Saturday, August 22, 2009

Super Rempit OD-ASB + CIMB Short Term ASB Loan



Wokeh..posting kali ni serius sikit...kaedah camner nak jadi kaya cepat aka kaedah nak maksimakan simpanan asb cara rempit...
Setelah puas kaji dan baca serta cuba paham kaedah2 yg sifu2 kat forum2 spt Bicara Jutawan, Bebas Hutang dll lagi bincangkan ...maka timbullah idea nih....

Katakan.....kita ada simpanan ASB =60k...dan duit tu mmg takmo usik pon...jika kita biarkan duit tu dlm asb maka pulangan setahun jika div asb=7% pd hujung tahun kita akan dpt rm 4200... nilah kaedah biasa yg org amalkan....lambat nak kaya kalau guna cara nih..

Patutnya duit ASB=60k tu diconvert jd sijil pastu kita cagar kat CIMB cthnya utk OD-ASB...jika CIMB 90% dr nilai sijil akan diberi..maka kita ada OD Cash 54k.

Katakan 40k dr OD tu disimpan balik dlm ASB ..simpanan ASB kita dah jadi 60k(sijil) +40k cash =100k..tiap2 ujung tahun jika asb div=7% kita dapat RM 7000 div.

Tp jgn lupa OD Interest...utk 40k yg kita guna utk invest balik tu...interest sebulan lkurang RM143 sebulan ...iaitu RM 143x12=1716 setahun...jgn lupa jugak interest OD ni bole dibayar olh div sb 40k yg kita invest balik tu 7% x RM 40k =rm 2800..malah ada lebihan
RM 2800-rm1716 =1084 setahun...dan jgn lupa kita masih ada duit OD 14 k yg belum diguna lagi....

Duit OD lg 14k tu jgn dibiarkan saja..kita invest lg...camner..ni le nak ajar ni...
Skrg ni ASB loan CIMB tgh promosi interest 3.75% utk 2 tahun pertama dan blr-1.76 utk tahun ke 3 dan lock in period 3 tahun jer....
Utk pinjaman 100k selama 20 tahun sebulan kena bayar lkurang rm 610sebulan iaitu 610x12=7320 setahun...utk tahun pertama kena guna duit sendiri pasal div pinjaman 100k tu tak kuar lg..bayaran 7320 tu bole dibayar guna lebihan duit OD tadi...maka kita masih ada 14k -7320=6680 .. baki duit OD yg masih boleh dijoli...

Utk pinjaman ASB loan utk tahun kedua dan ketiga bole dibayar sendiri olh div asb loan 100k tu...iaitu kira2 RM7000 setahun...kalau tak cukup tambah ler duit sikit...takan nak untung jer kan....yg syoknya..kita bole buat jual balik sijil ASB loan tu pd hujung tahun ketiga jika BLR meningkat balik dan kita masih ada untung bersih lkurang 10k (untung 4% setahun x 3 tahun - denda 1% - MRTA)

So secara keseluruhan duit ASB dari 60k td dah berkembang jd 200k dlm sekelip mata iaitu
60k(sijik) +40k(cash) +100k(sijil) +RM6680 yg kita bole joli....

*utk makluman kiraan diatas secara lebihkurang jer..letih nak nak tulis detail2 ni...jika masih tak paham tanya kat ruang comment kat bwh tu.....

Wednesday, August 19, 2009

'Lorenzo Dining Table' Menyambut Ramadhan

Setelah hampir setahun mencari pengganti meja makan lama 4 kerusi yang comel, akhirnya berjumpa juga dengan idaman hati...bukan Cavinzi, Cellini, tapi Lorenzo.
meja lama 4 kerusi, masih cantik..(utk di jual RM500 nego)

Meja ni sekarang diletakkan didapur, jatuh taraf sikit, masih cantik dibuat dengan kayu getah, tahan lasak dan tahan bebanan...Jenama 'Kluster' export Q. Beli dgn harga RM1100. Masa beli tu duduk kat apartment so ruangan terhad. Bila pindah dstorey, meja menjadi semakin kecil...kesan effect ruang.
Bukan senang nak cari meja makan yang memenuhi kriteria berikut:
  • meja mesti lah lebih besar
  • kerusi > dr 4
  • mengekalkan konsep zen
  • sesuai dengan konsep rumah keseluruhan
  • cantik dan bergaya
Hampir setahun keluar masuk kedai (tak le intensif sangat) akhirnya berjumpa juga dengan meja makan pilihan itupun secara kebetulan p shopping kat Sunway Piramid. Masa berjalan dari Parkson ke Jusco ternampak 'Sale' di Lorenzo so saja2 je ajak husband jengok...dan terjumpa le Meja makan idaman. Petang tu juga suruh diorang hantar...Lepas diletakkan di dining hall ni le hasilnya......
pandangan dari atas

pandangan sisi

pandangan dari dapur



Suzuki Swift 1.5 vvt Auto

29 Mac 2009, kami dapat Suzuki Swift 1.5 keyless yg ditempah dlm masa seminggu. Warna pilihan adalah warna biru...Menurut survey bahagian sales suzuki ...warna biru plg laris dijual, pilihan wanita pertengahan 30an.
Pengalaman memandu kereta ni memang best selain smooth, bunyipun tak bising...pick up pulak tu...bawa 110km/j pun tak terasa laju. Sebelum ni saya memandu kereta kelisa 1.0 ke tempat kerja, ikut highwaypun tak berani bawak lebih 100km/j. Memang le kalau nak bandingkan kelisa & swift ...jauh bezanya. Kelisa enjin 3 selindar bunyi bising...memang selepas pakai swift tak nak naik kelisa lagi...terasa macam nak terbarai enjin. Anyway kelisa tu dah berjasa selama 6 tahun...my first car le katakan.

Tengah lari 150km/j

Ruang dalam sebeleh depan (pemandu) swift memang luas dan selesa. Menepati ciri-ciri kereta moden. Tapi belakangnya agak sempit. Untuk kereta seisi keluarga kurang sesuai...tapi untuk family kecil (anak kecil 3 orang) just nice...tapi bila tambah sorang pembantu dah sempit. Kereta ni kami jadikan kereta utama buat masa ni...coz wira baru saja terjual dengan harga 11k (9tahun). Kelisa masih maintain...nak jual tahun depan dengan harga 21K...condition cantik lagi, kilo meter baru 47k.

Berbalik pada swift, keyless model ni memang baik untuk wanita, coz bila p parking, tak yah tercari-cari kunci...safe sikit...Kunci masukkan saja dalam handbag dan make sure jarak kunci <2.5kaki..baru dia boleh detect kunci...kalau tak tak mau start le ataupun kalau pemandunya keluar sekejap dengan ingin masih terpasang, sensor kunci tu akan berkelip2 dan berbunyi.

Satu lagi ciri keselamatan 'keyless function ni'. Kalau pintu tak rapat ke, kunci tertinggal dalam kete ke, engin lupa tutup ke...pintu tak leh nak lock kalau kita keluar. So kita sentiasa alert.

Sunday, August 16, 2009

Dinner MPC 2009

Backdrop

Shade of Red, itulah tema Dinner MPC 2009, dah 2x tema yang sama...last year n this year..tp kali ni dinner kat Sheraton Emperial, KL...tahun ni agak sibuk..bukan guest ..tak lalupun red carpet coz jadi secretariat...letih betul. Menu..Chinese Course...agak perlahan le coz senang nak seiringkan dengan aturcara...
Antara menunya..Berlatar belakangkan "glitter light"

Persembahan malam itu diserikan oleh "The Singing Shop", macam dah contract seumur hidup...without miss... milik our beloved Chairman ,Tan Sri Azman Hashim. Beliau turut menyumbang beberapa buah lagu kegemaran.
Majlis diakhiri dengan persembahan "Fashion Show" Batik Meesha Sukira, yang kini mula bertapak di Harrods.

Movie Review : GI JOE




Wokeh...minggu lepas jumaat tengok midnight citer GI JOE ngan girlfriend.....so kiranya nie movie terakhir sebelum bulan posa (bulan posa cuti sebulan)..kalau ikutkan memang tak baca review citer ni..so pegi ngan pikiran kosong ler...cuma ingatlah skit2 citer katun ni masa kecik2..yg ingat geng baik GI JOE geng jahat COBRA...citer start pkl 11.30..so kalau tak best mmg bole tido ler..tp tengok trailer mmg meletop le....


tengok pada casting takde ler ramai gred A actor/actress yg belakon citer nih..muka takder le top sangat......cuma pompuan yg mula2 jahat pastu jadi baik tu mmg cun...

so kiranya mmg best ler citer nih..selain dari cgi effect dan letop2 dari mula sampai habis...so utk peminat katun GI JOE memang puas hati punya la tengok citer ni...2 jam yg penuh aksi dengan gajet2 yg high tech...kiranya bole kasi 4* la...( dvd kluar nanti bole beli buat koleksi)...

Monday, August 3, 2009

Birthday Celebration

31 Julai merupakan tarikh istimewa bagi saya dan Misha (anak kedua)kerana kami berkongsi tarikh birthday yang sama. Boleh celebrate sama-sama dan saling ingat mengingati..

Macam mana boleh sama?

Masa mengandung dulu dah overdue..suppose bersalin 27 hb Julai 01...tapi tak beranak pulak...so saya cadangkan Prof. Dr. Siti induce pada tarikh birthday..alhamdulillah, dengan izin Allah, Nur Amisha pun lahir pada pukul 4.30ptg (masa tu tengah azan asar) 31 Julai 01 kat UMSC.

Malam sebelum birthday....30 Julai 09, Misha begitu excited nak sambut birthday..pagi2 lagi dah bangun & wish Happy Birthday! Begitu juga ngan Kakak. Tapi yang tak bestnya birthday tahun ni jatuh pada hari Jumaat...so sambutpun ala kadar je le...Husband bawa sekeluarga makan kat Saujana Utama Club House...sebelum pi makan, misha & kakak bagi present..ingat jugak budak2 tu..Misha bagi sikat rambut, kakak bagi perfume...diaorang p beli kat kedai AMS dekat rumah petang tadi ditemani oleh Kak Eni...terharu gak coz saya dan husband tak beli apa2 lagi kat dia...janji nak beli weekend tu.

Restaurant Reception Counter

Birthday Girls

Kakak & Misha

Memey & Kak Eni

1 Ogos 2009, balik kampung kat Teluk Intan, ada kenduri doa selamat dan arwah sebelum puasa pada hari Ahad. So malam tu, celebrate sekali lagi n family adik..kali ni sambut 3 orang sekali, saya, misha dan memey (lahir pada 11 Ogos 2006) ramai sikit..baru meriah. Beli Kek dan masak mee goreng sikit.

Birthday Cake

Misha & Memey

Ready nak tiup lilin