Thursday, February 2, 2012

Lempeng Kelapa "Gebu"



Dah lama tak makan lempeng kelapa, pernah makan kat P.D dulu..emm rasa sedap.."lempeng kelapa muda". Terasa nak buat sendiri pulak. Mak mentua siap parutkan kelapa nak buat lempeng. Tapi sayang tertinggal pulak kat kampung.

Hajat nak buat lempeng kelapa diteruskan juga. Aku beli kelapa parut kat Kedai Al-Rahman dekat rumah. Cari punya cari resepi..terjumpa kat web Abg Mat Gebu "Dapur Tanpa Sempadan". Resepi yang agak menarik dan mudah disediakan. Aku tiru sebijik dari resepi beliau.

Lempeng Kelapa "Gebu"


Bahan2
1 1/2 cwn kelapa parut putih 
1 cwn tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cwn air (agak2)
Secubit gula (optional)
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
1. Satukan semua bahan tadi, kacau rata dan jika terlalu pekat tambah 1-2 sudu besar air. Kacau dan biar  seketika.
2.Panaskan kuali (aku guna non-stick), renjiskan sedikit minyak masak. Sendukkan adunan (kuantiti ikut citarasa dan saiz yg diinginkan) dan ratakan masak atas api perlahan hingga permukaan lempeng pucat.
3. Terbalikkan dan masak lagi hingga garing. Angkat dan makan semasa panas. 

Lempeng ni sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis atau kari ayam/daging..yum..yum..licin..
Thanks to abg Mat Gebu dengan resepi yang semestinya sedap ni. 

No comments:

Post a Comment