Tuesday, May 7, 2013

Untukmu Ibu.............

Terlalu berat dan payah untuk aku menulis kali ini...bersama jujuran airmata mengingati seorang insan yang bernama ibu yang sudah tiada lagi didunia ini. Terlalu cepat masa berlalu, masih terkenang saat-sata kita sekeluarga berkumpul di Felda Hotspring. Ibu yang kupanggil mak kulihat amat gembira kerana dapat berkumpul bersama anak cucu dibanglo penginapan. Sempat memasak makanan kegemaran anak-anak seperti nasi impit dan kuah kacang serta rendang daging tok. Walaupun penat memasak tidak pernah menunjukkan kepenatannya itu. Tapi kini tiada lagi juadah-juadah tersebut yang dapat dihidangkan. Mak aku meninggal dunia pada malam selasa, 16 April 2013, 3 hari sebelum hari lahirnya ang ke 60 yang jatuh pada hari Jumaat, 19 April 2013. Sungguh tak disangka, Allah telah mengambil nyawa insan yang tiada galang gantinya ini begitu cepat mengikut ketentuanNya...tidak cepat atau lambat walau sesaatpun.

Petang ini aku mencari di Youtube lagu Untukmu Ibu nyayian Mamat Exist..senikatanya begitu mengusik jiwa kerasku. Walaupun aku kelihatan tabah dan keras berbanding adik-adik aku..tapi jauh disudut hati ini ada satu perasaan yang amat halus dan sangat mudah tersentuh bila mengingatimu, Mak. Aku berdoa, agar arwah mak, Hjh. Nor Zaiton Bt. Hj. Mohd Shariff ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ibuku. Aku reda atas pemergiannya..Namun sempena Hari Ibu ini hati aku tersentuh dan sayu kerana Mak sudah tiada lagi disisiku...Hanya Al-Fatihah dan surah2 Al-Quran yang dapat kusedekahkan buatmu disana.........Amin.