Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Saturday, December 30, 2017

Part 1: Perancangan Awal dan Zurich, Switzerland

Perancangan ke Itali telah dibuat pada bulan Ogos 2017, di mana Kakak Iparku Azizah mengajak kami turut serta trip beliau bersama suami pada bulan Disember 2017. Pada mulanya memang tiada niat nak ke oversea tahun ni memandangkan Shira takde cuti taapi fikir punya fikir kamipun bersetuju untuk tinggalkan anak-anak. Ala2 hanoeymoon la cuti kali ni hihihi.

Tiket telah ditempah oleh abang ipar dengan penerbangan Etihad Airway bernilai RM3,840 pergi-balik untuk seorang. Seperti biasa Etihad Airway akan transit ke Abu Dhabi kemudian baru ke destinasi seterusnya, Zurich.

Hotel booking, admission tickets and train tickets semua dibuat oleh aku dan suami. Biasala kan biar semakin dekat cuti yang dipohon semakin banyak pulak kerja kat ofis. Sampai tak sempat nak buat detail itinerary dan searching for recommended attractions and halal restaurants nearby. Nasib baik ada Mr. Google..so kita orang google je la waktu disana dan asked for direction too. Sungguh berjasa Mr. Google tu..so memang penting ada data di sana.

Sebelum pergi, kami menelefon Celcom bertanyakan pakej roaming yang terbaik. So untuk di Zurich, ia mencadangkan buat roaming menggunakan line 'SwissCom' bernilai RM38 sehari. Manakala untuk Itali kami ambil pakej 7 hari dengan nilai RM138 dan tambahan hari berikutnya sebanyak RM38 sehari dengan menggunakan line telco 'Vodafone'. (Rujuk Celcom International Roaming Plan)

Hari Jumaat petang, adik aku Zura dan keluarga telah mengambil anak-anak aku, Misha dan Amelia bercuti seminggu di kampung. Sedih juga berpisah dengan diorang.HUHUHU...Tinggal aku dengan Shira dirumah. Hubby aku ada workshop pulak kat Shangri La Putrajaya..so miss la jumpa anak-anak sebelum berangkat. Hari bertolak tu kul 10.30 pagi hantar Shira kat PASUM..nangis la pulak budak tu, ngada2 betul. Pukul 3 petang Airport Limo telah siap menunggu didepan rumah.

Dalam Airport Limo ke KLIA

My niece and her family hantar Mak & Abah dia ke KLIA
Transit di Abu Dhabi Airport

Boeing 787 Dreamliner Abu Dhabi - Zurich

Tiba di Zurich pada 11 Disember 2017, 7.30 am

   Setibanya di Zurich Airport kami menaiki train ke Zurich HB. Perjalanan dalam 10 minit.



Kat Zurich ni semua barang mahal matawang Swiss franc. Di sana sign tandas 'WC' dan masuk tandas dalam CHF2 iaitu dalam RM8 kita. Selepas salin baju sejuk yang bersesuaian pencarian lokasi hotel kamipun bermula. Khidmat google map direction digunakan. Bukan senang jugak nak pakai apps ni pada mulanya.

Sesat di kota Zurich

Kami sampai agak awal di Swiss Star Centre Apartment kami iaitu pada pukul 10.30 am dan waktu check-in pula pukul 2 pm. Dah la deal with machine to check-in so takde kompromi langsung la. Ini pengajaran kami kali ni. Make sure ambil hotel yang ada reception, sekurang-kurangnya boleh tinggalkan luggage tapi dah macam ini terpaksa seret luggage cari kedai makan dan berehat sementara tunggu waktu check-in.

Alhamdulillah jumpa juga kedai makan halal - Olif yang mendapat banyak review dalam Mr. Google, one of them was "the best kebab in Zurich".

Chef yang sporting
Olif 
Shawarma-Wrap Mit Salat und Pommes
Shawarma Box
Shawarma Teller
 Setelah makan dan lepak di Olif hingga pukul 1 pm kami pun pergi semula ke hotel untuk check-in. Dalam 1.30 nasib kami baik pihak pengurusanpun tiba untuk set semula kunci apartment untuk pukul dua nanti dan dia menyerahkan kunci awal 30 minit kepada kami. Petang tu dalam jam 3 pm kami ronda-ronda di bandar Zurich.








Kedai Vespa


Date: 10 -11 Dec 2017

Thursday, October 27, 2011

Petua Orkid Subur

Artikel ini diambil dan dikongsi dari myMetro | Petua subur tanaman orkid


ORKID antara tanaman hiasan yang popular dan digemari kebanyakan pemilik kediaman.
Ia juga tidak sukar ditanam dan aspek penjagaannya juga lebih kurang sama dengan tanaman hiasan lain. 
Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman hiasan itu.

Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.

Apabila rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyelenggaraan yang betul dilakukan, orkid di kediaman anda pasti sentiasa hidup subur.

Media penanaman orkid

Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya.
Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan:

1)Pecahan batu bata 


Antara media yang popular dan mudah diperoleh. Biasanya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Ia dicampur bersama dengan pecahan arang.

Teknik menggunakan: 

  • Sebelum digunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat semalaman.

  • Selepas itu angkat dan keringkan.

  • Pecah batu bata kepada saiz besar, sederhana dan kecil mengikut kesesuaian pasu.

  • Letak pecahan besar di bahagian paling bawah dalam pasu, diikuti dengan bersaiz sederhana dan kecil.

  • Tanam orkid di atas permukaan pasu.

  • Elak menimbus pangkal orkid anda.

  • Bagi menegak orkid yang tinggi gunakan kayu pancang sebagai sokongan.


    2)Pecahan arang
    Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata 


  • Teknik menggunakan: 

  • Rendam arang semalaman untuk membuang garam kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut.

  • Basahkan arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.

  • Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.


    3)Serbuk kayu

  • Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat. 

    Teknik menggunakan: 
    Ia boleh digabungkan dengan media pecahan batu bata, arang dan tanah pasuan. 

  • Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman.

  • Angkat dan keringkan.

  • Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.

  • Letakkan orkid di atas media.

  • Jika menanam orkid yang hidup di atas tanah, campurkan bersama dengan media pasuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.


    4)Sphagnum moss

  • Antara media popular dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama. Ada juga yang menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ia bagi mengekalkan kelembapan dalam jangka masa lama kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air. 

    Teknik menggunakan: 

  • Rendam sphagnum moss di dalam larutan racun kulat semalaman.

  • Angkat dan biarkan hingga ia didapati lembap.

  • Isikan ke dalam pasu atau tampal kepada tunggul kayu. 




  • 5)Potongan batang paku pakis gajah. Media ini boleh menyimpan air dengan jangka masa lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Ia amat sesuai untuk tanaman gantung. 

    Teknik menggunakan: 

  • Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.

  • Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda.


    6)Tunggul kayu 

  • Sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Mudah diperoleh di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai. Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman. 

    7)Potongan dahan tembusu 
    Sesuai untuk menanam orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis. Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media itu. Ia mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama. 

    8)Tanah campuran 
    Orkid yang hidup di tanah memerlukan media itu. Biasanya membabitkan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid. 

    9)Tiada media 
    Bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. Teknik itu sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.

    Friday, October 21, 2011

    Menanam dan Menjaga Orkid Satu Hobi Yang Menarik

    Percaya ke kita dengan istilah "Green Thumb" atau 'tangan sejuk' ni? Bagi saya iru semua hanya istilah untuk menyejukkan hati. Sebenarnya menaman dan menjaga pokok ni bukanlah memerlukan bakat tapi kerajinan. Apa-apa perkara kalau diusahakan dengan tekun insyaallah pastikan menjadi dan mengeluarkan hasil seperti yang diiginkan. Namun demikian setiap usaha yang dilakukan dari detik permulaan hingga ke penghujungnya tidak lengkap jika tidak ditimpa ujian yang berupa masalah. Bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah itulah yang membezakan seseorang itu. Begitu juga dengan hobi yang satu ni iaitu menanam dan menjaga orkid. Ultimate goal nya mestilah ia mengeluarkan bunga yang lebat dan hidup subur menghijau.

    Bukan tak pernah 'membela' orkid ni...dari rumah pangsapuri hingga lah rumah landed seperti sekarang ni..keiginan untuk menaman dan melihat pokok berbunga amat tinggi. Tapi dengan masa terluang yang ada rasanya tak sempat untuk memberi perhatian yang lebih dan hasilnya banyak pokok-pokok orkid yang mati dan tak berbunga-bunga. Berputus asa lah sudah......

    Namun minat kembali timbul bila orkid yang dibiarkan tanpa perhatian tiba-tiba berbunga. Hati berbunga riang, minat kembali mekar. Apalagi..pusat penanaman dan penjualan orkid Sg. Buloh tempat pertama dituju untuk menambah koleksi orkid yang ada. Pergi kedai hardware untuk membeli bahan-bahan untuk membuat tanam orkid mini.

    Rutin harianku berubah. Setiap pagi selepas menghantar Amelia naik van Taska dia, akupun mula membelek orkid. Dalam seminggu 3 aktiviti utama aku lakukan.
    i)meracun (aku gunakan racun bio-organic)
    ii) membaja I (baja pertumbuhan jenis cecair)
    iii) membaja II (baja bunga jenis cecair)

    Hasilnya membanggakan. Orkidku mula mengeluarkan putik dan kemudian berbunga, berbunga dan berbunga lagi hingga sekarang....



    Gambar paling bawah diambil pada 21 Oktober 2011..hambir semua putik berkembang


    Tips: kalau beli orkid kena lihat pada sejarah pembungaannya..lihat kalau ia kerap berbunga atau tidak terutama bagi jenis monopodial (boleh dilihat pada bekas cantasan bunga).


    Monday, August 1, 2011

    Projek Taman Mini Orkid

    Weekend lepas, just before Ramadhan..bermulalah projek membina taman orkid mini didepan rumahku yang sememangnya tak bertanah. Sebelum ni semua pokok diletakkan atas lantai aje dan dialaskan dengan batu-bata. Saja seronok menghabiskan masa dengan hobi baru ni yang tak berapa nak baru..untuk menjinakkan diri dengan menanam orkid. Memang sebelum ni aku minat kat orkid. Tapi tanam aje kat depan pagar rumah. Menjadi jugak, sudah memanjat pokok tu dengan tinggi. Kadangkala keluar juga bunga orkid yg berwarna putih dan juga orkid liar yang berwarna kuning bercampur coklat ni. Tapi orkid liar ni hayat tak panjang, walaupun mengeluarkan bunga yang berjuntai panjang tapi bila cuaca hujan macam sekarang ni selalunya cepat busuk dan gugur. Itu yang membuat aku sedikit frust.

    Kisah bermula bila aku pergi ke Sg. Buloh, lorong orkid berhampiran Hospital Sg. Buloh untuk membeli orkid. Aku borong 4 pasu orkid berharga antara RM25 dan RM10. Siap beli sprayer baja sekali, senang sikit nak menyiram dan membaja kerana dia semi-auto. Sprayer tu guna kaedah pam dan semburan kemudianya secara auto apabila kita menekan button semburan. Harga RM15 je.

    Nak menanam dan menjaga orkid ini memerlukan teknik yang betul. Pokok tidak boleh terdedah dengan kadar cahaya secara terus begitu juga dengan kadar hujan. Jadi kenalah buat rumah orkid. Aku dan suami buat rumah orkid beserta 2 tingkat para yang simple je.

    Untuk Buat rumah orkid kami memerlukan bahan-bahan berikut yang didapati kat kedai hardware. Kos dan bahan adalah seperti berikut:
    1. Jaring Orkid (2 meter)              - RM10
    2. kayu pancang                            - RM1
    3. Paip PVC (20 kaki)                   - RM10
    4. Papan Keping (10 kaki)            - RM30
    5. Cat Minyak (1 liter)                  - RM15
    6. Dawai pengikat (segulung)       - RM2
    7. Bata Merah (10 ketul)               - RM5
    8. Mata Gergaji                             - RM1
    9. Berus Cat                                  - RM3
    JUMLAH                                     - RM77

    Dan......hasilnya bolehlah tahan. Nampak kemas dan bersih sedikit taman mini orkid aku ni.

    Taman Mni Orkid Pandangan Depan
    Taman Mini Orkid Pandangan Sisi
    Pokok orkid memanjat pagar
    Satu lagi taman yang ada dihalaman ialah taman herba dimana aku tanam pokok limau purut, kunyit, cekur daun kari dan daun kesum. Sebelum ni daun kesum aku letakkan area rumah orkid ni.
    Taman Herba