Sunday, March 28, 2010

Pesta Buku 2010 @ PWTC

Petang Sabtu lepas, kami sekeluarga pergi ke Pesta Buku 2010 di PWTC. Orang ramai sungguh..nak cari parkingpun susah. Bas rombongan membawa budak2 sekolahpun bersepah2. Ada yang parking kereta sejauh sekolah Sri Puteri. Orang ramai parking kereta dikiri kanan jalan..huh..tak sayang kete sungguh depa ni!!!

Alhamdullillah Allah permudahkan kami untuk mendapat parking, parking di Hentian Putra tingkat 4A. Berdekatan tangga yang menghadap jalan PWTC. Sampai aja di entrance PWTC...huh...ramainya orang..berpusu2 kalah Jom Heboh. Nak jalanpun susah...nak beli buku pun susah. ..Kami terus pergi ke tempat yang sudang dirancang...iaitu 'Kedai Pink' Ain Maisarah, C19-20..tingkat 3, Dewan Utama. Senang je cari...sebab gerainya unik..berwarna pink.

Gambar di kidnap dari Blog Ain Maisarah sendiri...

Di sana Shira & Misha borong buku..antaranya ialah Aku Mahu Superbibik, Project Diet Ain Maisarah, Impiana III, Dunia Jam 10, Aku Mahu teman Tapi Mesra, Si Duyung Comel, Perang Rumah Sukan & Juara Rumah Sukan serta beberapa novel comel. Kopak gak abahnya RM135. Seperti dijanjikan Ain Maisarah..memberi angpow cabutan bertuah kepada para pembeli..Shira ambil dua angpow..huh tamak sungguh..tapi hanya dapat hadiah cenderahati berupa Novel Comel yang bernilai RM3 setiap satu. Hari ni pulak merupakan hari bertuah bagi Amisha kerana telah memenangi Hadiah Teddy Bear Jepun yang bernilai RM200. Wow sungguh tak disangka...she's very lucky on that day...saiz beruang tu lebih besar dari dia...hehehe..

Sempat mendapatkan tandatangan penulis 
dan bergambar bersama hadiah sebagai kenangan.

Lepas tu pi pulak dewan pameran seberang sungai untuk lawat booth PTS...sepanjang jalan ramai yang menegur teddy tu..apa lagi bila Misha yang peluk..hampir tak nampak orangnya..hahahaaa...Apa yang membosankan ialah...jurujual2 dari Goliath (bukan nama sebenar)...asyik promote utk tengok barang dia orang je..nak jual education set utk budak2...kalau terbeli alamat jadi projek gajah putih le....dah le harga mahal giler.

Antara buku2 yang dibeli...

 
  Amelia bangga dengan bukunya...  

 
Misha bersama Teddy Bear Jepunnya...

Watak yang amat digemari oleh Shira dalam Novel2 Ain Maisarah

Watak yang amat digemari oleh Misha dalam Novel2 Ain Maisarah

No comments:

Post a Comment