Saturday, October 9, 2010

Is Justin Bieber a Pedophile??

Dunia telah digemparkan dengan berita terkini tentang Justin, ia bukanlah seorang penyanyi remaja popular berusia 16 tahun yang dikenali umum. Sebaliknya beliau ialah seorang lelaki berusia 51 tahun yang mempunyai minat luarbiasa terhadap kanak-kanak dan remaja. Adakah berita ini benar?? Sejauhmana kebenarannya??

Sebelum rumusan yang kejam dibuat, mari kita sama-sama melihat sejarah kemunculan penyanyi ini.


Justin Bieber merupakan penyanyi pop-R&B Kanada yang dilahirkan pada 1 Mac 1994. Bakat Justin mula dicungkil apabila Scooter Braun seorang pengurus muzik America menemui video-video Justin didalam YouTube pada tahun 2008. Semenjak itu Justin mula dikenali apabila bakatnya diketengahkan dengan kemunculan single pertama beliau "One Time" pada tahun 2009 diikuti oleh album pertama beliau My World pada November tahun yang sama. Beliau juga telah mencipta kejayaan menerusi lagu single beliau bertajuk "Baby" telah mendapat tempat diseluruh dunia dan menduduki carta sepuluh terbaik antarabangsa. Antara lagu-lagu single terbaik beliau yang lain adalah "One Less Lonely Girl", "Love Me" and "Favorite Girl".


Justin Bieber - Baby

Hebat bukan? Seorang kanak-kanak 16 tahun boleh mencipta nama dengan begitu singkat sekali. Betapa besarnya kuasa YouTube, boleh mengangkat nama seseorang dengan sekelip mata dan juga boleh menjatuhkan orang dengan sekelip mata jua. Saksikan pula pendedahan berani tentang beliau dan berita penipuan beliau telah disiarkan dalam "Onion News Network" Amerika Syarikat. 


Inilah wajah sebenar Justin....
Source: http://www.theonion.com/articles/the-week-in-review,18216/?slide=3
 
Kenapa ia dikaitkan sebagai Pedophile?? Melalui analisa yang dibuat dengan menjadi terkenal dan menarik minat remaja memudah beliau mendekatkan diri dengan golongan ini. Lihat saja dengan lirik lagu yang dicipta oleh beliau sendiri sangat berkait rapat dengan cinta dan remaja perempuan. Cara kemunculan beliau amat musykil kerana melalui YouTube sesiapa sahaja boleh membuat penyamaran..mungkin mereka ini adalah pesakit mental tapi bijak merancang agenda mereka. Tetapi bak kata pepatah "Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ketanah Jua.

Fikir-fikirkan......

4 comments:

  1. tp knape vid pasal nie x byk kua..? juz 1 jewp..??? why..??? betol ke dy da kne tgkap..? mcm ade lg jer JB nyer ...

    ReplyDelete
  2. omputih memang suka buat benda2 yg tak mendatangkan hasil ni...

    ReplyDelete
  3. ntah la..akibat dengki ngn kejayaan org len pon leh jd..

    ReplyDelete