Nak cari Treadmill yang murah tapi berkualiti? Camna ye??..Sume treadmill yang ada kat pasaran rata2 mahal dan canggih2 belaka. Bukan apa, takut2 hanya buat investment yg tak menguntungkan..and at last jadi penyangkut 'towel' paling mahal!!! Hehe....
Dengan kesibukkan kita bekerja, keluar pagi dan balik malam..banyakkah masa kita untuk beriadah dan melakukan outdoor exercise? Tapi untuk kekal sihat kita kena bersenam sekurang2nya 20 minit, 3 kali seminggu!! Tahap kesihatan yang semakin merosot..membuatkan kami memilih utk buat exercise dirumah. Nak pergi Gym kat luar jauh..dan will power lak kurang. Apa salahnye kalau kita invest sikit untuk kesihatan. Asyik2 invest utk make-up, entertainment & bla.. bla...bla..
Jadi bermulalah aktiviti survey treadmill yang mempunyai harga berpatutan..Budget RM2500. Masa jalan2 kat MidValley, singgah kat Fitness Concept. Kami nak yang paling simple tapi mamat tu suggest yang canggih..dan harga mencecah RM6000 - Reebok Crosswalk V7. Macam2 special features yg ada..seperti facing fan, mp3 USB, auto incline, smartcard programme, 18 build-in programme dsb. Tertarik gak ngan offer tu dan nampak smart & bergaya. Jenama antarabangsa - dari USA tp manufacture kat China/Taiwan (tak ingat). Tapi nak beli barang RM6000 kena fikir 2, 3 kali..bukannyer murah kalau ambil easy payment - zero interestpun RM550 sebulan..berat tu!!!!!

Lepas tu pergi survey kat Takasima pulak, tengok model "Formula1" yang Amy Mastura jadi curucakap tu- Harga boleh tahan mahal. RM4900 plus offer free Foot Massager and Magnetic Bike. Belek juga le treadmill tu tapi ...product quality is not up to our standard le pulak...so reject..

Akhirnye masa kita orang jalan2 kat OneUtama, singgah kedai Fitness jual peralatan sukan "Kettler" and TempoFitness dari Semua jenama antarabangsa gak tapi manufacture kat Taiwan gak. Kalau import direct dari UK, Germany..harga lagi mahal..tak dapat bawah RM6,000.
Instructor merangkap salesman tu baik punya cerita, dia tak promote treadmill yg mahal2..dia kata, "kalau kita nak beli treadmill kita kena tahu function setiap features". Adakah ia perlu utk kita? Apa tujuan kita beli? Adakah kita beginner user, atau advanced user? Semua orang yang nak beli treadmill semua nak yang canggih2 tapi akhirnyer tak pakai.
Tahukah kita fungsi incline?Kegunaan Incline sama macam kita mendaki..kita perlu lebih menggunakan daya sebab dia lebih laju ..silap2 tak terkejar kita speednyer..boleh pancit..semakin tinggi peratusan incline semakin laju treadmill bergerak..semakin laju le kita kena berlari. Cukuplah beli incline yang menpunyai tahap 6% sahaja..kerana selebihnye kita tak kan pakaipun. Lagi banyak features lagi mahal harganyer..
Apa yang kita perlu consider dalam membeli Treadmill??
1. Incline manual lebih murah dari automatik -perbezaan harga RM1000
2. Features yang pelbagai seperti MP3, Fan - alternatif boleh guna radio, dan kipas syiling..(kat rumah maa..)
3. Program yang pelbagai - akhir nyer kita cuma pakai 2-3 programme je..
4. Cari treadmill yg mempunyai cushioning yg baik..ia boleh support our ankle & knee dari kecederaan.
5. Mesti cari treadmill yg punyai kuasa motor..
Dengan penerangan panjang lebar, kita orang buy the idea dan terus beli TempoFitness T921 Treadmill dengan harga RM2690 berserta free 'Kettler' trampoline.


dropin by here..menarik
ReplyDeletemacam mana setelah sebulan lebih guna? puas hati ke? saya terjumpa blog ni sebab nak cari treadmill gak. kalau boleh bajet sama seperti puan.
ReplyDeleteazral
langkawi
baekedah@gmail.com
errmm nak tau gak apa post mortem treadmill ni
ReplyDeleteok tak .. kalau ok ingat nak angkat satu gak ...
setelah guna mmg puashati..betul kata instructor tu..tak semua proram kita pakai..coz pakai manual je..ikut kemampuan kita. Tp kena kuat semangat kalau nak pakai ni..kalau tak alamat le jadi perhiasan yg berharga kat rumah..hehehe..kalau ikutkan malas memang malas nak on.
ReplyDeletei pun tgh searching 4 treadmill,dlm bajet under 3k...jmpa this blog,so,ok ke treadmill yg sis bought???dh loss weight brapa kgs???
ReplyDeleteHahaha..kalau nak ikutkan kena buat setiap hari 20 minit pagi dan ptg..past tu kena ikut program weight loss dia..baru boleh turun dalam 7Kg..dalam masa sebulan"ikut kata spokeperson dia ler"...tapi kalau dalam seminggu tu enjin hanya panas sehari je..nampak gaya nyer tak terkira le kgs yg tak turun...tak de kesan..maintain gitu je.........
ReplyDeletesaya pun tgh survey treadmill nk beli..tp x nah guna..susah x?hehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesama ler kita suma eh.. nk cari treadmill jumpa blog nie. Good info.
ReplyDeleteBila bc blog ni sgt berguna..btl jgk,kalo 1st beginner yg x tau pape mst bli yg mahal sbb ingat bgus.sy tgh survey treadmill jgk.bole la g outlet yg dicdangkan:-) thanks
ReplyDeleteterasa jugak nak beli threadmill. nak joging kat luar zaman skrg, bahaya jgk. ada kes kena ragut & rompak... huu
ReplyDeletethanks 4 d gud info!!!
ReplyDeletehehe,sama la tgh survey treadmill..br balik alamanda..takasima offer Y-Vivaldi RM2200.limited units only!heheh
ReplyDeletethanks for the share...:)
ReplyDeleteThanx for the info
ReplyDeletesy beli tredmil manual rm170.00 jee kt Kuale... memang xcantik tapi asal boleh pakai.... ade jual tremill auto rm400.00 ... tapi lebih prefer tredmil manual sebab lebih jimat elektrik....
ReplyDeleteMURAHNYE... YG NI CAMNE PLAK NIE?
DeleteANONYMOUS: ASAL MURAH SGT?
ReplyDeletebetul ke harga murah sangat tu atau hilang kosongnyer...
ReplyDeletetu xdak enjin atau motor, sb tu murah
ReplyDelete