Kisahnya bermula apabila aku mengambil part-time maid. Sudah hambir 2 bulan maid surabaya aku datang, datang pagi pukul 8.30 balik pukul 5.00 ptg. Tiba2 pagi isnin tak datang dan alasannya hujan. Esoknya aku dah bersiap awal pagi nak pergi UPM.tunggu punya tunggu si Ida ni tak datang jugak. Aku call, dia tak angkat. Bengang sungguh aku. Aku sms dia jawab. katanya dia tak datang kerana ikut lakinya ke Bangi sebulan. Geram betul aku..kenapa tak beritahu awal2. Akhirnya aku telipon jiran sebelah untuk beri kunci kat Misha bila dia balik sekolah tengahari nanti. Amelia aku tinggalkan kat Tadika dia sementara aku balik dalam pukul 2 petang.
Tapi ini bukan masalahnya..cuma aku ceritakan renteten kejadian saja. Aku meminta khidmat maid sebelah rumah (Yg juga daily maid) untuk datang mengemas rumah sebelah petang. Tapi hati ni macam berat je nak suruh budak ni datang. Jadi bila dia tak datang aku tak peduli sangat. Hinggalah pada hari Rabu 21 Mac, dia sendiri bertanya pada aku samada aku memerlukan khidmat dia atau tidak. So aku ckp ye aja le.
Petang tu pukul 4.15, dia datang, mula2 mengemas tingkat atas, basuh bilik air dan mop. Lepas tu mengemas bahagian bawah pulak. Bila suami aku balik, 6.45 aku naik keatas, aku nampak lantai dining agak licin, lalu aku pasangkan kipas supaya cepat kering. 7.10 minit Misha memanggil aku katanya bibik panggil sebab iron tak panas2, mungkin rosak. Akukun turun segera dan apabila kaki aku pijak lantai dining aku terus terjatuhkan terhentak kepala lutut. Masa tu apa yag aku tahu dan jerit "Patah kaki aku". Aku memang tak boleh bergerak langsung. suami aku turun sambil menjerit, " Lap lantai tu..licin sangat". Memang masa tu lantai berair dan licin, kipaspun dah tertutup. Nak marahpun tak guna..geram betul dengan maid BODOH ni. Bukan tak pernah mengemop..
Aku memang tak berupaya nak bangun. Nak pergi klinikpun dah boleh..usik sikit kaki tersangat sakit. Akhirnya suami aku pergi klinik. Selepas maghrib Doktor baru datang..bagi satu suntikan dan balut kaki aku untuk mengstabilkan posisi. Lepas tu aku terus pergi ke Hospital Sungai Buloh terus ke unit kecemasan. Disana kami diarahkan untuk buat X-ray, dan Doktor mengesahkan yang tempurung lutut aku pecah tiga dan perlukan pembedahan.
Luluh hati memdengar berita ni. Satu lagi episod ngeri terjadi. 5 tahun lepas tangan aku patah..tahun ni pulak kaki aku..tak sanggup rasanya Ya Allah..dugaan yang kau berikan.Sebaik sahaja mendapat tahu keputusan X-Ray, aku dimasukkan diwad pemerhatian sebelum dimasukkan diWad 5D bilik no 9. Menurut Doktor aku akan dibedah keesokkan hari jika terdapat kekosongan bilik bedah dan tiada kecemasan lain.
Alhamdulillah, aku mendapat rawatan dengan cepat dan pada hari Khamis, pukul 1.30 ptg lutut aku selesai dibedah, menurut keterangan doktor dia mengikat tempurung lutut ataupun "patella" supaya bercantum semula. Kaki aku disimen dari atas buku lali hingga ke peha. Keesokkan hari, Jumaat 4.00ptg aku dibenarkan pulang. Aku terpaksa guna crutches dan wheelchair buat sementara. Aku diberi MC, 48 hari hingga next appointment.
Pemandang dari bilik aku |
Kaki Kanan aku yang dah bersimen |