Ya Allah, sakitnya hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang aku lalui sepanjang process rehabilitasi ini. Setiap minggu terpaksa pergi fisioterapi yg membuat aku fobia!!! Tapi sebab nak sembuh cepat terpaksa juga aku lalui.
Minggu pertama pada 21 Mei lepas aku buat fisio, physiotherapist tu gunakan mesin khas untuk membantu membengkokkan lutut aku. Sakitnya..setiap kali mesin tu membengkokkan lutut aku dan kemudia lega sekejap bila dilepaskan. Proses itu berlanjutan dalam masa setengah jam. Muscle aku semuanya dah mengeras maklum le kesan daripada kecederaan dan immobilisation process. Balik tu aku terus demam, demam urat orang tua-tua kata.
Hari ni, merupakan minggu kedua. Takut rasa hati nak pergi bila mengenangkan kesakitan yang aku alami minggu lepas. Sampai aje giliran aku, physiotherapist tu periksa lutut aku. Panas katanya, masih bengkak lututku. Dia membalut lutut aku dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan panas. Lepas tu sambil meniarap dia suruh aku bengkokkan lutut dan memeriksa ROM aku. Ada improvement dari 30% last visit ke 40% sekarang ni. Tapi kenaikan hanya sedikit katanya. Maka...................dia membengkokkan lutut aku menggunakan tangan dia..sampai terketar2 kaki aku dibuatnya untuk menahan kesakitan. Badan2 aku automatik mengeras kesan tindakbalas terhadap kesakitan...pinggan akupun tersangat le sakitnya. Tak boleh nak diceritakan macam mana sakitnya aku waktu tu..sampai tempat yang ber aircond pun berpeluh satu badan. Proses tu dia lakukan berkali-kali...bayangkan...berapa seksanya aku menempuh kesakitan yg teramat. Aku pernah lihat proses yng sama dilakukan di dalam Youtube mat saleh...itu lagi membuatkan aku ngeri. Sambil tu dia mengukur ROM aku. Dah naik katanya ...50% and then 55%.
Selain dari tu dia juga ada ajar aku beberapa jenis exercise yg boleh aku lakukan dirumah. Menurut beliau, sekurang2nya buat exercise tu seratus kali sehari. Walaupun dah selesai seksaan, dahi aku masih berpeluh-peluh. Oh...takutnya aku bila mengenangkan my next appointment...next week!!!!
Nota: ROM ialah Range of Motion. Manusia Normal mempunyai Range of Motion antara 100% - 135%. Tetapi ROM seseorang tidak sama dan ia bergantung kepada pelbagai faktor terutama saiz badan. Kaki Kiriku sendiri mempunyai ROM 125% sahaja.
Monday, May 28, 2012
Monday, May 7, 2012
Cast Off YaY!!
Lega hati bila simen dah bukak hari ni. Pagi2 lagi dah p hospital, sampai dalam kul 8.00pagi, pastu pukul 9.30pg p buat X-Ray..Kat tempat X-Ray tak ramai sangat orang so dalam setengah jam dah selesai. Lepas tu jumpa Doktor pulak. Punya le lama tunggu giliran, pas tu miss plak nombor coz orang yg x-ray selepas aku 2-3 orang dah masuk jumpa doktor. Bengang le hubby aku. Dia p tanya nombor aku yg tak naik2. Nurse kata doktor dah ambik mungkin tak dapat link dengan x-ray lagi. Bila doktor panggil dia bagi slip "cast off" lega, alhamdulillah dah boleh bukan simen yg jadi bebanan ni. Bukan apa, dah le berat, takleh kena air lak tu. Bila jumpa doktor, dia tunjukkan keputusan x--ray dan patella aku dah bercantum tapi tak 100% lagi. Dia bagi tempoh untuk aku jalani fisioterapi dalam masa 2 minggu lagi untuk genapkan process percantuman minggu semua sekali. Dalam pada itu dia suruh aku buat exercise sendiri...bengkok dan jalan agar lutut boleh gerak (range of motion) 45%. Next appointment lagi 6 minggu. MC dapat 3 minggu je lagi.
Sunday, May 6, 2012
Mumia Firaun Satu Pelajaran Tentang Kebesaran Allah S.W.T.
Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Dipetik dari pelbagai sumber..asal..tidak diketahui.

Tuesday, May 1, 2012
Hari-hari yang membosankan
Bosan betul aku, memerap saja kat rumah..semenjak 'patah kaki' ni. Jalan pakai tongkat. Mandi terpaksa wrap kaki bersimen dengan plastik. Huhuhu...sedih bila mengenangkan nasib. Memang banyak bersabar dengan dugaan yang datang. Tapi rasa dah tak sabar nak menjalani kehidupan seperti biasa. Bila agaknya simen ni nak dibuang. Luka sekarang ni dalam proses percantuman dan pengeringan. Tak tau le kondisi patella kat dalam tu..sudah bercantum dengan baik atau belum. Berapa peratuskah percantumannya. Mengikut bacaan ia mengambil masa dalam 6 hingga 8 minggu. Tapi itu semua bergantung kepada individu dan faktor usia.

Sunday, April 1, 2012
Musibah Mengundang Tanpa Diduga
Akupun keliru sama ada apa yang jadi pada aku ni musibah ataupun ada hikmahnya. Kalau difikirkan secara negatif..memang le musibah. tapi bila difikirkan secara positif tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kisahnya bermula apabila aku mengambil part-time maid. Sudah hambir 2 bulan maid surabaya aku datang, datang pagi pukul 8.30 balik pukul 5.00 ptg. Tiba2 pagi isnin tak datang dan alasannya hujan. Esoknya aku dah bersiap awal pagi nak pergi UPM.tunggu punya tunggu si Ida ni tak datang jugak. Aku call, dia tak angkat. Bengang sungguh aku. Aku sms dia jawab. katanya dia tak datang kerana ikut lakinya ke Bangi sebulan. Geram betul aku..kenapa tak beritahu awal2. Akhirnya aku telipon jiran sebelah untuk beri kunci kat Misha bila dia balik sekolah tengahari nanti. Amelia aku tinggalkan kat Tadika dia sementara aku balik dalam pukul 2 petang.
Tapi ini bukan masalahnya..cuma aku ceritakan renteten kejadian saja. Aku meminta khidmat maid sebelah rumah (Yg juga daily maid) untuk datang mengemas rumah sebelah petang. Tapi hati ni macam berat je nak suruh budak ni datang. Jadi bila dia tak datang aku tak peduli sangat. Hinggalah pada hari Rabu 21 Mac, dia sendiri bertanya pada aku samada aku memerlukan khidmat dia atau tidak. So aku ckp ye aja le.
Petang tu pukul 4.15, dia datang, mula2 mengemas tingkat atas, basuh bilik air dan mop. Lepas tu mengemas bahagian bawah pulak. Bila suami aku balik, 6.45 aku naik keatas, aku nampak lantai dining agak licin, lalu aku pasangkan kipas supaya cepat kering. 7.10 minit Misha memanggil aku katanya bibik panggil sebab iron tak panas2, mungkin rosak. Akukun turun segera dan apabila kaki aku pijak lantai dining aku terus terjatuhkan terhentak kepala lutut. Masa tu apa yag aku tahu dan jerit "Patah kaki aku". Aku memang tak boleh bergerak langsung. suami aku turun sambil menjerit, " Lap lantai tu..licin sangat". Memang masa tu lantai berair dan licin, kipaspun dah tertutup. Nak marahpun tak guna..geram betul dengan maid BODOH ni. Bukan tak pernah mengemop..
Aku memang tak berupaya nak bangun. Nak pergi klinikpun dah boleh..usik sikit kaki tersangat sakit. Akhirnya suami aku pergi klinik. Selepas maghrib Doktor baru datang..bagi satu suntikan dan balut kaki aku untuk mengstabilkan posisi. Lepas tu aku terus pergi ke Hospital Sungai Buloh terus ke unit kecemasan. Disana kami diarahkan untuk buat X-ray, dan Doktor mengesahkan yang tempurung lutut aku pecah tiga dan perlukan pembedahan.
Luluh hati memdengar berita ni. Satu lagi episod ngeri terjadi. 5 tahun lepas tangan aku patah..tahun ni pulak kaki aku..tak sanggup rasanya Ya Allah..dugaan yang kau berikan.Sebaik sahaja mendapat tahu keputusan X-Ray, aku dimasukkan diwad pemerhatian sebelum dimasukkan diWad 5D bilik no 9. Menurut Doktor aku akan dibedah keesokkan hari jika terdapat kekosongan bilik bedah dan tiada kecemasan lain.
Alhamdulillah, aku mendapat rawatan dengan cepat dan pada hari Khamis, pukul 1.30 ptg lutut aku selesai dibedah, menurut keterangan doktor dia mengikat tempurung lutut ataupun "patella" supaya bercantum semula. Kaki aku disimen dari atas buku lali hingga ke peha. Keesokkan hari, Jumaat 4.00ptg aku dibenarkan pulang. Aku terpaksa guna crutches dan wheelchair buat sementara. Aku diberi MC, 48 hari hingga next appointment.

![]() |
| Pemandang dari bilik aku |
![]() |
| Kaki Kanan aku yang dah bersimen |
Thursday, February 23, 2012
Gulai Lemak Tumis Ikan Bawal
Hari-hari kena masak, kadang-kadang tu boring jugak! Dah tak tahu nak masak apa, selak2 buku resepipun tak menarik..kadang-kadang tu tertarik tapi bahan2 pulak tak ada. Hari ni aku kedapur dalam pukul 11pagi. Buka freezer tengok lauk-pauk yang ada. Ada ikan tenggiri, bawal, udang, daging, ayam dan ikan merah. Aku buat keputusan nak masak gulai lemak ikan bawal dan udang black pepper.
Gulai ni special sikit sebab aku tumis dulu bumbunya dan ikan juga aku goreng dulu. Baru mantap rasanya.
Jadi Bahan2 nya senang saja:
Bahan-Bahan
Bahan A (Dikisar bersama)
1 biji bawang besar
10 tangkai cili api (ikut suka lebihkan lagi kalau nak pedas)
Sejemput ikan bilis
Bahan B
Seekor Ikan Bawal yang telah digoreng separuh garing
3 Tangkai Daun limau purut
1 batang serai
1 biji limau nipis
Santan (aku pakai 3/4 santan kotak M&S)
11/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
garam
4 biji bendi
2 sudu makan minyak untuk menumis
Cara-Cara
Tumis bahan A bersama serai hingga wangi.
Masukkan daun limau purut
Masukkan air, serbuk kunyit dan santan, kacau ikut kepekatan yang diingini
Masukkan ikan, kacau dan tunggu sampai menggelegak.
Masukkan garam secukup rasa dan bendi.
Tutup api dan perah limau nipis.

| Gulai Lemak Tumis Ikan Bawal |

Thursday, February 2, 2012
Ikan Siakap Masak Kicap - Chinese Style
Memang sedap bila makan ikan siakap masak kicap ni. Sudahlah mudah nak masak pakai campak2 je..rasanya wow terangat kening. favourite aku dan anak2 ni. Si kecil Ameliapun suka makan, sampai bertambah2 nasi dipinggan." Napa le mama ni pandai masak sangat..sepatutnya mama jadi chef le"..itu adalah kata2 yang anak2 aku selalu ucapkan jika mereka makan masakan dari air tanganku. Hehehe..rasa nak tergelakpun ada dibuatnya..tapi aku cool aje...
Resepi ni mudah dan ringkas. Bahan2 pun tak banyak diperlukan. Aku dapat resepi ni dari Dr. Roselawati yang rajin bertanyakan chef di Wonderland Restaurant, Langkawi. Aku tak ada ikan siakappun jalan jugak, goreng aje apa2 pun jenis ikan..dan dimakan dengan sos kicap ni..pasti menyelerakan.
Bahan2
Seekor ikan siakap (digoreng garing)
Cili api dipotomh bulat2 dan kecil
Kicap Manis Habhal - Kipas Udang
Kicap ABC (Yg dalam iklan Chef Zam)
3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
2 biji limau nipis (ambil jus sahaja..kuantiti juga ikut suka mengikut selera kemasaman)
Minyak untuk menumis (kalau boleh guna minyak cap helang..aroma lebih sedap)
Sedikit air
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih hingga naik bau
2. Taburkan cili api
3. Bubuh kedua-dua jenis kicap (kuantiti ikut suka, saya pakai dalam 3 sudu setiap satu..agak2 je ni)
4. kalau nak banyak kuah, tambah sedikit air (agak2 jangan terlalu cair )
5. Bila sudah menggelegak, tutup api dan tuang jus limau.
6. Tuang sos atas ikan.
| Sedia untuk makan |

Subscribe to:
Posts (Atom)