Friday, December 24, 2010

PSNB beri Dividen ASB 7.5% dan Bonus 1.25%

Hari Selasa lepas iaitu 21 Disember lepas, PSNB telah mengumumkan kadar Dividen ASB sebanyak 7.5% dan Bonus 1.25%. Kalau kita simpan RM100k, maka kita akan dapat dividen sebanyak RM7500. Namun demikian Bonus dikira berdasarkan simpanan selama 10 tahun so kita hanya kan menikmati average sahaja.

Lihat betapa mudahnya kita mendapat pulangan hanya menjadi silent investor. Hehe..itu kalau duit kita sendiri punya le tapi kalau kita buat pinjaman ASB ..nilai tu bukanlah nilai bersih. Coz kerana bila tolak duit yang dilaburkan tiap2 bulan sebanyak RM600 sebulan untuk pinjaman RM100K kita hanya dapat lebih kurang RM300 sahaja. Tapi perlu kita ingat..kita telah ada RM100K + RM7500. Duit itu akan bertokok tambah jika kita dan keluarkannya atau pun selagi kita tak breach the contract.

Bagaimana pula dengan zakat? Adakah kita wajib bayar zakat.? Macamana pengiraannya? Untuk penjelasan lanjut pergilah mana2 laman web zakat atau e-zakat atau blog.e-zakat.com.my. Lihat pada bahagian Soalan Lazim..so anda akan dapat jawapannya.

Secara ringkasnya menurut pemahaman saya setelah membaca kemusykilan dan jawapan dari Pusat zakat...

1. Jika wang simpanan itu milik kita sepenuhnya, setelah cukup nisab (tahun 2009 = RM9000) dan haul (setahun). Wajib keluarkan zakat sebanyak 2.5% dari jumlah simpanan tersebut.

2. Jika wang simpanan itu kita pinjam contohnya buat pinjaman ASB RM200,000. Maka yang wajib dibayar zakat sebanyak 2.5% daripada ialah dividennya iaitu RM15,000. Itupun setelah nilai tersebut cukup haul selama setahun. Dengan kata lain dividen yang kita dapat pada tahun ini perlu dizakat pada tahun hadapan sebanyak 2.5% iaitu RM325 dengan syarat wang itu tidak dikeluarkan. Jika dikeluarkan dan digunakan jumlah yang dikenakan zakat adalah jumlah baki terendah tahun tersebut dan mestilah melepasi nisab yang ditetapkan pada tahun yang dinilai.

5 comments:

  1. asb hukum nyer pe ye..
    klu tak silap...klu pinjam duit untuk melabur kat asb tak boleh...

    ReplyDelete
  2. Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN)dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

    ReplyDelete
  3. Ramai yg was-was dengan hukum ASB ni..Kalau dalam islam bila timbulnyer was-was sama ada halal atau haram maka hukumyer jatuh haram!!! Jadi tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
  4. betul..melabaur tak pe tapi membuat pinjaman untuk melabur tu macam tak boleh kot..sila rujuk...

    http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/805-terkini-hukum-asb-dan-asn.html

    moga2 sama mencari keredhaan allah

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas keperihatinan saudara, dalam usaha mencari keredhaan Allah ni..memang pelbagai pendapat diutarakan..semua perlu diambilkira..

    ReplyDelete