Ceritanya begini...malam semalam aku berjanji dengan Amelia untuk gosokkan baju sekolah dia. Memandangkan hari ni merupakan hari pertama dia kesekolah, both SK dan SRA, bertambah exited le jadinya si Amelia ni. Sebelum masuk tidur dia menemankan kakaknya gosok baju. Sebelum tu dia telah siap sediakan set pakaian sekolah dia dan meninggal nota ringkas buat aku. Siap lagi beritahu aku untuk melihat nota yang ditinggalkannya. "mama nanti mama baca surat yang Amelia letakkan kat bilik mama ok"..katanya sebelum masuk tidur.
Tanpa mengesyaki apa-apa yang luar biasa selepas menonton TV aku naik kebilik untuk gosokkan baju dia. Terkejut dan tergelak besar aku bila melihat set2 baju yang telah dia sediakan beserta nota. Tak tahan untuk ketawa bila baca nota yang dia tulis. Kelakar sungguh!! Abah dia kata bijak sungguh..fikiran dah macam orang besar..Hahahaha...
Baju dan Nota yang disediakan |
Nota "Baju nak gosok mama cakap baju sekolah agama kiri SK Meru2 kanan"..siap dengan signage lagi.... |
No comments:
Post a Comment