"Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-Nya...." ini merupakan petikan daripada buku hasil nukilan Ustaz Kazim Elias.
Buku ini merupakan karya sulung beliau dengan kerjasama Karya Bestari. Menarik untuk dibaca, terutama bila ustaz ni merupakan ustaz favourite kita. Jika kita biasa dengar ceramah beliau, jadi bait2 ayat dalam buku ini begitu sinonim dengan kita. Banyak input dalam ceramah beliau diselitkan dalam buku ini. Cara penyampaian yang bersahaja dan contoh-contoh yang biasa kita lalui menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.
Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM19.90. Dapatkannya sekarang...tak rugi beli....
menarik!
ReplyDeleteThanks fira. Memang menarik...
ReplyDelete