Friday, November 18, 2011

Tahniah Shira!

Syukur Alhamdullillah, dengan limpah kurnia dari Allah swt. anak sulungku, Nur Shahirah berjaya memperolehi 5A dalam UPSR 2011. Ibubapa mana yang tak gembira melihat anak2 meraih kecemerlangan dalam pelajaran dan hidup. Sebagai anak sulong kejayaan yang diraih akan menjadi contoh kepada adik-adik.


Aku pergi lambat sedikit ke sekolah SK Meru 2..dan bila kaki baru saja menjejak kaki kat foyer nama Shahirah diumumkan. Terharu jugak perasan ni. Kegembiraan berputik dihati 13 orang pelajar yang berjaya meraih keputusan cemerlang ini. Begitu juga dengan guru-guru sekolah kerana segala usaha keras guru-guru yang mengadakan pelbagai program dan kelas tambahan setiap sabtu berbalas. Mana tidaknya pencapaian tahun lepas sekolah tersebut amat mengecewakan kerana hanya 3 orang pelajar yang memperoleh 5A.

Tahniah buat Nur Shahirah!!  Tahniah diucapkan kepada anak-anak semua!!! Tahniah kepada guru-guru!! dan tak lupa juga tahniah kepada aku dan suami.........




5 comments:

  1. tahniah! dulu dapat 4a je.. hohoho.. this is a good start for another success! yeah!

    ReplyDelete
  2. Wa... 5A tu bukan senang orang nak dapat.. dulu pun entah berapa jer A saya boleh dapat. Apa2 pun tahniah. Ini berkat didikan ibu dan ayah juga ni. Semoga dia akan terus berjaya.

    ReplyDelete
  3. Thanks Jericho..dulu org tak mengejar A sangat..sekarang ni semuanya competitive

    ReplyDelete