaya tak tersalah beli tapi hari tu..aku memang tak terperasan..


Walaubagaimanapun memang seronok kalau dapat hadiah dari orang tersayang....Thanks dear for the lovely present....

Tip Kebahagian Rumahtangga

Sedar tak sedar dah 13 tahun berlalu. Anak2 pun dah besar..si kakak dah masuk 12 tahun. Tahun depan dah masuk menengah. Diri semakin tua, perkahwinan semakin matang. Tetapi kadang-kala kematangan tu membuatkan manusia alpa tentang memupuk dan membajai kasih-sayang suami-isteri. Mula take thing for granted. Harapan agar pasangan sudah cukup memahami perangai, kehendak dan keperluan masing2.  Sebenarnya semakin lama usia perkahwinan, semakin romantislah pasangan tu, semakin caring le ..kerana dalam tempoh2 ini, kepercayaan dan kasing sayang perlu dipelihara supaya cinta 'lain' tak berputik.

Eii takutnyer..bila memikirkan tentang krisis ni..minta dijauhkan lah dari dairi kehidupanku. Bagaimana memupuk dan membajai  pohon kasih-sayang agar menghasilkan bunga yang kembang  mekar...utuh...dan harum sepanjang hayat???

Disini ingin saya kongsikan Tips '8P' untuk kebahagian rumahtangga dari Ustazah Bahayah.


8P Tip kebahagian rumahtangga


1.  'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.  'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.