Laut Mati dari pandangan atas: Sumber - Google Map |
Destinasi pertama yang dituju ialah Ashabul Kahfi, kemudiannya pergi membeli belah di kedai souvenir menjual pelbagai produk laut mati. Matawang Jordan sangat tinggi, iaitu 1 Jodanian Dinar bersamaan RM6. Mak ai..mahalnya semua kena kali 6. Nak membeli kena fikir banyak kali.
Selepas membeli belah, perjalanan diteruskan menuju laut mati. Pemandangan kiri kanan amat cantik sekali sebab ia merupakan pengalaman baru kami menyusuri gunung ganang yang tandus, berpasir, guru-gurun kecil dan sekali sekali bertemu wadi-wadi yang subur.
Perjalanan menuruni bukit bukau dan mungkin gunung ganang dengan sistem pengangkutan yang agak baik bagi memudahkan pelancong mendapat access ke kawasan pelancongan Laut Mati. Terdapat beberapa hotel sekitar pantai termasuk Movenpick Resort & Spa Dead Sea, Hilton, Marriot dsb.
Terdapat kemudahan awam disana seperti tempat shower, tandas dan tempat persalinan. Untuk menuju pantai kita terpaksa menuruni pasir-pasir halus yang seluas mata memandang. SUBHANALLAH..tidak boleh digambarkan dengan perkataan bagaimana cantiknya ciptaan Allah ini..keluasan Laut Mati seluas mata memandang dan hanya dipisahkan oleh Tebing Barat, Isreal, Angin laut yang sejuk bertiup kuat. Sejuk amat terasa walaupun memakan jaket.
Tepian pantai agak cetek dan dipenuhi oleh batu-batu kerikil yang agak tajam. Niat untuk berendam terbantut akibat kemalasan sendiri untuk menukar baju dan bersalin kemudiannya. Kami anak-beranak hanya mencecahkan kami dan bergambar dipesisiran. Hanya Amelia sahaja yang merendamkan dirinya. Terdapat ramai yang berendam dan mengaut lumpur. Lumpur perlu dikaut keluar dibawah batu-batu yang ada. Disini ketumpahan garam amat tinggi dan kemasinan air lautnya mendegungkan telinga bila aku cuba merasanya. Tahap kemasinannya menempatkan ia sebagai air kedua termasin di dunia selepas Laut Asal di Djibouti. Kesan garam melekat di kaki, tangan dan baju.
Batu-batu disana dipenuhi dengan garam dan mendapannya. Dan amat mengejutkan mendapan garam ini membentuk seakan-akan karang yang melekat dibatuan. Pengalaman disini amat indah sekali yang tetap disimpan dalam memori kehidupan.
Memandangkan musim sejuk, waktu siang amat pendek dan maghrib lebih kurang pukul 5.30 ptg waktu Jordan, kami memutuskan untik terus pulang ke hotel. Walaupun mengikut perancangan ingin melawat makam Nabi Shuib yang terletak di pekan Mahis, Jordan.
Maklumat Lanjut Berkaitan Kisah Nabi Luth dan Mesteri laut mati boleh klik sini,
Nice sharing Eyna, satu pengalaman yang membawa seribu pengertian dan mendekatkan lagi diri dengan Yang Maha Pencipta :)
ReplyDeleteSalam. Hee seronok jalan jalan gi Laut Mati. ;p
ReplyDelete