Wednesday, December 22, 2010

Ferry Butterworth - Georgetown - Penang Part 2

Dari tanah besar nak keseberang, kami guna perkhidmatan ferry..kasi adventure experience kat anak-anak. Menurut sumber sahih, perkhidmatan ferry ni akan ditutup pada 2012.  Nak pergi ke ferry ni jauh jugak dan tak tahu jalan..so guna khidmat GPS..dia bwk jalan shortcut..celah2 rumah orang..tapi sampai jugak akhirnyer. Sampai di Terminal, kena bayar tambang ferry sebanyak RM7.70 (2 hala) untuk sebuah kereta. Sesampai saje diruangan menunggu..arahan untuk mematikan enjin tertera..tak tau sebab apa mungkin utk menggelakkan kepanasan dan pencemaran bunyi...dan sekaligus menjimatkan minyak..hahahaa..


Sampai je ferry keretapun terus naik..tapi yang frustnyer kitaorang naik ferry untuk kenderaan sahaja. Kalau dapat naik ferry yang ada bawa penumpang diatasnye tentu best coz boleh panjat tingkat atas dan duduk bersama penumpang lain. Kereta kami parking paling depan so mudah le untuk keluar dari kenderaan sambil posing sakan.


Terdapat banyak juga ferry dikiri kanan kami menuju destinasi masing2. Pendek kata it is the best experience for our kids. Terpampang menara Komtar menyambut kedatangan kami..dengan aksi 'lucah' sekali....(lihat gambar, heheheee). Disebabkan kedudukan kami plg hadapan ..kami dengan jelas menyaksikan macam mana ferry tu disambungkan dengan terminal berlabuh...susah nak tulis tapi boleh saksikan menerusi gambar ni....


No comments:

Post a Comment