Saturday, October 9, 2010

Is Justin Bieber a Pedophile??

Dunia telah digemparkan dengan berita terkini tentang Justin, ia bukanlah seorang penyanyi remaja popular berusia 16 tahun yang dikenali umum. Sebaliknya beliau ialah seorang lelaki berusia 51 tahun yang mempunyai minat luarbiasa terhadap kanak-kanak dan remaja. Adakah berita ini benar?? Sejauhmana kebenarannya??

Sebelum rumusan yang kejam dibuat, mari kita sama-sama melihat sejarah kemunculan penyanyi ini.


Justin Bieber merupakan penyanyi pop-R&B Kanada yang dilahirkan pada 1 Mac 1994. Bakat Justin mula dicungkil apabila Scooter Braun seorang pengurus muzik America menemui video-video Justin didalam YouTube pada tahun 2008. Semenjak itu Justin mula dikenali apabila bakatnya diketengahkan dengan kemunculan single pertama beliau "One Time" pada tahun 2009 diikuti oleh album pertama beliau My World pada November tahun yang sama. Beliau juga telah mencipta kejayaan menerusi lagu single beliau bertajuk "Baby" telah mendapat tempat diseluruh dunia dan menduduki carta sepuluh terbaik antarabangsa. Antara lagu-lagu single terbaik beliau yang lain adalah "One Less Lonely Girl", "Love Me" and "Favorite Girl".


Justin Bieber - Baby

Hebat bukan? Seorang kanak-kanak 16 tahun boleh mencipta nama dengan begitu singkat sekali. Betapa besarnya kuasa YouTube, boleh mengangkat nama seseorang dengan sekelip mata dan juga boleh menjatuhkan orang dengan sekelip mata jua. Saksikan pula pendedahan berani tentang beliau dan berita penipuan beliau telah disiarkan dalam "Onion News Network" Amerika Syarikat. 


Inilah wajah sebenar Justin....
Source: http://www.theonion.com/articles/the-week-in-review,18216/?slide=3
 
Kenapa ia dikaitkan sebagai Pedophile?? Melalui analisa yang dibuat dengan menjadi terkenal dan menarik minat remaja memudah beliau mendekatkan diri dengan golongan ini. Lihat saja dengan lirik lagu yang dicipta oleh beliau sendiri sangat berkait rapat dengan cinta dan remaja perempuan. Cara kemunculan beliau amat musykil kerana melalui YouTube sesiapa sahaja boleh membuat penyamaran..mungkin mereka ini adalah pesakit mental tapi bijak merancang agenda mereka. Tetapi bak kata pepatah "Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ketanah Jua.

Fikir-fikirkan......

Thursday, October 7, 2010

Simpanan: Definisi dan Faedah

Saya kurang percaya dengan pelbagai skim cepat kaya dan MLM yang hangat melanda ekonomi melayu sekarang ni...ini diibarat tsunami yang tiba-tiba meletus dan merebak dan kemudiannya surut semula tetapi meninggalkan kesan yang buruk kepada sesiapa yang terkena tempiasnya. Kita disarankan untuk menyimpan sedikit daripada pendapatan yang sediaada untuk menampung perbelanjaan dihari muka. atau "saving for the future consumption". Adakah itu benar? Mungkin banyak artikel yang kita baca tentang faedah simpanan, ia dikupas dengan begitu ilmiah sekali..tapi disini saya cuba terangkan dengan mudah...

Definasi
Simpanan ialah menyimpan sebahagian kecil daripada pendapatan dari dibelanjakan. Simpanan boleh dibuat dengan pelbagai cara bagi memastikan ianya selamat dan terjamin. Biasanya simpanan didalam institusi formal seperti bank dan unit amanah dan tabung khas yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti ASB dan Tabung Haji menjadi pilihan. 

Kita boleh memilih untuk menyimpan wang yang mempunyai pulangan yang tinggi atau sebaliknya. Namun begitu pulangan yang tinggi sudah semestinya mempunyai risiko yang tinggi berbanding pulangan rendah yang mempunyai risiko rendah. Risiko pula merujuk kepada kerugian akibat daripada simpanan. Kebiasaanya risiko tinggi dalam simpanan ini melibatkan unit amanah yang kadang-kadang menawarkan faedah lebih daripada 15%. Jenis simpanan ini biasanya disebut pelaburan.

Keperihatinan kerajaan dengan memperkenalkan ASB, ASW dan Tabung Haji yang boleh dikatakan hampir tiada risiko boleh dijadikan tempat pelaburan yang selamat. Bagi kebanyakan rakyat simpanan ini digunakan pada masa susah yang tidak pernah dijangka oleh seseorang ataupun menampung perbelanjaan tambahan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pengubat jiwa dan penyelesaian dari belenggu hutang. Apatah lagi untuk sikaya, simpanan juga membolehkan wangnya dilaburkan untuk mendapat keuntungan yang berlibat ganda (multiplier effect).


Faedah Simpanan:
1. Menambah kewangan dan meningkatkan kualiti hidup
2. Mencapai impian anda untuk mendapatkan sesuatu (cth: memiliki rumah/kereta idaman)
3.Menggelak daripada masalah bebanan hutang dan membantu anda membuat pelaburan
4. Menderma dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.

Nantikan bagaimana cara untuk menyimpan secara effektif dalam post akan datang!!!

Sunday, October 3, 2010

Maher Zain Biography and Songs

Merdu sungguh suara Maher Zain mengalunkan lagu-lagu memuji kebesaran Allah. Sebelum ini saya tidak pernahpun mengenali beliau tetapi bila kawan Facebook share link nyanyian beliau, hati saya terus tertarik. Terus jadi Fan setia Maher Zain. Pencarian biograpy dan lagu-lagu beliau terus bermula.

Siapa Maher Zain?

Beliau dilahirkan pada 1982 di Lubnan dan dibesarkan di Sweden. Mula berjinak dengan muzik pada usia 10 tahun dan mempunyai ijazah sarjana muda "Aeronautical Engineering". Album pertama beliau bertajuk "Thank You Allah" mempunyai 13 traks dan 2 lagu bonus dan dilancarkan pada 1 November 2009.  Lagu-lagu beliau telah mendapat tempat dihati peminat dan telah mendapat liputan lebih 1 juta orang melalui Youtube.


Antara lagu beliau yang popular ialah "Insha Allah" dan "Open Your Eyes".

Open your Eyes


Maher Zain’s Biography

Maher Zain
Maher Zain
Fascinated by the music and instruments, Maher got his first keyboard when he was only ten and ever since music officially became part of Maher’s world.
The family moved to Sweden when Maher was only 8, where he continued his schooling, and later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. With things changing around him, one thing remained the same – his strong passion for music. He would spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music in every way. It didn’t take him long to realize that music became an integral part of who he is.
After being involved for a while in the music scene as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a gifted music producer who was fast rising in the music scene in Sweden. Maher started working with RedOne and later moved to New York. For a few years he was in the middle of the hot rush of the NY music industry, working with chart topping artists such as Kat Deluna on her debut album including smash hits ‘Whine up’ and ‘Run the Show’. Maher had what many would describe as a dream job for someone so young in such a glamorous business, but for Maher it felt like this was far from what he would call ‘the dream’, “I loved the music but I hated everything that surrounded it, it always felt like something wasn’t right”.
In January 2009, Maher Zain decided to work on an album that reflects his identity – Arab, Western and Muslim – and signed with Awakening Records. Maher’s debut album Thank Youa Allah reached the number 1 spot on Amazon’s World Music charts and number 9 on the R&B charts.
In January 2010, in a music competition organized by Nujoom FM (Egypt’s biggest music radion station) Maher’s track ‘Ya Nabi Salam Alayka’ was voted as the best song for 2009. Runners up included big names like Hussein Aljismi, Mohammed Mounir and Sami Yusuf. Maher has already performed at sold out concerts in Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden, and the US amongst others and is fast becoming the ‘next superstar of Islamic music’.

Maher Zain’s Albums, Nasheeds, Lyrics & Videos

Maher Zain - Thank You Allah
Album: Thank You Allah
Release: October 30, 2009
Label: Awakening Worldwide Ltd.
Total Length: 1:13:14
Copyright: 2009
  1. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
  2. Always Be There
  3. Always Be There (French Version)
  4. Awaken
  5. Baraka Allahu Lakuma
  6. For the Rest of My Life
  7. Hold My Hand
  8. Incha Allah (French Version)
  9. Insha Allah
  10. Inshallah (Arabic Version)
  11. Open Your Eyes
  12. Palestine Will Be Free
  13. Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
  14. Thank You Allah
  15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus)
  16. The Chosen One
  17. Toujours Proche (French Version)
  18. Ya Nabi Salam Alayka (Arabic Version)
  19. Ya Nabi Salam Alayka

Source: http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/

Friday, October 1, 2010

Windows Vista _ Facts & Figures

Windows Vista is an operating system released in several variations developed by Microsoft for use on PCs, including home and business destops, laptops, tablet PCs and media center PCs.  ~ Wikipedia

Ia dibangunkan bagi menambahbaik Windows XP sediaada dengan pelbagai features baru yang lebih interactive dan menarik. Namun begitu setiap kekuatan pasti ada kelemahan. Pelbagai kritikan terhadap sistem ini membuatkan rating Vista jatuh berbanding XP dari segi kepuasan pelanggan. Walaubagaimanapun penggunaan nya tetap meluas dan dianggarkan dilanggan oleh 400 juta pengguna. Dengan pelancaran Window 7 pada Oktober 2009, Vista menyumbang kepada 18.6% berbanding XP iaitu sebanyak 63.3% di pasaran global.


Kelemahan ketara Vista bagi pendapat saya ialah pada susunan folder yang tidak teratur, bertindan antara satu sama lain. Bolehkah anda bayangkan, terdapat dua folder dengan nama yang sama. Sebagai contoh folder download yang amat mengelirukan. Kadangkala sistem dapat mengenal pasti folder tersebut dan sebaliknya. Terdapat desktop icon dalam folder document dan pada masa yang sama icon desktop juga terdapat di 'desktop'...real  icon dan bukan shortcut.

Berwaspada jika ingin delete folder atau salahsatu dari icon ini...nasihat saya baik JANGAN. Kejadian ini telah berlaku pada saya dimana saya telah delete icon destop dalam folder document ...kesannya sebanyak 200G, gambar, movie, lagu dan document saya hilang berserta systems lain....ini bermakna kita memang telah DELETE OUR REAL DESKTOP ICON.....menangis tak berlagu le jawabnya....

House Make-Over

(Sebenarnya post ni dah lama nak keluar, sebelum raya lagi tapi cari gambar rumah sebelum make-over tak jumpa2..so KIV dulu...tapi hingga kini masih tak jumpa dan malas nak cari dah...)

Setelah hampir dua tahun berpindah..ruang tamu terasa dull & plain sahaja. Banyak inisiatif yang dibuat bagi menyerikan lagi ruang ini. Mula-mula plan nak pasang wallpaper. Dah siap tempah di Lamex ..tunggu diaorang call je..cost semua sekali hampir RM2500 (2 dinding living hall, satu dinding dining hall & satu dinding master bedroom). Tapi tak tahu kenapa, miscommunication agaknya, Lamex tak deliver ..so kami pun silent jugak...dan terus cancel. Nasib baik tidak menjadi..kalau tidak pasti dinding nampak serabut.

Finally, we decided to paint selected walls only using feature wall concept. Dinding yang  jadi mangsa ialah dinding utama ruang tamu..dicat warna kelabu, dinding master bedroom & dinding bilik anak dara. Cat yang digunakan ialah cat ICI Dulux ...lupa nombor code..nyer.

Kerja mengecat diserahkan kepada mamat Indon bernama Rudy yang ambil part-time mengecat sewaktu cuti (Dia ni kerja dengan developer Sin Hiap Lee). Hasil kerjanya amat memuaskan  hati..cepat dan kemas. Upah RM250, untuk 3 dinding dan touch-up satu rumah.

Sebelum tu, semua gambar yang dalam simpanan dikeluarkan untuk digantung. Guna basic penggantungan gambar..ketinggian ideal untuk menggantung gambar ialah 1.5 meter daripada subjek/gambar atau posisi tengah gambar biarlah searas mata kita. Baru gambar yang digantung cantik dan boleh dilihat serta dihayati.

Satu lagi yang menarik, selain gunakan teknik feature wall ni, saya gunakan wall sticker yang dibeli secara on-line untuk melengkapkan lagi gaya dinding moden ruang tamu.

Selepas