Thursday, December 13, 2012

Birthday Dafina & Wafiy

Hari Raya Haji Hari tu kitaorang sambut birthday kedua2 anak saudara aku..Dafina, satu tahun dan Al-Wafiy, dua tahun. Tema pink and blue. Mak Su Nonoi selaku ibu budak berdua tu sungguh beria buat persiapan. Ada hadiah pakaian tercantik, pakaian ikut tema, acara tiup belon dan duduk belon sampai pecah le...tak lupa juga door gift (Sepasang brooch)  utk ibu2 yang hadir.

Acara diadakan selepas sembahyang asar, lebih kurang pukul 5.00 ptg. Selain kawan2 mak dan papa aku, saudara dan sepupu yang duduk berhampiran juga dipanggil. Menu..seperti biasale, lauk raya seperti rendang dan lemang, nasi impit dan kuah kacang, puding, dadih dan macam2 lagi. Aku tambah mee goreng dalam menu. Ramai yang memuji kesedapan mee goreng yang aku buat...well...hahahaha...

Overall, sambutan sederhana tapi meriah!!


Birthday Cake
Birthday Girl and Boy
Turut Memeriahkan suasana
Makan Time
Kawan-kawan Mak
Papa dan Pakcik Nizar
Dari Kiri Makwe, Mak Ham, Mak Andak dan Mak
Keluarga Zura 
Keluarga Appy
Keluarga Nonoi

No comments:

Post a Comment