Tuesday, April 9, 2013

Book Review: Khalifah-Khalifah Yang Benar

Abdul Latip Talip merupakan penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia. Sementalah buku ini mendapat sentuhan gaya penceritaan seakan novel oleh penulisnya yang berjaya mennyentuh hati sanubari si pembaca.

Buku ini berkisar tentang kisah Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dengan cerita yang berbeza. Mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan surga.

Cerita dimulai dengan sejarah kelahiran hingga detik kematian khalifah-kalifah ini. Terbahagi kepada 4 cerita berbeza iaitu

1. Saidina Abu Bakar as Siddiq
Seorang lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi. Diangkat menjadi khalifah selepas wafatnya junjungan agung. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu.

2. Saidina Umar al Khattab
Seorang lelaki yang awalnya keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pendinding agama yang benar. Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.

3. Saidina Uthman Affan
seorang lelaki yang menghwini dua puteri Nabi. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul al-Quran.

4. Saidina Ali bin Abi talib
Seorang lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan Nabi. Menjadi kanak-kanak pertama memeluk Islam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh.



Tuesday, April 2, 2013

Percutian Keluarga di Felda Residence Hot Spring, Sungkai



Perancangan cuti bersama keluarga Hj. Shafi'i dan Hajjah Nor Zaiton sudah lama dibuat tapi masih tidak terlaksana sepenuhnya memandangkan kesukaran mencari tempat yang sesuai. Kami adik beradik bercadang untuk menganjurkan percutian bersama ini di Felda Hot Spring, Sg. Klah Sungkai pada akhir tahun 2012. Namun niat terpaksa dibatalkan kerana venue yg dicadangkan telah penuh ditempah. Tarikh tersebut kami anjakkan pada cuti sekolah bulan Mac iaitu pada 24 Mac 2013 hingga 26 Mac 2013 dan alhamdulillah impian semua terlaksana.

Kesibukan persiapan telah bermula pada hari sabtu iaitu sehari sebelum percutian dimana semua adik beradik kecuali Yop dan Nonoi berkumpul di kampung. Selepas menghadiri majlis perkahwinan Noraini Osman, sepupuku dibelakang rumah emak, aku membantu Yan, adik iparku membuat apam polka dot. Emak aku seperti biasa telah menyiapkan hidangan kuah kacang dan nasi impit. Rendang daging pesanan adik aku Nonoi yang sedang mengidam juga telah dibuat untuk dibawa keesokan harinya.Satay juga telah siap ditempah oleh papa aku. 

Pada hari Ahad, setelah Nonoi dan family tiba, kamipun berangkat ke Felda Hot Spring menaiki empat buah kereta, 3 MPV dan sebuah kereta biasa. Sebaik tiba di sana dan setelah check-in kamipun menuju ke villa yang ditempah yang terletak agak jauh dari kawasan hotel. Villa ni terletak di dalam kawasan waterpark sendiri. Oleh itu kami semua tidak memerlukan pelekat tangan untuk masuk ke waterpark. Hanya tiga kereta sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan tersebut jadi sebuah kereta terpaksa diletakkan di tempat letak kereta awam yang disediakan. Bagi pengunjung, terdapat trem yang menghubungkan antara tempat letak kereta dan waterpark.


Villa kami villa no. 18 merupakan villa terakhir yang terletak tidak jauh dari taman air gunung. Villa agak selesa dengan 3 bilik yang dilengkapi bilik air setiap satu. Ruang tamu memisahkan ketiga-tiga bilik ini dan juga terdapat ruang dapur yang agak luas. Dihalaman tertutup terdapat jakuzi air panas yang cukup menarik. Tapi kelemahannya habis lantai villa basah disebabkan budak-budak keluar masuk selepas berendam.

Private Jacuzzi in the house


Pada malam hari kami sempat ber BBQ di kawasan yang telah disediakan. Meriah..dari menghidupkan api sambai le menunggu ayam bakar masak.

Siksa nak menghidupkan api
Budak2 sempat ber'posing' dikawasan BBQ
 Malam hari, lepas makan, semua melepak sambil tengok TV dan berendam dalam jakuzi. Selain itu kaum ibu berborak dan kanak-kanak bermain games dan berlari berkejaran.



 Keesokan pagi selepas bersarapan, 6 vouchers diberikan as complimentary jadi ada yang bersarapan dirumah dan juga di hotel. Tengahari pula kami makan tengahari di rumah adik papaku, Pakcik Anjang di Felda Trolak Timur. Lama sudah kami tidak berkunjung kerumah beliau sampai sesat dibuatnya dan akhirnya pakcik aku ambil kami di depan dewan orang ramai berhampiran rumahnya.

Dalam Perjalanan
Menjamu Selera
Dua Beradik, dari kiri Pakcik Anjang dan Hj. Shafi'i, papaku

Walaupun pada sebelah pagi telah berendam, setelah pulang, peluang untuk berendam lagi tidak disia-siakan maka kami bersiap sekali lagi untuk pergi mandi di waterpark. Semalam sudahlah terperangkap dalam hujan lebat dan kilat dentum berdentum. Nasib baik kami dapat berteduh di Cafe berhampiran. Kecut perut bila berada diluar rumah dalam keadaan macam ni. Jadi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kami keluar agak awal untuk mandi. Walaubagaimanapun hujan tetap turun, dan kami bergegas pulang sebab takut terperangkap lagi.

Disini dipaparkan serba sedikit gambar waterpark yang terbahagi kepada dua bahagian, Taman Air Gunung dan Taman Air Panas untuk tatapan semua.








Pada hari Selasa, sebelum berangkat balik, sempat juga kami semua bergambar. Memandang semua barang sudah di masukkan dalam kereta, Tripod tidak dapat dikeluarkan maka terpaksalah khidmat cameraman digunakan. Kuranglah seorang dalam gambar keluarga sebagai kenangan. Pada kali ini keluarga Yop tidak dapat menyertai rombongan kami jadi gambar keluarga besar Hj. Shafi'i dan Hajjah Nor Zaiton tidak lengkap. Sebelum balik, kecoh dibuatnya apabila duit RM300 yang diberi oleh Nonoi kepada Zura tidak dijumpai. Tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa didalam tong sampah. Rezeki yang halal kata orang insyaallah akan  dijumpai juga. Alhamdulillah percutian yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat!! LOVE U ALL.


Friday, March 15, 2013

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia



Sebagai salah seorang pelajar yang berdaftar, aku sudah semestinya menerima kad diskaun siswa ini yang diberikan oleh kerajaan. Mula-mula aku ingatkan aku tidak layak untuk dapat kad ini. Maklumlah, selain 'student tua', aku student post -grad pula. Semasa perjumpaan sempena research colloquium yang dianjurkan oleh my supervisor, aku berkesempatan berbual bersama seorang student master dan merangkap tutor di fakulti aku. Beliau memaklumkan yang dia telahpun mengambil kad siswa ini di sekolah siswazah.  Baru-baru ini aku telah mengambil kad diskaun ini beserta dengan voucher buku sebanyak RM250.00. Terima kasih atas makluman tersebut dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pemberian ini.


Baucar Buku RM250

Monday, March 11, 2013

Sayang Shae Cover by Amelia

Pening kepala bila asyik diasak dengan permintaan dari anak bongsuku..."Mama, Amelia nak buat cover lagu Shae, Sayang".."bila nak buat ni?"..dan macam-macam pertanyaan lagi. Hai, kecil-kecil lagi sudah pandai hendak buat cover lagu...Amelia ni memang minat lagu ini sama seperti abah dia, pantang dengar aje lagu ini keudara, pasti dia akan follow.

Untuk tidak menghampakan permintaan dia ini, aku dan anak keduaku, Amisha memulakan sesi recording, cari tempat yang sesuai untuk dia menyanyi. Setelah 2, 3 kali shoot ..inilah hasilnya. Saksikan dan enjoy!!


Thursday, March 7, 2013

My First Attempt...Red Velvet Cake

Entah mengapa hari ini aku terlebih rajin. Lepas je masak untuk lunch, aku start baking cake. Saja nak cuba resepi baru...red velvet cake yang aku ambil dari internet. Aku memang masak awal pagi sebelum anak sulong pergi sekolah( sesi petang). So lebih kurang 9.30 pagi aku dah ke dapur. Menu hari ni simple aje, aku buat sambal tumis ikan bilis, gulai lemak putih nangka dan tempe goreng. Selain daripada itu aku panaskan sup ayam semalam. Aku start buat kek lebih kurang pukul 10. 45 pagi...sambil tengok resepi yang telah aku savekan dalam dropbox kat handphone aku. Hasilnya..jeng jeng...

Di sini aku sharekan resepi "Red Velvet Cake" yg aku ambil dari blog Anna Qaseh AzZahra. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
 B:
  • 125 g mentega 
  • 280 g gula castor
 C:
  • 2 biji telur (gred B)
 D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah
 E:
  • 240ml buttermilk  (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing

CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Susun balang2/jar di dalam loyang.Balang kaca tidak perlu digris ya.
  • Masukkan(paipkan) adunan dalam balang tersebut hanya 1/2 balang sahaja(timbang setiap adunan tu bagi mendapatkan berat yang sekata) dan bakar secara double boiler pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. (Masa ni aku ubah aku tambah lagi 20-30 minit sebab pakai oven besar and buat kek...rasa tak logik lak kalu blh masak dlam 20 minit,,utk cupcake ok le)
  • Tempoh membakar bergantung kpd tinggi/banyak adunan kita ya. Cucuk kek didalam balang utk tahu kek benar2 dah masak ke tidak. Kalau lidi keluarnya licin tandanya kek dah masak.
  • Sejukkan sebelum dihias.

Untuk Icing:
Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati. Sedia untuk digunaka.

Wednesday, February 20, 2013

Alhamdulillah...Syukur!!

Alhamdullillah segala urusanku dipermudahkan. Aku lulus Comprehensive Examination (CE) cum Proposal Defense bagi thesis aku. Setelah 5 semester berlalu..akhirnya berjaya juga aku convinced examiners. Cepat sungguh masa berlalu dan sekarang aku perlu tumpukan perhatian untuk generate findings to fulfill my research objectives. Buat Phd ni amat mencabar..dalam masa 2 setengah tahun ni macam2 dugaan aku terima. Paling tragis bila knee cap aku pecah. Terpaksa bersimen kaki selama 2 bulan. Undergo knee bend physiotherapy everyweek. Sampai sekarang still continue physio but kali ni  twice a month je.

Aku terpaksa ambil four coursework as a compulsory requirement. Coursework ni aku habiskan dalam 2 semester iaitu semester pertama dan kedua. Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang. Semester ketiga focus mencari tajuk, develop problem statement and objectives. Ni aku rasa part yang paling mencabar. Alhadullillah aku dapat lalui dengan mudah. Semester keempat pulak, menyiapkan literature review dan methodology. Sepatutnya aku target untuk mengambil CE pada semester ni, tapi malang tak berbau...aku pulak mengalami kecelakaan dan ini telah melambatkan process penyiapan proposal aku. Akhirnya pada penhujung semester lima aku telah berjaya siapkan proposal dan proceed to CE.

CE ini terbahagi kepada dua iaitu written and oral. So examiners plus moderator akan baca dan approved dulu aku punya written proposal. Bila dah lulus baru proceed to oral presentation. Alhamdulillah masa presentation pun berjalan lancar ..Aku pohon kepada Allah agar Dia melancarkan lidahku, terangkan hati aku untuk berkata-kata. Syukur..doaku dimakbulkan. Sesi soal-jawabpun berjalan dengan lancar, walaupun pelbagai pertanyaan bertubi2 menggasakku. Aku jawab apa yang aku termampu and finally aku  lulus.

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan terutama kepada supervisor aku, Assoc. Prof. Dr. Normaz Wana Ismail, my supervisory committee, Assoc. Prof. Dr. Wan Azman Sani, moderator yang banyak sangat bertanya..Prof. Mohd Azali, Exerminers Dr. Lee Chin dan Dr. Hanny Zurina.

Wednesday, January 2, 2013

First Day To School

Hari ini bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2013. Pagi-pagi lagi dah bangun, kejutkan Amelia. Pandai sungguh dia ...mandi dan pakai baju sendiri. Nasib baik ada kakak dia, Misha...lagi bersemangat le Amelia untuk kesekolah. Bas sampai pada pukul 6.40 pagi , Amelia dan Misha beriringan menaiki bas yang berhenti betul-betul depan rumah. Pukul 7.00 pagi aku dan hubby pergi sekolah menanti budak2 tu kat kantin sambil makan nasi lemak achik kantin. Sedah dan murah, harga RM1.00 je.

Lambat jugak budak2 ni sampai. Pukul 7.10 pagi baru sampai. Aku bawa Amelia beratur di ruang perhimpunan. Sebelum ni Amelia ditempatkan di Kelas 1 Unggul tapi setelah menduduki ujian, dia ditempatkan di kelas 1 Gemilang. Sempat juga aku snap 2 keping gambar sewaktu dia di kelas. Kami tunggu  hingga waktu rehat. takut2 kalau dia menangis lihat kami tiada.

Merahnya langsir...

Amelia bersama rakan baru, Aisyah

Petang pulak daftarkan sekolah agama Al-Madani, sekolah agama swasta kat rumah. Bukan tak ada sekolah kerajaan. tapi bila lihat keadaan sekolah yang daif..kesian rasa nak hantar dia kat sana.