Monday, January 23, 2012

Island hopping - Pulau Beras Basah

Selepas ke Pulau Dayang Bunting kami singgah ke Pulau Beras basah..pantainya jernih hingga menanpakkan pasir, karang dan anak2 ikan. Selain itu pantai masih tak tercemar..kat sini tak ada tandas, elektrik dan bekalan air. Terdapat kedai kecil yg menjual aiskrim, air minuman dan keropok.






Nampak anak2 ikan bermain2


Jernihkan airnya









Island Hopping - Tasik Dayang Bunting

Tasik Dyang Bunting merupakan satu tempat yg menarik dalam peta Pulau Langkawi dan perlu (bukan wajib tau) dilawati jika berkunjung ke pulau helang ini. Apa yang menarik? Ada orang kata, kalu sesiapa yg tidak mempunyai anak, jika berniat kat sini dan mandi ditasik ini insyaalah akan diperkenankan. Sejauhmana kebenaran wallahualam..jangan terpesong akidah sudah..kerana semuanya datang dari Allah!

Sebelum masuk kepulau ini banyak deretan pulau lain disekitarnya, pulau ini dinamakan tasik dayang bunting kerana keunikan btk pulaunya seakan akan membentuk sekujur tubuh wanita hamil yang sedang berbaring....













Pulau ni cantik, air tasiknya jernih, berwarna hijau mungkin kerana banyak plankton2 hidup subur didasar lautnya. Tasik itu sendiri juga cantik , terletak ditengah2 pulau..dan airnya kehijauan..tetapi kecantikan semula jadi telah pudar akibat aktiviti komersial. Terdapat kemudah tandas dan wakaf untuk beriadah. 












Monyet2 bertebaran menanti pengunjung tiba dan pulang..port dia ni kat JT


Mee Bakso Resepi dr. Surabaya

Hari ni aku masak Mee Bakso selain daripada menu lunch seperti asam pedas ikan tenggiri dan baby kailan goreng. Kali ni resepi mee bakso aku tanya maid baru aku Ida org dari Surabaya. Resepinya mudah bangat kata orang Indonesia. Hasilnya yummy..anak2 aku suka..sedap kata diorang.


Resepi Sup (2 liter) 

1 labu bwg besar
3 ulas balwang putih 
1 inci halia
1 sudu besar lada sulah
100gm tetel daging utk stok (@ blh guna kuib pati lembu)
1/2 paket Bebola daging (aku guna brand Azmy)
1 paket bebola ikan 
5 keping Tauhu kering 

semua bahan tadi ditumbuk halus dan kemudian ditumis (minyak ikut suka aku bubuh lbh kurang 5 sudu). Tambah air dan bubuh tetel hingga empuk. Kemudian tambah garam dan serbuk perasa. (Aku tambah 2 batang daun sedari utk aroma dan rasa). Setelah menggelegak tambah bebola dan tauhu. 

Bahan Mee

Mee Kuning dicelur
Daun sup dan bawang dihiris
Bawang goreng
Sawi dicelur (aku tak letak sbb tak ada)

Sos Kicap

Kicap manis
Cili api ditumbuk

Ringkas dan mudah untuk sediakan. Kalau nak sedap lagi masa mkn tambah sos cili...selamat mencuba. 





Friday, January 20, 2012

Rinduku Pada Baitullah

Rinduku pada Baitullah adalah sebuah buku terbitan Karya Bistari yang ditulis oleh Dr. Ridzwan Bakar. Gaya penceritaan yang penuh dengan informasi dan tips berguna bagi bakal Haji dan Umrah. Gaya penulisan berkonsepkan penceritaan berdasarkan pengalaman penulis, boleh membuat hati sayu, dan berbunga ..seterusnya menerbitkan rasa rindu pada Baitullah dan tidak sabar untuk kesana. Buku ini bukan sahaja ditujukan kepada bakal haji dan umrah malahan sesuai dibaca oleh semua golongan. Insyaallah setelah membacanya hati anda akan digamit2 untuk kesana.