Saturday, December 30, 2017

Part 1: Perancangan Awal dan Zurich, Switzerland

Perancangan ke Itali telah dibuat pada bulan Ogos 2017, di mana Kakak Iparku Azizah mengajak kami turut serta trip beliau bersama suami pada bulan Disember 2017. Pada mulanya memang tiada niat nak ke oversea tahun ni memandangkan Shira takde cuti taapi fikir punya fikir kamipun bersetuju untuk tinggalkan anak-anak. Ala2 hanoeymoon la cuti kali ni hihihi.

Tiket telah ditempah oleh abang ipar dengan penerbangan Etihad Airway bernilai RM3,840 pergi-balik untuk seorang. Seperti biasa Etihad Airway akan transit ke Abu Dhabi kemudian baru ke destinasi seterusnya, Zurich.

Hotel booking, admission tickets and train tickets semua dibuat oleh aku dan suami. Biasala kan biar semakin dekat cuti yang dipohon semakin banyak pulak kerja kat ofis. Sampai tak sempat nak buat detail itinerary dan searching for recommended attractions and halal restaurants nearby. Nasib baik ada Mr. Google..so kita orang google je la waktu disana dan asked for direction too. Sungguh berjasa Mr. Google tu..so memang penting ada data di sana.

Sebelum pergi, kami menelefon Celcom bertanyakan pakej roaming yang terbaik. So untuk di Zurich, ia mencadangkan buat roaming menggunakan line 'SwissCom' bernilai RM38 sehari. Manakala untuk Itali kami ambil pakej 7 hari dengan nilai RM138 dan tambahan hari berikutnya sebanyak RM38 sehari dengan menggunakan line telco 'Vodafone'. (Rujuk Celcom International Roaming Plan)

Hari Jumaat petang, adik aku Zura dan keluarga telah mengambil anak-anak aku, Misha dan Amelia bercuti seminggu di kampung. Sedih juga berpisah dengan diorang.HUHUHU...Tinggal aku dengan Shira dirumah. Hubby aku ada workshop pulak kat Shangri La Putrajaya..so miss la jumpa anak-anak sebelum berangkat. Hari bertolak tu kul 10.30 pagi hantar Shira kat PASUM..nangis la pulak budak tu, ngada2 betul. Pukul 3 petang Airport Limo telah siap menunggu didepan rumah.

Dalam Airport Limo ke KLIA

My niece and her family hantar Mak & Abah dia ke KLIA
Transit di Abu Dhabi Airport

Boeing 787 Dreamliner Abu Dhabi - Zurich

Tiba di Zurich pada 11 Disember 2017, 7.30 am

   Setibanya di Zurich Airport kami menaiki train ke Zurich HB. Perjalanan dalam 10 minit.



Kat Zurich ni semua barang mahal matawang Swiss franc. Di sana sign tandas 'WC' dan masuk tandas dalam CHF2 iaitu dalam RM8 kita. Selepas salin baju sejuk yang bersesuaian pencarian lokasi hotel kamipun bermula. Khidmat google map direction digunakan. Bukan senang jugak nak pakai apps ni pada mulanya.

Sesat di kota Zurich

Kami sampai agak awal di Swiss Star Centre Apartment kami iaitu pada pukul 10.30 am dan waktu check-in pula pukul 2 pm. Dah la deal with machine to check-in so takde kompromi langsung la. Ini pengajaran kami kali ni. Make sure ambil hotel yang ada reception, sekurang-kurangnya boleh tinggalkan luggage tapi dah macam ini terpaksa seret luggage cari kedai makan dan berehat sementara tunggu waktu check-in.

Alhamdulillah jumpa juga kedai makan halal - Olif yang mendapat banyak review dalam Mr. Google, one of them was "the best kebab in Zurich".

Chef yang sporting
Olif 
Shawarma-Wrap Mit Salat und Pommes
Shawarma Box
Shawarma Teller
 Setelah makan dan lepak di Olif hingga pukul 1 pm kami pun pergi semula ke hotel untuk check-in. Dalam 1.30 nasib kami baik pihak pengurusanpun tiba untuk set semula kunci apartment untuk pukul dua nanti dan dia menyerahkan kunci awal 30 minit kepada kami. Petang tu dalam jam 3 pm kami ronda-ronda di bandar Zurich.








Kedai Vespa


Date: 10 -11 Dec 2017

Wednesday, December 27, 2017

Jejak Eropah - Switzerland dan Itali

Tahun 2017 bakal menutup tirainya. Terdapat pelbagai pengalaman pahit manis disepanjang perjalanan menuju tahun baru 2018. Tarikh 10 hingga 21 Disember 2017 melakarkan sejarah perantauanku bersama suami tercinta di bumi Eropah iaitu Switzerland dan Italy. Kali ini anak-anak terpaksa ditinggalkan memandangkan jadual Kakak Shira, anak sulongku yang padat di PASUM. So to be fair, semua kena tinggal. Kali ini kami ikut serta program yang diatur oleh kakak iparku, Azizah dan suaminya Abang Karim - menjelajah LIMA cities iaitu Zurich, Switzerland; Milan, Venice, Florence dan Rome di Itali.


Simple Itinerary

10 Dec - Departure from KLIA - Abu Dhabi - Zurich
11 Dec - Arrival to Zurich & Check in at Swiss Star Centre, Switzerland
12 Dec - Departure from Zurich to Chur - Bernina Express - Tirano
12 Dec - 43 Station Hotel, Milan, Itali
14 Dec - Hotel Gorizia, Venice, Itali
16 Dec - Hotel Montreal, Florence, Itali
17 Dec - Travel to Pisa and Cinque Terre
19 Dec - Hotel Impero, Rome, Itali
21 Dec - Departure frome Rome - Abu Dhabi - KLIA
22 Dec - Safely Landed at KLIA, 10.30pm

For more adventures and experiences ....sila tunggu post2 berikutnya.