Friday, December 24, 2010

Blueberry Cheese Tart

Teringin nak buat blueberry cheese tart, tak pernah buat lagi ni so search resepi kat internet. Website resepi yg paling digemari dan dipercayai iaitu www.myresepi.com. Melihat dari komen2 yg memberansangkan, maka resepi tu dicuba dengan penuh semangat dengan men'double'kan semua bahan2

Mula-mula buat doh dulu kemudian masukkan dalam acuan dengan pertolongan anak2 daraku dan Amnas. Bakar selama 15 minit. Huh naik gebu..hahhaaha rupa2nya aku lupa nak cucuk2kan doh dengan garpu. Penaik yg kedua baru menjadi cantik.

Bila semua pastry siap, bancuh pulak filling dia. Tapi kali ni aku exactly ikut resepi, tak buat doublepun sebab rasa cam banyak. Memang betul jangkaanku, ngam2 je filling dia.

Penat sungguh buat tart ni tapi hasilnya Yummy...crispy lagi. Semua anak2 aku suka, hubby yg tak suka tart yg dibelipun suka makan..sedap katanya. Lebih sedap dari kedai. All credit goes to me and myresepi. Thanks....

Untuk resepi sila layari http://www.myresipi.com/top/detail/3776

Pembakaran kali kedua setelah diisi filling ambil masa 10 minit

Fresh from the Oven

Hasilnya...Yummy!!

Close up - Lihat fillingnyer 2 thumbs up


No comments:

Post a Comment