Monday, September 27, 2010

Lagenda Budak Setan

Malam tadi tengok cerita Lagenda Budak Setan di Laptop. Sedih dan Ayu watak heroin cerita ini asyik dirundung malang. Bermula apabila dipaksa mengahwini Azmi teman lelaki lamanya yang panas baran dan kaki pukul. Kashah bula terpaksa menghabiskan kajian beliau selama setahun di pendalaman atas dorongan dan sokongan Ayu yang mahu beliau berjaya dalam hidup. Perjanjian penantian selama setahun..hanya tinggal janji apabila Ayu tanpa rela hati menikahi Azmi dan berjanji untuk berubah menyayangi Azmi. Namun cinta yang begitu mendalam membuatkan Ayu tidak dapat melupakan Kashah sehingga membuatkan Azmi cemburu lalu memukul Ayu dan membakar 'majalah' pemberian Kashah. Hati yang remuk rendam dan penuh perasaan amarah, Ayu memandu kereta dengan lajunya membelah malam. Namun malang tidak berbau Ayu terlibat dalam kemalangan hingga menhancurkan wajah secara total....Adakah Azmi masih menyintai Ayu, bagaimana pula dengan Kashah setelah diberitahui tentang perkahwinan Ayu...Masih adakah harapan dan cinta tulus ikhlasnya terhadap Ayu?? Saksikan sendiri kesudahannya...

Kalau diceritakan semua sekali tentu anda kecewa...so tengok dan komen sendiri...
Saya beri 4 dari 5 Bintang

Tapi yang paling best ialah lagu tema nya...Bila Cinta.....

No comments:

Post a Comment