Thursday, May 5, 2011

Menu Hari Ni : Sambal Tahun Kerang

Hari ini rajin sikit..masak 3 jenis masakan. 1. Sambal Tahun Kerang 2. Sambal Tumis Sotong 3. Ikan Cencaru Sumbat. Hah..banyak le tu selalunyer aku masak 2 jenis je iaitu lauk & sayur je.

Hari Isnin, balik dari Teluk Intan, macam biasa singgah kat Pasar Penambang Kuala Selangor..Hari tu tak banyak ikan2 segar dan udang2 segar..maklum le nelayan pun ramai yg cuti sempena Hari Buruh ni. So aku beli Kerang 2 Kilo, Sotong 1 Kilo dan ikan tenggiri papan.

Selasa aku masak Asam Pedas ikan tenggiri & Sayur campur. Rabu, p beli kari ikan, ayam goreng and udang sambal kat Al-Rahman. Hari ni masak le pulak...

Sambal Tahun Kerang, aku tahu masakan ni dari mak mertua adikku..orang minang. Kalau makcik tu buat sambal kerang ni fuh..sedap tul kuahnyer..(sebab aku memang tak suka makan kerang). Jadi teringin le mencuba. So ini le Hasilnyer.....

Sambal Tahun Kerang
Resepi Sambal Tahun Kerang

Bahan2
1 kilo kerang (rebus dan buang kulit)
1 gengam cili api (sebiji2 buang tangkai)
3 inci lengkuas (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bwg merah (belah 8)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 keping asam keping
1 kotak santan
2 sudu Ikan bilis dikisar 

Cara2
Tumis semua bhn kecuali kerang dan santan sampai layu, masukkan air masak sampai lengkuas lembut. Bubuh santan dan kerang. Garam dan gula secukup rasa. 

Semakin lama dimasak makin sedap sambal ni . Makan esoknye lagi sedap dan esok, esok dan seterusnya....Ia dipanggil sambal tahun sebab dia boleh ditambah bahan2 yg kurang setiap hari...hingga selesai..dulu2 sambal ni orang makan bertahun2..dengan menambah bhn2 yg kurang..

2 comments:

  1. selalu makan versi mentua abang.. sambal dia gelap sikit.. agaknya sebab letak taucu

    ReplyDelete
  2. mungkin jugak tu..tauchu i like

    ReplyDelete