Thursday, November 10, 2011

A Hidden Gem ...Paya Indah Wetlands ...

Sempena cuti Deepavali aku dan keluarga bersantai sambil menikmati pemandangan yang indah. Tujuan utama nak pergi Putrajaya Wetland..tapi hari hujan..dan bot2 tak beroperasi. "mungkin ini bukan wetland yang kita cari" cetusku yang tidak pasti... Aku dan suami memulakan pencarian wetland yang dicari hingga bertemu signboard "Paya Indah Wetland"..Menarik sungguh! Tak pernah terfikir langsung nak ke sana.Apa yang ada kat sana pun jauh dari bayanganku. Yang aku ingat ..hanya ada burung flamingo dan kapal korek biji timah yang pernah dipaparkan dalam rancangan TV3 " Explore Race".

Niat kami nekad. "Paya Indah Wetland here we come". Nak ke sana dari Putrajaya jauh sungguh, lebih 20Km aku rasa. Jalan menuju Dengkil dan terus ke Banting, kemudian bila jumpa simpang masuk wetland ada kira-kira 2KM lagi menuju destinasi. Hutan kiri kanan dan terdapat pencawang. Akhirnya kami sampai juga di depan pintu masuk. Guard menyuruh kami check-in di kaunter penerangan. Rupa-rupanya kawasan ini luas dan terdapat kemudahan penginapan seperti chelet. khemah dan dorm.



Basikal untuk disewa.
Kawasan Lobby



Surau juga disediakan, terdapat cafe untuk membasahkan tekak dan mengisi perut yang berbunyi...Kawasan yang luas ini terdapat pelbagai taman antaranya Taman Keluarga dengan kemudahan untuk berkayak dan menaiki paddle boat. Taman Buaya, Taman Badak Air, Taman Burung dan macam-macam lagi. Tapi kawasan pelantar pemandangan, kapal korek masih ditutup untuk viewing. A picture speaks a thousand words..so layan je lah gambar-gambar di bawah tu....

Surau
Pemandangan disalah satu tasik yang ada.
Itik gembo-gembo.
Misha dan Flamingo.
Perkhidmatan Kayak dan Paddle Boat Disediakan.
Boating di Tasik Teratai.
Merenung Dikejauhan di Menara Peninjau.
Pemandangan Dari Menara.
Gambar diambil dari  atas Menara
Menara Peninjau.
Chelet untuk Disewa - RM120 Semalam.
Kawasan Badar Air ( Rupa-rupanya gigitan Badak  Air boleh membunuh dan menurut statistik, badak air membunuh 60 kali ganda rakyat Afrika berbanding Singa)
Kawasan Memancing disediakan untuk kaki pancing RM10 untuk 2 jam. Berbaloi-baloi. 
Pemandangan cantik tak terkata..lihat sendiri lagi puashati..pendek kata apa yang boleh disimpulkan.."Paya Indah Wetlands is a hidden gem". Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi di http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/fungsianaktiviti/eko-pelancongan/602

No comments:

Post a Comment