Tuesday, December 11, 2012

Penangan Tanjung Lumpur, Kuantan

Akibat hubby aku teringin sangat nak makan sotong goreng tepung kat Tanjung Lumpur, Kuantan..kami sekeluarga telah bermalam sehari di Bandar Indera Mahkota Kuantan. Sebaik sahaja check-out dari Colmar Tropicale..perjalanan diteruskan ke Kuantan. Tapi sebelum tu kami dah booking "Sri Manja Boutique" hotel melalui AsiaRoom. Saja nak booking hotel baru ..lebih kurang 10 bulan beroperasi. Aku kategori kan hotel ni sebagai hotel budget sebab harganya yang murah. Tapi kalau nak ikutkan starnya kat website..dalam 3 bintang. Kemudahan semua ada kecuali fridge. Aku booking bilik family harga RM214.00 semalam. Terdapat dua katil, satu super single dan satu queen size. Bagi aku kalau setakat untuk tidur hotel ni berbaloi. Terdapat juga swimming pool ditingkat roof top. Masih berbau 'baru' bilik ni..bau kayu..bau cat..bau gam bercampur aduk..pening kepala aku...


Sri Manja Boutique Hotel Kuantan - Family DeluxeFamily Deluxe
Sumber: http://www.srimanjahotel.com.my

Berbalik semula pasal Tanjung Lumpur ni, malam tu kami dinner kat sana ..dan restoran pilihan kali ni ialah "Ana Ikan Bakar Petai". Mak ai..ramainya orang...sampai susah nak cari meja kosong. Akhirnya dapat juga kami tempat. Apa yang kami order? Seperti yang diidamkan sudah semestinya sotong goreng tepung, Ikan bakar petai (nak cuba sebab ni specialties restoran ni), Ketam Sweet Sour dan Tomyam Seafood. Semua seafood kita pilih dan untuk ikan bakar aku pilih ikan merah.

Sumber: http://shimazahar.blogspot.com

Sumber: http://www.garmin.com.sg

Disebabkan terlalu exited dapat makanan. Lupa nak snap gambar..hehe..tapi aku pinjam beberapa gambar dari blog lain untuk tatapan korang. Review masakan: Memang puas hati, Sotong seperti yang diidamkan..Ikan bakar memang sedap...isinya lembut macam dikukus tambah pulak bersirakan pes cili yang lazat...licin aku bedal sorang2...harga pun murah..tapi aku tak ingat....Lebih kurang RM100.00 kot. 

Aku sempat le juga snap gambar..satu waktu boring menunggu dan waktu nak balik tapi gambar restoran aje le ...hehehe..

Amelia tengah merajuk...

Ramai Orang beratur pilih ikan dan timbang
Gambar Restoran dari hadapan

2 comments: