Saturday, May 29, 2010

Berkelah Di Ulu Yam

Pagi tadi kami sekeluarga pergi berkelah di Sg. Tua, Ulu Yam Selangor, naik sampai ke perhentian ke-4, Taman Negeri Selangor. Happening jugak berbanding air terjun yang selalu kami pergi di hentian pertama AIr Terjun Sg. Tua. Dah lah parking kena bayar kawasan tak bersihpun. Tapi point ni lain sikit coz ada tapak individu utk pacak khemah. Parking open space..tak kena bayar....Lupa nak ambik gambar pintu gerbang, bukan apa excited...nak mandi-manda.

 
source: http://sweetdarling79.com/2009/02/03/

Persiapan dah dimula dari pukul 7.30 pagi, masak bihun goreng je...siap sedia untuk bertolak pukul 9.00pagi, ambik kawan kakak, Zuleeya kat rumah dia. Biasa le budak2..malam sebelum pergi dah mintak permission utk ajak kawan. Dari Alam Budiman, ikut NKVE keluar kat Subang. Singgah sebentar kat Petronas utk beli jajan. Then ikut short kat ke LDP..terus masuk MMR2 ke Batu Cave.

Sampai kat air terjun lebih kurang pukul 10.15pg. Terus, bentang tikar dan pasang khemah...mudah utk salin baju. Apa lagi perut yang dari pagi belum diisi..dah mula keroncong.."so kita makan dulu". Habis je makan terus terjun sungai. Airnya masyallah sejuk sampai ke tulang. Best tempatnya siap ada kawasan lapang, tanpa batu..macam swimming pool...air boleh tahan kedalamannya paras2 pinggang. Puas le budak2 mandi.



Amelia tak tahan sejuk..menggigil dia, sibuk nak naik dan asyik berkepit je. Boleh tahan jugak budak2 tu berendam sampai 3 jam gak baru naik n tukar baju. Baru kelaparan...makan apa yang ada..habiskan stok. ..Bila nak salin baju masuk sampai 3 orang sekali..bergegar khemah dibuatnya..heeheee...

Lebih kurang pukul 3 kami balik, singgah makan kat mamak...dan terus balik rumah...Letih sungguh sampai ketiduran.

Fact Finding:
Air terjun membekalkan Ion Negative sebanyak 95.000 – 450.000 percentimeter kubik (cc3)

Kebaikan Ion Negatif
  • Meningkatkan produktiviti individu
  • Meningkatkan tenaga & kesihatan
  • Mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood
"...Negative ion exposure appeared associated with feeling better about self, less sensitive, and more responsive or innervated (energized)."
Journal of Aviation, Space, and Environmental Medicinee

No comments:

Post a Comment