Wednesday, March 31, 2010

Top Blogger 2010 Award



Thanks to Hakimin coz bagi award ni...walaupun syok sendiri..dapat gak award sapa nak bagi ..heheheheee....

Sunday, March 28, 2010

Pesta Buku 2010 @ PWTC

Petang Sabtu lepas, kami sekeluarga pergi ke Pesta Buku 2010 di PWTC. Orang ramai sungguh..nak cari parkingpun susah. Bas rombongan membawa budak2 sekolahpun bersepah2. Ada yang parking kereta sejauh sekolah Sri Puteri. Orang ramai parking kereta dikiri kanan jalan..huh..tak sayang kete sungguh depa ni!!!

Alhamdullillah Allah permudahkan kami untuk mendapat parking, parking di Hentian Putra tingkat 4A. Berdekatan tangga yang menghadap jalan PWTC. Sampai aja di entrance PWTC...huh...ramainya orang..berpusu2 kalah Jom Heboh. Nak jalanpun susah...nak beli buku pun susah. ..Kami terus pergi ke tempat yang sudang dirancang...iaitu 'Kedai Pink' Ain Maisarah, C19-20..tingkat 3, Dewan Utama. Senang je cari...sebab gerainya unik..berwarna pink.

Gambar di kidnap dari Blog Ain Maisarah sendiri...

Di sana Shira & Misha borong buku..antaranya ialah Aku Mahu Superbibik, Project Diet Ain Maisarah, Impiana III, Dunia Jam 10, Aku Mahu teman Tapi Mesra, Si Duyung Comel, Perang Rumah Sukan & Juara Rumah Sukan serta beberapa novel comel. Kopak gak abahnya RM135. Seperti dijanjikan Ain Maisarah..memberi angpow cabutan bertuah kepada para pembeli..Shira ambil dua angpow..huh tamak sungguh..tapi hanya dapat hadiah cenderahati berupa Novel Comel yang bernilai RM3 setiap satu. Hari ni pulak merupakan hari bertuah bagi Amisha kerana telah memenangi Hadiah Teddy Bear Jepun yang bernilai RM200. Wow sungguh tak disangka...she's very lucky on that day...saiz beruang tu lebih besar dari dia...hehehe..

Sempat mendapatkan tandatangan penulis 
dan bergambar bersama hadiah sebagai kenangan.

Lepas tu pi pulak dewan pameran seberang sungai untuk lawat booth PTS...sepanjang jalan ramai yang menegur teddy tu..apa lagi bila Misha yang peluk..hampir tak nampak orangnya..hahahaaa...Apa yang membosankan ialah...jurujual2 dari Goliath (bukan nama sebenar)...asyik promote utk tengok barang dia orang je..nak jual education set utk budak2...kalau terbeli alamat jadi projek gajah putih le....dah le harga mahal giler.

Antara buku2 yang dibeli...

 
  Amelia bangga dengan bukunya...  

 
Misha bersama Teddy Bear Jepunnya...

Watak yang amat digemari oleh Shira dalam Novel2 Ain Maisarah

Watak yang amat digemari oleh Misha dalam Novel2 Ain Maisarah

Monday, March 22, 2010

Bercuti di Cherating Kuantan

Cuti sekolah ni bawak anak2 p bercuti di Cherating. Dah lama tak p pantai timur ni..last sekali p sama family pada tahun 2002 kot..masa tu Misha masih baby lagi. Bukan apa letih naik kete jauh2 ni.

Perjalanan ke Cherating, bermula pada hari Jumaat 19hb Mac 2010, pukul 10.30 pagi. Budak2 pagi lagi dah excited memekak suruh bangun..dah tak sabar2 nak p berjalan..pagi tu jugak aku pack barang2 and baju..(part ni plg aku tak suka). Diorang dah siap sedia kat ruang tamu.

Ni gambar sebelum berangkat...

Perjalanan yang panjang sungguh memboringkan singgah di tiga perhentian, ..berhenti makan di R&R Lanchang..budak2 makan nasi ayam seorang sepinggan..termasuk le Amelia..licin!!!!!!

 

Pergi Cherating ikut persimpangan Jabor..pukul 3.30ptg baru sampai hotel...ramainya orang ...hotel fully booked cuti sekolah ni. Gambar: view bilik dari balcony.


Sampai kat hotel, lepak kat bilik sampai kul 5, lepas tu teman kan budak2 mandi swimming pool & jalan2 tepi pantai, lihat Laut China Selatan yang terbentang...sambil tu boleh kutip pahala...(antara perkara yang senang dibuat untuk dapat pahala ialah:
  • Tengok laut
  • Tengok kehijauan
  • Tatap muka ibu
Petang tu seawal pukul 7.30 dah keluar cari makan..dah target dah restoren mana nak p makan....RestorenSeri Baging....Order makanan cam biasa le...menu tomyam, ikan sweet sour, sotong goreng tepung, kailan ikan masin & telur dadar. Makanan cepat dapat..jeng2 ini dia juadah...


Sampai kat lobby hotel lebih kurang 9.30 malam, hujan renyai2..sebelum tu singgah kat kedai beli selipar 
untuk dipakai kat beach. Budak2 sempat berposing ....

Ber'posing' di lobby

Pagi Sabtu hujan lebat sungguh..lepas breakfast lepak kat bilik, p beli belah kat kedai cenderahati & layan fb kat lobby...Bilik hujan tak lepas tinggal 'gerimis mengundang' je kami sekeluarga mandi manda kat Swimming pool. Naik bilik & bersiap utk mkn tengahari (just opposite Hotel) dan jalan2 cari Satar kat Pantai Mak Nik, Kemaman..

Payah juga nak cari warung Aziz Satar (bukan Aziz Satar pelakon ye) yang jual satar tersedap kat kemaman ni. Bukan apa, tak nampak gerainya walaupun berwarna Kuning terang. Menyusuri Jalan Pantai Mak Nik sampai jumpa Jeti Kemaman. Bila berpatah balik baru jumpa..Nak turun budak2 semua keletihan dan tertidur dalam kereta. So kami makan berdua je satar dlam kereta..sedap!!!!

Malamnya makan steamboat kat Hotel. Tak berapa sedap le..aku masih teringatkan Johnny's...your still no one in serving steamboat.

Check-out time!! Hari Ahad 21 Mac 2010. Sempat posing kat swimming pool sebagai kenangan.

Lepas check-out singgah kat Warung Aziz Satar untuk makan tengahari, ambil nasi campur, satar, otak-otak, pulut panggang & ketupat palas. Sempat bungkus satar dan otak-otak untuk dibawa balik. Singgah lagi beli kopok lekor dan kopok kering di sepanjang jalan....

Sempat singgah kat tempat santuari penyu milik MOA tp sayang dah TUTUP!!! Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Shah Alam..................






Monday, March 8, 2010

Ronda2 Sekitar Bandar Melaka 27 Feb 2010

Konvoi beramai2 bersama family sekitar bandar Melaka dengan 3 buah kereta seramai 20 orang memang menyeronokkan. Pelbagai ragam dari yang tua hingga ke muda ..macam2. Ada yang nak p night zoo, naik river cruise n shopping...Waktu terbatas, selaku ketua rombongan yang dilantik..kuasa veto ada ditangan kami..kata putus ..menyusuri sungai melaka pada waktu malam.

Selain tu pada petang hari ronda2 kat pantai klebang yang dah tak macam pantai. Pantai dah ditambah untuk demi sebuah pembangunan.."Theme Park".Cadang nak cari udang geragau kat sepanjang jalan. Tapi amat menyedihkan bila semua aktiviti jualan tak dpt dijalankan...kedai2 terpaksa dipindahkan...

Selepas lihat pemandangan pantai klebang singgah kat pantai puteri..sekarang dah jadi tumpuan org ..kerana hanya tu le pantai awam yang berdekatan. Kerete2 terus menyusuri jalan menuju ke Banda Hilir..tempat tumpuan pelancongan. Bandar Melaka here we come....sampai lebih kurang kul 6.30 ptg. Bwk budak2 naik kapal Fla De Lama...utk belajar Sejarah ...

Bagi kaum pompuan yang tak nak naik kapal dengan alasan..dah pernah naik, ambil kesempatan membeli belah kat bazar just opposite 'the kapal'..Selepas tu bila hari dah gelap sikit...lebih kurang pukul 7.30 kita orang p berbaris beli tiket river cruise...Harga Tiket RM10 utk dewasa n RM5 utk Kanak2.

Majlis Perkahwinan Adik Bongsu 20, 21 & 28 Februari 2010

Minggu2 yang meletihkan. Lepas satu perkahwinan ke satu perkahwinan setiap minggu..mula2 p Jeram, Selangort, kemudian Kemuning Melaka, rest one week raya cina, then balik Teluk Intan..adik kahwin..lastly hantar pengantin ke rumah lelaki kat Bukit Rambai Melaka...

Hari Jumaat dah sibuk prepare utk majlis bertunang ptg sabtu, nikah malam nya...

Sekitar majlis bertunang 20 Feb 2020...

Majlis Akad Nikah 20 Feb 2010
 

Majlis Persandingan 21 Feb 2010


  

Majlis Sambut Menantu 28 Feb 2010