Wednesday, December 22, 2010

JJCM Mee Udang Sg. Dua - Penang Part 1

Cuti sekolah yg panjang ni nak bawak budak-budak jalan-jalan. Sambil tu boleh juga cari makanan yang best dikawasan sekitar. Destinasi kami kali ni ialah Pulau Mutiara...famous dengan char kuew tiau, mee udang, laksa penang, nasi kandar dan juga pasembor.

Perjalanan bermula dari pukul 11 pagi selepas sarapan..bawak 2 beg kotak bersaiz besar dan sederhana. Yang besar tu beg budak2 sebab nak tinggalkan diaorang kat kampung selama seminggu..sebaik saja tamat percutian.

Sepanjang jalan tangkap gambar2 menarik..termasuk dalam terowong. Banyak entities ada dalam terowong ni..kalau menurut 'uncle seeker' ..banyak hantu..hehehe..


Sampai di Seberang Jaya pukul 4.00p.m..dan bermula le pencarian "Mee Udang" Sg. Dua yg popular tu..Kalau pi Penang ni Officemate selalu bawak makan kat sini..


Makan kat sini kita boleh pilih udang, nak berapa kilo, 100g = RM9 utk udang besar, RM6 utk udang galah..cakap je nak masak apa, nasi goreng ada, mee kuah, mee goreng pun ada.


Kami pilih mee goreng dan mee kuah untuk 2 orang makan setiap satu..Portion nyer banyak..tak terhabis makan utk sekeluarga. Minum lak dengan air kelapa ...huh..kenyang sesangat. Semua sekali kopak RM67.40..below expectation..ingatkan kena dalam RM80 lebih....

Overall memang best, and puashati, cuma ralat sebab tak larat nak habiskan..

2 comments:

  1. hai kak eyna. kalo ajak mar, confirm licin!!!! ahahaahahah

    ReplyDelete
  2. lain kali kita p sama2 pas tu singgah makan laksa pak ngah kat kuala...slurp!!

    ReplyDelete