Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Cepat sungguh masa berlalu..tahun 2012 sudahpun melabuhkan tirainya..kini 2013 telah menjelma. Sudah tercapai ke azam tahun lepas? Bak kata Dato' Dr. Fazilah kamzah dalam MHI pagi tadi azam bukan hanya satu statement tapi perlu ada gambaran jelas supaya kita boleh laksanakan satu persatu. ..Vision and mission must have strategic planning kalau tak cuma anganan kosong.

Sudah banyakkah ilmu dan pengalaman kita timba. Sudah banyakkah amalan dan pahala yang dikumpul untuk ke SANA...kerana kita akan di'ambil' pada bila-bila masa. Ya Allah..tabahkan hatiku untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaranmu. Tetapkan imanku..untuk mengumpul bekal menghadap MU.

Tahun baru bermakna bertambah setahun lagi usia kita. Semoga usia yang diberikankepada kita  dipergunakan dengan sebaik mungkin bagi mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Selamat Tahun Baru buat semua....

2 comments:

  1. selamat tahun baru eyna: sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar menjadi yang lebih baik dalam urusan dunia dan akhirat hendaknya..Amin.

    ReplyDelete