Wednesday, December 29, 2010

JJCM - Penang Part 4

Perut mula terasa lapar, jam menunjukkan pukul 3 petang, nak makan apa ye? Nak cari nasi kandar le..tapi kat mana? Nasi Kandar Line Clear ke? Nasi Kandar Beratur ke? emmmm..fikir punya fikir, we all decide to try Nasi Kandar Beratur kat Masjid Kapitan Keling.

Nasib baik senang dapat parking, just beside the masjid. Jalan sikit je. Sampai je kat Nasi Kandar Beratur 10pm..frust tengok restoren tutup yang ada hanya stall kat tepi gerai yang bukak. Orangpun tak ramai. Betul le cakap abang, kat restoren ni waktu operasi malam je pada pukul 10. Sebelah siangnya orang lain yang berniaga. Tengok keadaan sekitarpun tak lalu nak makan sebab macam warung lorong tikus kat KL je.

At last we all decide utk makan kat Restoren Nasi Kandar Kassim Mustafa. Bersih sikit dan baru terbuka selera. Menu petang tu ialah, Nasi Kandar plus kari ketam, ayam goreng ..nyum2 sedap!!! (sorry tak sempat tangkap gambar).

Malam makan kat Gurney Drive. Susah sungguh dapat parking kat situ. Dah pusing 2 kalipun masih tak de parking yg kosong. Nampak gayanya kena le parking kat Gurney Plaza dengan kadar RM3.00. Ok le jugak, dapat jalan2 kat shopping lagi. Kami jalan menuju Kawasan Penjaja Islam. Masing-masing dah ada menu pilihan. Pilihan kami ialah Char Kue Tiaw, Laksa Penang and Pasembor. Semua rasa tak sedap, tawar dan tak tentu rasa. Teruk tul le..tak puashati betul.

Gurney Drive
Esoknya selepas pi Muzium Toy, kita orang pi pulak lunch kat Sunshine Square..makan Char Kue tiaw Rudy yg popular. Stall ni terletak opposite to Muzium ni. Husband aku memang suka sangat kue tiaw ni, dari dia bujang..memang dah lama dia mengidam makan ..hehehe..Walaupun pemiliknya Rudy dah meninggal, stall ni diambil alih oleh bini dia. Memang bestpun kue tiaw ni....

Rudy's of Penang, Best Char Kue Tiaw in Town

Malamnye makan pulak kat Restoren Nasi Kandar Kapitan dekat...apa yang popular ialah Claypot Beriani dan Naan & Tandoori. Aku pesan, Cheese Garlic Naan..fuh sedap sunguh..baik naannyer mahupun ayam tandoori..marvelous bak kata Shira .."2 thumb-up". Shira order nasi goreng, misha order maggie goreng, and my hubby order Claypot Beriani. Amelia pulak dari dalam kereta dah berdengkur..sian dia tak makan le nampak gayanyer.

Restoren Nasi Kandar Kapitan
Tamat lah sudah kisah makan untuk dua hari..makan, makan, makan..hehehee..memang niat nak jalan2 cari makan kat penang ni..

No comments:

Post a Comment