Thursday, May 19, 2011
Thursday, May 12, 2011
Sakit Mata atau Conjunctivitis
Siksanya kalau kena sakit mata atau conjunctivitis ni..bukan sehari dua..malah makan minggu. Bukan setakat mata merah je..tapi bengkak yang berair. Ikut kata orang..sekarang ni musim sakit mata sebab cuaca tak menentu..panas dan berjerebu. Ini dikaitkan dengan el-nino.
Mula2 anak dapat sakit mata kat tadika dia, tapi tak teruk sangat. Seminggu lepas tu mata aku lak jadi merah. Dan bertambah teruk ..membengkak sampai timbul kelenjar dan bengkak kat pipi dekat dengan telinga dan rahang. Belumpun mata baik jangkit lak kat mata kanan. Seksa rasanya....
Cara rawatan? aku g clinic je. Dr. prescribe ubat titis mata, eye ointment, ubat tahan bengkak dan ubat gatal. Selebih tu tawakal je kepada Allah dengan baca doa ni..(baru je dapat kat blog ni http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=73&Itemid=160)
Saje nak share,

![]() |
| Mata Bengkak & Berair |

Doa Sakit Mata
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَعَادٌ۬ وَفِرۡعَوۡنُ وَإِخۡوَٲنُ لُوطٍ۬
Surah Qaf , Ayat 13..
(Baca doa ini dan hembuskan kat tapak tangan yg berlawanan dengan mata yg sakit tu sebanyak 3. Insyaallah cepat sembuh)
Thursday, May 5, 2011
Ikan Cencaru Sumbat
Ni masakan favorite anak2 aku..ikan cencaru sumbat..kalau masak mesti licin. Nak tau macamana nak buat ..so layan....
Ikan Cencaru Sumbat
Bahan2
3 ekor Ikan Cencaru (siang tp jangan belah perut danjgn buang jaket)
I biji bawang besar
Setengah biji kelapa parut
belacan (jika suka)
6 biji cili api dan 2 biji cili masak (pedas ikut suka)
asam jawa atau limau nipis
garam
gula
kunyit
Cara2
1.Basuh ikan dan belah sisi atas ikan untuk dijadikan poket sambal. Gaul ikan dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Bawang, belacan, cili2 dikisar.
3. Bahan 2 tadi digaul dengan gula dan garam serta perahan asam jawa/limau secukup rasa. Kemudian gaulkan dengan kelapa hingga sebati.
4. Sumbatkan sambal kelapa dalam poket ikan tadi.
5. Panaskan api dan goreng kedua-dua bahagian sampai garing.
Tips: saya suka pakai non-stick supaya tak guna minyak yg banyak. Tapi kuali non-stick perlu ditutup bagi memastikan ikan dan sambal masak sepenuhnya.
![]() |
| Ikan Cencaru Sumbat |

Sambal Tumis Sotong
Saje je post menu sambal sotong kat different post..supaya tambah sikit bilangan post yang dah semakin tenggelam ni..so menu kedua ialah Sambal Tumis Sotong. Rasanya ramai yang pandai masak sambal ni..tapi mungkin cara je berbeza. Ikut jugak kerajinan..kalau aku rajin..selalu sanggaikan dulu sotong atas kuali untuk buang air gatal nyer..tapi kalau tak berapa rajin lebur je sotong bersama sambal
Resepi Sambal Tumis Sotong
Bahan2
I labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3-4 sudu besar cili kering kisar
air asam jawa
gula & garam secukup rasa
minyak utk menumis.
Cara2
Kisar bwg merah, halia dan bwg putih. Tumis dalam kuali bersama minyak. Bila garing dan layu masukkan cili kisar tadi. Kacau sampai cili masak atau naik minyak. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga sotong kecut sedikit dan air sotong kering. Sedia utk dihidang.....

| Sambal Tumis Sotong |
Menu Hari Ni : Sambal Tahun Kerang
Hari ini rajin sikit..masak 3 jenis masakan. 1. Sambal Tahun Kerang 2. Sambal Tumis Sotong 3. Ikan Cencaru Sumbat. Hah..banyak le tu selalunyer aku masak 2 jenis je iaitu lauk & sayur je.
Bahan2
Hari Isnin, balik dari Teluk Intan, macam biasa singgah kat Pasar Penambang Kuala Selangor..Hari tu tak banyak ikan2 segar dan udang2 segar..maklum le nelayan pun ramai yg cuti sempena Hari Buruh ni. So aku beli Kerang 2 Kilo, Sotong 1 Kilo dan ikan tenggiri papan.
Selasa aku masak Asam Pedas ikan tenggiri & Sayur campur. Rabu, p beli kari ikan, ayam goreng and udang sambal kat Al-Rahman. Hari ni masak le pulak...
Sambal Tahun Kerang, aku tahu masakan ni dari mak mertua adikku..orang minang. Kalau makcik tu buat sambal kerang ni fuh..sedap tul kuahnyer..(sebab aku memang tak suka makan kerang). Jadi teringin le mencuba. So ini le Hasilnyer.....
![]() |
| Sambal Tahun Kerang |
Resepi Sambal Tahun Kerang
Bahan2
1 kilo kerang (rebus dan buang kulit)
1 gengam cili api (sebiji2 buang tangkai)
3 inci lengkuas (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bwg merah (belah 8)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 keping asam keping
1 kotak santan
2 sudu Ikan bilis dikisar
Cara2
Tumis semua bhn kecuali kerang dan santan sampai layu, masukkan air masak sampai lengkuas lembut. Bubuh santan dan kerang. Garam dan gula secukup rasa.
Semakin lama dimasak makin sedap sambal ni . Makan esoknye lagi sedap dan esok, esok dan seterusnya....Ia dipanggil sambal tahun sebab dia boleh ditambah bahan2 yg kurang setiap hari...hingga selesai..dulu2 sambal ni orang makan bertahun2..dengan menambah bhn2 yg kurang..
Sunday, April 10, 2011
Ronda-ronda Sekitar KL
Hujung minggu, kalau tak keluar tak sah, selalunyer aku suka ajak family pergi window shopping dan selalunyer mesti "ter"shopping. Heheeehee... tapi 2 minggu lepas kami semua rancang nak pergi Planetarium Negara..tambahan pulak ada "Hari Terbuka".
Sempat naik ke Balai Cerap untuk lihat matahari..Biasanye balai ini tidak dibuka untuk orang awam tapi sebab ada hari terbuka..baru dibuka. Kecil sungguh balai cerap ni...tak macam kat oversea kata hubby aku ler...diapun tengok gambar kat internet je le...
Sempat le posing sikit2.
Lepas tu pergi lak ke Muzium Negara, saje..dah lama tak pergi tiket masuk murah je..RM2 je untuk Dewasa dan Kanak2 bawah 12 tahun PERCUMA. Konsep muzium Sejarah Awal Malaysia hingga Kini.Turutan nyer lebih kurang begini....Dari zaman Gua, Melaka, Penjajahan (Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun), Kemerdekaan dan Kini.

Tengok ni! gambar Jalan Mahameru yang sentiasa sesak tak kira hari apa...
Udang Masak Lemak Cili Api
Ni memang menu favorite family aku ni..setiap kali beli udang pasti menunya gulai lemak cili api. Baru-baru ni my hubby p Sabah..so sempat borong 'bapak' udang harimau...nak masak lain "tak muai katanya" tak dpt nikmati kuahnya. Masuk kali ni dah dua kali aku masak udang ni..first time aku masak kari udang..fuh meleleh jugak peluh menikmati keenakkan dan kepejalan isi udang harimau ni. Hari ni aku masak lemak le pulak..fuh..baru lepas kekenyangan meratah seekor udang..sampai tak habis dimakan..so apa lagi..anak2 aku le menikmati separuh dari udang tu..hehehe....
Senang je nak masak nye..campak2 je...
Resipi
Udang Harimau
1 Biji Bawang Besar
20 biji Cili Padi Hijau
2 Biji Cili Masak (kalau nak merah)
Santan Kotak (1 atau tambah 1/2 kotak lagi..ikut kepekatan yg anda suka)
1 Batang Serai (kalau tak bubuhpun tak pe..hari ni aku tak bubuh)
2 keping Asam Keping Sederhana
Garam secukup rasa
Kunyit ( ikut suka serbuk atau kunyit hidup)
Cara-cara
Kisar bawang dan cili., serai diketuk
Masukkan dalam periuk, bubuh kunyit dan air, bila kuah menggelegak baru
Masukkan santan
Masukkan Udang
Garam secukup rasa
Tutup Api bila kuah menggelegak dan udan menjadi kemerahan..(cukup masak)

Subscribe to:
Posts (Atom)