Tuesday, May 7, 2013

Untukmu Ibu.............

Terlalu berat dan payah untuk aku menulis kali ini...bersama jujuran airmata mengingati seorang insan yang bernama ibu yang sudah tiada lagi didunia ini. Terlalu cepat masa berlalu, masih terkenang saat-sata kita sekeluarga berkumpul di Felda Hotspring. Ibu yang kupanggil mak kulihat amat gembira kerana dapat berkumpul bersama anak cucu dibanglo penginapan. Sempat memasak makanan kegemaran anak-anak seperti nasi impit dan kuah kacang serta rendang daging tok. Walaupun penat memasak tidak pernah menunjukkan kepenatannya itu. Tapi kini tiada lagi juadah-juadah tersebut yang dapat dihidangkan. Mak aku meninggal dunia pada malam selasa, 16 April 2013, 3 hari sebelum hari lahirnya ang ke 60 yang jatuh pada hari Jumaat, 19 April 2013. Sungguh tak disangka, Allah telah mengambil nyawa insan yang tiada galang gantinya ini begitu cepat mengikut ketentuanNya...tidak cepat atau lambat walau sesaatpun.

Petang ini aku mencari di Youtube lagu Untukmu Ibu nyayian Mamat Exist..senikatanya begitu mengusik jiwa kerasku. Walaupun aku kelihatan tabah dan keras berbanding adik-adik aku..tapi jauh disudut hati ini ada satu perasaan yang amat halus dan sangat mudah tersentuh bila mengingatimu, Mak. Aku berdoa, agar arwah mak, Hjh. Nor Zaiton Bt. Hj. Mohd Shariff ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ibuku. Aku reda atas pemergiannya..Namun sempena Hari Ibu ini hati aku tersentuh dan sayu kerana Mak sudah tiada lagi disisiku...Hanya Al-Fatihah dan surah2 Al-Quran yang dapat kusedekahkan buatmu disana.........Amin.



Tuesday, April 9, 2013

Cucu oh Cucu

Baru-baru ni pada 23 Mac 2013, anak buah aku yang sulung, Nadirah Abdul Karim bersama suami Ali Hassan telah memperolehi permata hati mereka yang pertama. Lahir secara cesarean berat Nisaa Alisha mencecah 3.1kg. Bukan main seronok lagi mak-mak sedaranya menyambut kehadiran orang baru dalam family. Aku..hahaha..dah jadi nenek, tapi nenek sedara je ok. Saje je tak nak mengaku tua......pangillanpun glamour..'Wanda' hehehe...

Apa-apapun Tahniah buat Nadirah dan Ali, Kak Zizah dan Abg Karim yang dah naik pangkat permanent 'datuk' n 'nenek' serta mak mentua, Alimah Abas kerana dah bergelar moyang.......

Wajah2 Nisaa Alisha





Book Review: Khalifah-Khalifah Yang Benar

Abdul Latip Talip merupakan penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia. Sementalah buku ini mendapat sentuhan gaya penceritaan seakan novel oleh penulisnya yang berjaya mennyentuh hati sanubari si pembaca.

Buku ini berkisar tentang kisah Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dengan cerita yang berbeza. Mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan surga.

Cerita dimulai dengan sejarah kelahiran hingga detik kematian khalifah-kalifah ini. Terbahagi kepada 4 cerita berbeza iaitu

1. Saidina Abu Bakar as Siddiq
Seorang lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi. Diangkat menjadi khalifah selepas wafatnya junjungan agung. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu.

2. Saidina Umar al Khattab
Seorang lelaki yang awalnya keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pendinding agama yang benar. Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.

3. Saidina Uthman Affan
seorang lelaki yang menghwini dua puteri Nabi. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul al-Quran.

4. Saidina Ali bin Abi talib
Seorang lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan Nabi. Menjadi kanak-kanak pertama memeluk Islam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh.



Tuesday, April 2, 2013

Percutian Keluarga di Felda Residence Hot Spring, Sungkai



Perancangan cuti bersama keluarga Hj. Shafi'i dan Hajjah Nor Zaiton sudah lama dibuat tapi masih tidak terlaksana sepenuhnya memandangkan kesukaran mencari tempat yang sesuai. Kami adik beradik bercadang untuk menganjurkan percutian bersama ini di Felda Hot Spring, Sg. Klah Sungkai pada akhir tahun 2012. Namun niat terpaksa dibatalkan kerana venue yg dicadangkan telah penuh ditempah. Tarikh tersebut kami anjakkan pada cuti sekolah bulan Mac iaitu pada 24 Mac 2013 hingga 26 Mac 2013 dan alhamdulillah impian semua terlaksana.

Kesibukan persiapan telah bermula pada hari sabtu iaitu sehari sebelum percutian dimana semua adik beradik kecuali Yop dan Nonoi berkumpul di kampung. Selepas menghadiri majlis perkahwinan Noraini Osman, sepupuku dibelakang rumah emak, aku membantu Yan, adik iparku membuat apam polka dot. Emak aku seperti biasa telah menyiapkan hidangan kuah kacang dan nasi impit. Rendang daging pesanan adik aku Nonoi yang sedang mengidam juga telah dibuat untuk dibawa keesokan harinya.Satay juga telah siap ditempah oleh papa aku. 

Pada hari Ahad, setelah Nonoi dan family tiba, kamipun berangkat ke Felda Hot Spring menaiki empat buah kereta, 3 MPV dan sebuah kereta biasa. Sebaik tiba di sana dan setelah check-in kamipun menuju ke villa yang ditempah yang terletak agak jauh dari kawasan hotel. Villa ni terletak di dalam kawasan waterpark sendiri. Oleh itu kami semua tidak memerlukan pelekat tangan untuk masuk ke waterpark. Hanya tiga kereta sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan tersebut jadi sebuah kereta terpaksa diletakkan di tempat letak kereta awam yang disediakan. Bagi pengunjung, terdapat trem yang menghubungkan antara tempat letak kereta dan waterpark.


Villa kami villa no. 18 merupakan villa terakhir yang terletak tidak jauh dari taman air gunung. Villa agak selesa dengan 3 bilik yang dilengkapi bilik air setiap satu. Ruang tamu memisahkan ketiga-tiga bilik ini dan juga terdapat ruang dapur yang agak luas. Dihalaman tertutup terdapat jakuzi air panas yang cukup menarik. Tapi kelemahannya habis lantai villa basah disebabkan budak-budak keluar masuk selepas berendam.

Private Jacuzzi in the house


Pada malam hari kami sempat ber BBQ di kawasan yang telah disediakan. Meriah..dari menghidupkan api sambai le menunggu ayam bakar masak.

Siksa nak menghidupkan api
Budak2 sempat ber'posing' dikawasan BBQ
 Malam hari, lepas makan, semua melepak sambil tengok TV dan berendam dalam jakuzi. Selain itu kaum ibu berborak dan kanak-kanak bermain games dan berlari berkejaran.



 Keesokan pagi selepas bersarapan, 6 vouchers diberikan as complimentary jadi ada yang bersarapan dirumah dan juga di hotel. Tengahari pula kami makan tengahari di rumah adik papaku, Pakcik Anjang di Felda Trolak Timur. Lama sudah kami tidak berkunjung kerumah beliau sampai sesat dibuatnya dan akhirnya pakcik aku ambil kami di depan dewan orang ramai berhampiran rumahnya.

Dalam Perjalanan
Menjamu Selera
Dua Beradik, dari kiri Pakcik Anjang dan Hj. Shafi'i, papaku

Walaupun pada sebelah pagi telah berendam, setelah pulang, peluang untuk berendam lagi tidak disia-siakan maka kami bersiap sekali lagi untuk pergi mandi di waterpark. Semalam sudahlah terperangkap dalam hujan lebat dan kilat dentum berdentum. Nasib baik kami dapat berteduh di Cafe berhampiran. Kecut perut bila berada diluar rumah dalam keadaan macam ni. Jadi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kami keluar agak awal untuk mandi. Walaubagaimanapun hujan tetap turun, dan kami bergegas pulang sebab takut terperangkap lagi.

Disini dipaparkan serba sedikit gambar waterpark yang terbahagi kepada dua bahagian, Taman Air Gunung dan Taman Air Panas untuk tatapan semua.








Pada hari Selasa, sebelum berangkat balik, sempat juga kami semua bergambar. Memandang semua barang sudah di masukkan dalam kereta, Tripod tidak dapat dikeluarkan maka terpaksalah khidmat cameraman digunakan. Kuranglah seorang dalam gambar keluarga sebagai kenangan. Pada kali ini keluarga Yop tidak dapat menyertai rombongan kami jadi gambar keluarga besar Hj. Shafi'i dan Hajjah Nor Zaiton tidak lengkap. Sebelum balik, kecoh dibuatnya apabila duit RM300 yang diberi oleh Nonoi kepada Zura tidak dijumpai. Tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa didalam tong sampah. Rezeki yang halal kata orang insyaallah akan  dijumpai juga. Alhamdulillah percutian yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat!! LOVE U ALL.


Friday, March 15, 2013

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia



Sebagai salah seorang pelajar yang berdaftar, aku sudah semestinya menerima kad diskaun siswa ini yang diberikan oleh kerajaan. Mula-mula aku ingatkan aku tidak layak untuk dapat kad ini. Maklumlah, selain 'student tua', aku student post -grad pula. Semasa perjumpaan sempena research colloquium yang dianjurkan oleh my supervisor, aku berkesempatan berbual bersama seorang student master dan merangkap tutor di fakulti aku. Beliau memaklumkan yang dia telahpun mengambil kad siswa ini di sekolah siswazah.  Baru-baru ini aku telah mengambil kad diskaun ini beserta dengan voucher buku sebanyak RM250.00. Terima kasih atas makluman tersebut dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pemberian ini.


Baucar Buku RM250

Monday, March 11, 2013

Sayang Shae Cover by Amelia

Pening kepala bila asyik diasak dengan permintaan dari anak bongsuku..."Mama, Amelia nak buat cover lagu Shae, Sayang".."bila nak buat ni?"..dan macam-macam pertanyaan lagi. Hai, kecil-kecil lagi sudah pandai hendak buat cover lagu...Amelia ni memang minat lagu ini sama seperti abah dia, pantang dengar aje lagu ini keudara, pasti dia akan follow.

Untuk tidak menghampakan permintaan dia ini, aku dan anak keduaku, Amisha memulakan sesi recording, cari tempat yang sesuai untuk dia menyanyi. Setelah 2, 3 kali shoot ..inilah hasilnya. Saksikan dan enjoy!!


Thursday, March 7, 2013

My First Attempt...Red Velvet Cake

Entah mengapa hari ini aku terlebih rajin. Lepas je masak untuk lunch, aku start baking cake. Saja nak cuba resepi baru...red velvet cake yang aku ambil dari internet. Aku memang masak awal pagi sebelum anak sulong pergi sekolah( sesi petang). So lebih kurang 9.30 pagi aku dah ke dapur. Menu hari ni simple aje, aku buat sambal tumis ikan bilis, gulai lemak putih nangka dan tempe goreng. Selain daripada itu aku panaskan sup ayam semalam. Aku start buat kek lebih kurang pukul 10. 45 pagi...sambil tengok resepi yang telah aku savekan dalam dropbox kat handphone aku. Hasilnya..jeng jeng...

Di sini aku sharekan resepi "Red Velvet Cake" yg aku ambil dari blog Anna Qaseh AzZahra. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
 B:
  • 125 g mentega 
  • 280 g gula castor
 C:
  • 2 biji telur (gred B)
 D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah
 E:
  • 240ml buttermilk  (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing

CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Susun balang2/jar di dalam loyang.Balang kaca tidak perlu digris ya.
  • Masukkan(paipkan) adunan dalam balang tersebut hanya 1/2 balang sahaja(timbang setiap adunan tu bagi mendapatkan berat yang sekata) dan bakar secara double boiler pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. (Masa ni aku ubah aku tambah lagi 20-30 minit sebab pakai oven besar and buat kek...rasa tak logik lak kalu blh masak dlam 20 minit,,utk cupcake ok le)
  • Tempoh membakar bergantung kpd tinggi/banyak adunan kita ya. Cucuk kek didalam balang utk tahu kek benar2 dah masak ke tidak. Kalau lidi keluarnya licin tandanya kek dah masak.
  • Sejukkan sebelum dihias.

Untuk Icing:
Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati. Sedia untuk digunaka.