Friday, July 13, 2012

Hardware Removal Surgery


camni le rupa cerclage wire aku


Dah lama aku tak update blog ni..sibuk menyiapkan thesis yang tertunggak dan sibuk jugak main game Cityville and Castleville. Selain tu sibuk buat exercise ...hehehe..

Progress lututpun masih macam tu..lambat..kadar ROM aku adalah pada 60%. Masa appointment dengan doktor 26 June lepas, aku dinasihatkan untuk membuang cerclage wire yg menyokong patella aku  selama ni. wire yang melilit tu dah terasa sakit menyucuk lutut aku dan pergerakkan aku tersangkut2 disebabkan oleh wayar tu. Akupun di beri appointment date pada 11 Julai untuk minor surgery. Mengikut doktor tak perlu warded cuma daycare je. Seriau jugak dibuatnya sebab menurut doktor lagi aku hanya akan diberi bius setempat je. Tapi bila mengenangkan lebih banyak kebaikan dan kelebihan membuat wayar ni..akupun setuju. Harap semua urusan dipermudahkan Allah s.w.t.

Pada tarikh yang dijanjikan akupun pergi ke unit Daycare untuk melapor diri. Pagi masih awal belum lagi pukul 8.00 pagi. Aku diberi baju wad dan tunggu giliran untuk pembedahan. hati berdebar2 takut. BP aku pun agak tinggi..kerana stress. Lepas tu Doktor Muhammad panggil aku, dah beri sedikit keterangan berkenaan prosedur pembedahan. Sementara tunggu sempat jugak aku posing.

Perasaan bercampur-baur

Hubby yg setia menemani...

Pada pukul 10.15 pagi aku di usung dengan katil menuju ke Dewan Bedah. Prosedur bermula pada pukul 10.30pagi dan berakhir 11.30pagi. Satu jam aku menanti dengan penuh debaran. Dr. hanya bius setempat disekitar lutut aku aje. Masa injection sakit bagai terkena hirisan pisau. Bila bius dan berjalan prosedur mengeluar wayar dijalankan. Terasa lutut aku bagai dihenyak2 dengan tarikan wayar dan bunyi guntingan wayar. Suspen sungguh masa tu..lagi menakutkan bila doktor kata wayar melekat dan tersangkut jadi sukar nak keluarkan. Doktor Muhamad tu panggil lagi seorang doktor, Dr. Syafik untuk minta second opinion. Bertambah berdebar dan stress lagi le aku dibuatnya. Dia membuat satu lagi potongan dibahagian bawah pulak..pedihnya..terasa wayar tu disentap-sentap tapi tak keluar. Kemudian aku terasa sangat ngilu...bila wayar tu ditarik dan bergesel dengan tulang. Aku ditenangkan oleh seorang jururawat sambil melayan aku berbual-bual. Akhirnya terasa wayar tu dikeluarkan..Berjaya kata doktor tu lega. Alhamdullillah...
Wayar lebih kurang besar ni..
Setelah selesai aku meminta untuk melihat wayar yang selama ini membantu dan menyokong petella ku untuk bercantum semula. Agak besar macam wayar penyidai kain!! kataku.

Selepas tu bermulalah episod lain...haha..luka pembedahan sakit berdenyut2 dan terasa macam menghiris2. Aku diberi Tramadol..ubat tahan sakit paling kuat semacam morfin...Aku discaj dari wad daycare pada pukul 12.30tgh. Terus balik kerumah....