Friday, October 1, 2010

House Make-Over

(Sebenarnya post ni dah lama nak keluar, sebelum raya lagi tapi cari gambar rumah sebelum make-over tak jumpa2..so KIV dulu...tapi hingga kini masih tak jumpa dan malas nak cari dah...)

Setelah hampir dua tahun berpindah..ruang tamu terasa dull & plain sahaja. Banyak inisiatif yang dibuat bagi menyerikan lagi ruang ini. Mula-mula plan nak pasang wallpaper. Dah siap tempah di Lamex ..tunggu diaorang call je..cost semua sekali hampir RM2500 (2 dinding living hall, satu dinding dining hall & satu dinding master bedroom). Tapi tak tahu kenapa, miscommunication agaknya, Lamex tak deliver ..so kami pun silent jugak...dan terus cancel. Nasib baik tidak menjadi..kalau tidak pasti dinding nampak serabut.

Finally, we decided to paint selected walls only using feature wall concept. Dinding yang  jadi mangsa ialah dinding utama ruang tamu..dicat warna kelabu, dinding master bedroom & dinding bilik anak dara. Cat yang digunakan ialah cat ICI Dulux ...lupa nombor code..nyer.

Kerja mengecat diserahkan kepada mamat Indon bernama Rudy yang ambil part-time mengecat sewaktu cuti (Dia ni kerja dengan developer Sin Hiap Lee). Hasil kerjanya amat memuaskan  hati..cepat dan kemas. Upah RM250, untuk 3 dinding dan touch-up satu rumah.

Sebelum tu, semua gambar yang dalam simpanan dikeluarkan untuk digantung. Guna basic penggantungan gambar..ketinggian ideal untuk menggantung gambar ialah 1.5 meter daripada subjek/gambar atau posisi tengah gambar biarlah searas mata kita. Baru gambar yang digantung cantik dan boleh dilihat serta dihayati.

Satu lagi yang menarik, selain gunakan teknik feature wall ni, saya gunakan wall sticker yang dibeli secara on-line untuk melengkapkan lagi gaya dinding moden ruang tamu.

Selepas



No comments:

Post a Comment