Sebagai salah seorang pelajar yang berdaftar, aku sudah semestinya menerima kad diskaun siswa ini yang diberikan oleh kerajaan. Mula-mula aku ingatkan aku tidak layak untuk dapat kad ini. Maklumlah, selain 'student tua', aku student post -grad pula. Semasa perjumpaan sempena research colloquium yang dianjurkan oleh my supervisor, aku berkesempatan berbual bersama seorang student master dan merangkap tutor di fakulti aku. Beliau memaklumkan yang dia telahpun mengambil kad siswa ini di sekolah siswazah. Baru-baru ini aku telah mengambil kad diskaun ini beserta dengan voucher buku sebanyak RM250.00. Terima kasih atas makluman tersebut dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pemberian ini.
Baucar Buku RM250 |