Monday, May 23, 2011

My 13th Wedding Anniversary

Ulangtahun perkahwinanku jatuh pada Hari Hatra Intelek Sedunia dan memandangkan suamiku berkecimpung dalam industri yg sama, maka kami tidak dapat menyambutnya pada hari tersebut. Tahun ni aku sambut sorang2 sebab dia pi Johor Baharu menganjurkan Hari Harta Intelek Negara disana. Aku pulak struggle menelaah untuk exam paper pada malamnya. Huh..boring sungguh.

Hujung minggu pulak terpaksa balik kampung coz ada wedding. Hari Selasa dan Rabu tu hubby aku cuti..so dapat le kitaorang celebrate. Dia janji nak ajak aku makan kat luar dan beli present. Dah memang cara kami.."No Surprise Present". Hadiah yang ingin dibeli memang dah dirancang..so apa lagi terus pergi ke tempat yang ingin dituju iaitu The Garden...kat Mid Valley.

Masuk butik Coach untuk cari handbag yang aku berkenan. Lama jugak kat situ, belek sana, belek sini and finally jumpa gak handbag yang berkenan kat hati. Mula2 nak beli leather tapi beza cuma dalam RM200 je..tapi kata hubby aku "cari le kelainan sikit..asyik beli leather je..design dia lak very plain"...so we decided to take fabric handbag Madison Edition....Hehe..bukan setakat handbag tapi wristlet jugak aku grab sekali.






After lunch kat Kenny Rogers Roaster, kami masuk lak Metrojaya. Aku nak beli perfume coz stock dah habis. Selalu aku suka pakai Ralph Lauren..tapi saje tukar taste tahun ni.... tapi yg spoil nyer aku tersalah pilih Eau de toilette. Selalu tu aku memang berhati2 memilih supaya tak tersalah beli tapi hari tu..aku memang tak terperasan..


Walaubagaimanapun memang seronok kalau dapat hadiah dari orang tersayang....Thanks dear for the lovely present....

2 comments: