Wednesday, December 15, 2010

i-City Shah Alam - Kota Cahaya

Malam minggu hari tu aku sekeluarga pergi i-City atas permintaan Misha. Tak larat dengar dia merenget-renget hanya semata-mata nak beli kucing bermata leser dia tu..walaupun badan letih kerana siangnya sibuk beli baju sekolah dia ..ikut kan jugak le kehendak dia tu. Pergi kesana ikut Meru, dan masuk highway Shahpadu....lepas je tol dah nampak dah signbord tertera nama i-City. So we all follow je le..sampai je kat kawasan kilang-kilang ada satu tanah lapang yang dihadapan nya berkerdipan cahaya neon berwarna warni..cantik!! Tapi nak masuk kena bayar 'TOL" RM7.00., manually collected. Yang sayang nyer camera lak rosak jadi terpaksa pakai kamera hp yg tak berapa power ni..hasilnya sudah tentu tak power juga.









Kereta terpaksa parking jauh sikit bertempat dipadang terbuka..tak sangka ramai gak orang pi kat sini..macam pesta...Untuk pergi ke gerai jualan terpaksa jalan jauh dan berasak2 dengan orang ramai..panas pulak tu. Bila dah dapat habuan masing2..Misha dengan kucing idamannya, kakak dan amelia memaksakan diri tuk beli sesuatu jugak..huh barang2 semua Made in China, tak de kualiti langsung. Macam beli sampah je coz esoknya dah rosak...

Masuk pulak ke "rumah salji" yang kononnya percuma sebab beli tiket masuk kalau lebih muatan Harga masuk RM2 sorang. Tak berbaloi langsung, kena tipu hidup2 coz tak de salji atau aispun..cuma temperature je sejuk. Senang betoi diorang buat duit.



1 comment:

  1. tak pnh pegi lagi..wahhh..dah tau psl rmh salji tu...pasni xdelah keciwa kalau nk masuk..

    ReplyDelete